CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Masalah Hafal Skrip, Hael Husaini Tak Sedia Nak Berlakon

19-11-2020 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6617| Komen: 31

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini belum berani mengikut jejak langkah rakan seperjuangan terjun ke bidang lakonan demi meneruskan kelangsungan hidup pada saat pandemik COVID 19.


Biarpun persembahan pentas secara terbuka belum dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pemenang kategori Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 bersama Dayang Nurfaizah itu belum bersedia mengambil risiko.

Foto: IG

"Saya akui ramai yang terjejas teruk berikutan rutin kerja kebiasaan tidak dapat dilakukan. Saya turut terjejas selepas tawaran persembahan dibatalkan dan ditunda.

"Agak pahit menelan semua ini, namun apa daya, saya tak mampu melawan ketentuan ini. Saya bernasib baik masih memiliki tuntutan kerja lain seperti menghasilkan karya untuk penyanyi lain, selain meneruskan kempen jenama dan produk dalam media sosial termasuk iklan komersial.


"Saat ini, saya belum terlintas mahu berlakon. Saya tak pandai dan kekok berlakon di depan kamera. Saya juga mempunyai masalah menghafal skrip. Jika skrip pendek pun terkial-kial, apatah lagi yang panjang berjela. Namun, mungkin sekarang saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang," katanya kepada BH Online.



Dalam perkembangan lain, Hael kini rancak mempromosikan single Lara bersama Haqiem Rusli dan Naim Daniel.

Single Lara ciptaannya bersama dua penyanyi berkenaan serta komposer, MFMF.


"Idea menghasilkan lagu ini tercetus ketika saya berada di Jakarta, Indonesia sewaktu mengendalikan program Stariser bersama penyanyi, Chakra Khan.

"Saya mendapat beberapa ilham baharu sepanjang berada di Jakarta. Saya terus menghubungi MFMF, setiba di Malaysia. Kami berbincang dan terus menghasilkan karya," kata penyanyi lagu Jampi itu.

Katanya, proses menghasilkan single Lara mengambil masa kira-kira tiga bulan.



"Saya minta Naim dan Haqiem untuk membuat pengubahsuaian dan menjana idea selepas rangka awal disiapkan. Proses rakaman audio dan video dilakukan ketika PKPB dilaksanakan.

"Bekerjasama dengan Haqiem dan Naim sangat mudah kerana mereka antara rakan industri yang agak rapat dengan saya. Kami juga mengenali satu sama lain secara peribadi, jadi proses ini berjalan lancar.

"Segala-galanya bermula dengan borak kosong kerana kami sering ditemukan dalam program atau acara sama. Saya pernah terdetik mahu mengajak Naim dan Haqiem untuk berkolaborasi jika ada peluang," katanya.



Hael berkata, single Lara membawa maksud yang jelas iaitu kesedihan menceritakan perasaan yang remuk akibat dikecewakan seseorang.

"Namun, peminat bebas meletakkan interpretasi masing-masing berdasarkan pengalaman," katanya yang muncul dengan single Terlanjur Cinta bersama Cakra Khan, awal tahun ini.

Menerusi Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Hael berjaya membolosi empat lagu ciptaannya, Hati, Canggung, Belenggu Rindu dan Peluang Kedua. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 19-11-2020 02:45 PM
Xpayah la.. tulis lagu buat lagu cukup..
Lg afdal buat lagu utk qd n tuju..
Nyanyi ikut suka kau, i xlayan sgt suara kau tp ikut suka kau lah..
Quote izat123 19-11-2020 05:20 PM
Sebenarnya kan, walau rendah mana tahap pelajaran pelakon pun, kira power jugaklah diorang boleh hafal skrip panjang panjang haha.
Quote slyfynx 19-11-2020 05:31 PM
ok.... next...
Sgt la x menarik nk baca
Quote Kurex 19-11-2020 05:39 PM
Tak payah la muncul berlakon.. semak la kau ni
Quote Minami2013 19-11-2020 05:39 PM
Tengok hael zaman audition one in a million jauh betul beza muka dia... anyway, tak yah lah berlakon. Fokus menyanyi and producing lagu je. Do not downgrade urself kalau tau tak de bakat berlakon.
Quote missyL 19-11-2020 06:48 PM
Lain nye muka die skang. Klo x bace x thu pn ni hael
Quote Suchi 19-11-2020 06:58 PM
izat123 replied at 19-11-2020 05:20 PM
Sebenarnya kan, walau rendah mana tahap pelajaran pelakon pun, kira power jugaklah diorang boleh haf ...

Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?
Quote edayildiz 19-11-2020 07:06 PM
xpyh la hael..fokus nyanyi & buat lgu sdp2 jer la dh cukup..
dia ni antara penyanyi laki yg i ok..dulu i xsuka dia..xsuka sgt2 tau..tgk muka dia rasa nyampah..alih alih skrg terlebih minat..tp jgn la id pelakon..nk bwk watak apa..hero mcm tak jer..adik hero yg menganggur..jd ank datuo yg mps keria..nk id penyanyi...pastu mama tlg backup dpn daddy..watak tu sesuai kot
Quote edayildiz 19-11-2020 07:07 PM
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?

i rasa dorg ubah ikut cara pendek dan menjimatkn masa
Quote izat123 19-11-2020 08:00 PM
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?

takdelah hafal sebijik sebijik. Kalau you dah baca skrip dan tahu situation sesuatu scene tu sebenarnya senang je. Tapi still kena hafal lah haha
Quote sokmogitu 20-11-2020 01:01 AM
menyanyi live pun hancur ..ada hati nak berlakon pulak. Bagus kalau dia berlatih menyanyi live biar pandai
Quote Perawankota 20-11-2020 03:51 AM
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?

Biasa klu script tu panjang, dorg akan sambung cut sambung cut. Tp ada je yg boleh hafal panjang2..  
Quote husna_amal 20-11-2020 10:00 AM
Kan selalu je dapat tawaran show dengan shopee dan lazada.
Quote idril 20-11-2020 10:04 AM
can do pulak gmbr2 dia.
gossip dgn dayang tu propahhh je kan
Quote Joysparta 20-11-2020 10:07 AM
Lain nau dah muka dia skg....
Fully renovate..
Quote shahadah00 20-11-2020 10:39 AM
takpelah hael.. teruskan je la dengan bidang yg sedia ada.. nanti kalau berlakon kayu kan orang kecam pulak.. ok la tu menyanyi, buat lagu, jadi duta tu duta ni..masyuk sangat dah tu.. rezeki Allah bagi
Quote Kerexxx 20-11-2020 02:19 PM
Minami2013: Tengok hael zaman audition one in a million jauh betul beza muka dia... anyway, tak yah lah berlakon. Fokus menyanyi and producing lagu je. Do not dow ...


Dia ni hebat. From zero to hero.
Perjalanan hidup dia adalah sket mcm mariah carey
Quote Kerexxx 20-11-2020 02:20 PM
edayildiz: xpyh la hael..fokus nyanyi & buat lgu sdp2 jer la dh cukup..dia ni antara penyanyi laki yg i ok..dulu i xsuka dia..xsuka sgt2 tau..tgk muka dia rasa ...

Haah buatkan lagu untuk  dct dan misha omar ... atau pun buat lagu utk dolla
Quote RatuDunia94 20-11-2020 02:27 PM
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?


Pelakon yg bijak dia x hafal skrip bulat2 tp fahamkan jln cerita dan situasi. Kemudian lontarkan dialog yg bersesuaian mengikut scene yang difahami. Sbb tu lah adanya latihan dan rehearsal sebelum shooting. Dan masa ni kita bokeh bezakan antara pelakon hebat dan kayu. Yg kayu of coz akan keluarkan dialog sebutir2 sama dengan dlm skrip. Contohnya ayat dlm skrip "Selamat pagi Abang, hari ini abang ada aktiviti apa sepanjang hari? Boleh saya ikut abang lakukan aktiviti tersebut?".. tp pelakon yg bijak dia akan bubuh karakter dlm ayat tu. Cthnya "pagi bro, lu projek apa hari ni? Gua nak join boleh?".. mcm tu lah..

Tp mostly skrip2 skrg jarang dh guna bahasa yg susah2. More to straigh to the point. Mcm dulu ada penulis skrip Mohd Noor Kadir ayat skrip dia berbunga2. Kalau tgom drama dia dialog pelakon2 mcm drama bangsawan. Tp best lah ayat2 dia.. contohnya kalau ayat biasa mcm ni "tunggu apa lagi, jemput duduk, minum air tu sekali".. tp ayat berbunga dia mcm ni "aku rasa syiling tu belum nak runtuh lagi. Yang ko tengok rumah aku atas bawah kenapa? Duduk lah. Air teh tu pun boleh jd beku kalau kau duk tenung dari tadi".. lebih kurang mcm tu lah.. dialog dia panjang2.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052854 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top