CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Gaya Tersendiri," -Syamsul Yusof Puji Syahmi Sazli

19-11-2020 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4463| Komen: 18

Description: Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui peminat dan penonton filem tempatan mempunyai cita rasa tersendiri.
Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui peminat dan penonton filem tempatan mempunyai cita rasa tersendiri.

Ia berikutan kejayaan filem Mael Totey The Movie (MTTM) yang mencapai kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari.



Foto: IG

Syamsul yang juga pelakon filem Munafik bagaimanapun berkata, tidak semua pengkarya harus mengikuti konsep dan genre filem arahan Syahmi Sazli itu.

"Di negara kita sekarang ini penonton ramai, ada kehendak dan kemahuan sendiri. Jadi, dalam isu filem MTTM, dia ada pengikut tegar yang mana kita tahu filem itu menggunakan dialek Kelantan. 

"Tapi, dengan kejayaan filem itu tak bermakna semua pengkarya filem harus ikut konsep dan genre MTTM. Contohnya saya yang lebih kepada filem berat, ada pengikut tersendiri. Begitu juga dengan filem abang Mamat Khalid pun sama ada pengikutnya tersendiri," katanya.





Menurut Syamsul, kejayaan filem MTTM itu harus diberi perhatian dan penghormatan.

"Bagi saya, pencapaian MTTM bagus untuk industri filem dan persaingan sihat dalam kalangan penggiat industri filem tempatan. Saya ucapkan syabas pada pengarah kerana membawa sebuah karya yang baru, segar dan santai dalam masa sama ada mesej tersendiri.


"Walaupun disampaikan secara santai dan dari teknikal filem tidaklah setinggi seperti filem berbajet besar, namun kita harus beri penghormatan dan tabik kepada pengarah selaku pengkarya muda yang berani menghasilkan filem ringan tapi ada penonton tersendiri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 19-11-2020 01:45 PM
Awat buruk sgt rope kome tu sol
Quote mamajawie 19-11-2020 02:12 PM
jauh beza betul muka sol sol sol ngan tok selam..
Quote mieymiey 19-11-2020 02:15 PM
Kepam yach heols sekarang.
Quote Normabaru 19-11-2020 02:25 PM
Paki clan jugak kan
Quote EvieWanKenobi 19-11-2020 02:28 PM
lepas ni boleh la sol ambik mael totey berlakon untuk sekuel KL Gangster..
Quote cruz2 19-11-2020 02:37 PM
Edited by cruz2 at 19-11-2020 02:38 PM

Kali ni iols suka dgn komen sol.at least dia appreciate bakat dan usaha penggiat filem yg lain.syahmi sazli boleh la pi mintak ilmu dan nasihat dari sol.tang ilmu pengarahan sol ni antara yg hebat juga di malaysia.bab imej dan kisah peribadi tu iols masuk hentam kat thread lain la
Quote lattehazelnut 19-11-2020 02:40 PM
Ok good la..
Tp kang dia nak buat movie genre mcm ko kang.. marah x?
Quote husna_amal 19-11-2020 03:29 PM
Bagus lah dia tak kondem hasil orang lain. Syahmi tu pun masih baru lagi, banyak bende lagi kena belajar tentang pembikinan filem. Mungkin next movie akan ada peningkatan kualiti.
Quote diss69 19-11-2020 03:48 PM
Bagus laa dia bagi sokongan kt org baru dlm pengarahan, lakonan..
Quote Kurex 19-11-2020 05:51 PM
Tetap tak akan tgk movie ni!
Quote matbad 19-11-2020 07:06 PM
Dri buang duit tgk movie ntah apa2, bagus lah sumbang kat mael totey ni boleh jgk bantu golongan istimewa dalam filem tu
Quote Fettybombom 19-11-2020 08:43 PM
Shamsul masa mula2 berkarya pon ada  org industry pandang rendah kan... Reza yg belakon pisau cukur je tu, yg post psl filem mail ni... Pon ada isu dgn shamsul kn... Tin kosong byk bunyi
Quote Black_Punk 19-11-2020 09:19 PM
Sol ni bagus.... ada soul gitew.... isteri dirumah jgn lupa dipuji jgk ye sol.... xde manusia yg lebih hebat melainkan seorg wanita yg bergelar isteri dan ibu... {:love
Quote jargon 19-11-2020 09:21 PM
Black_Punk replied at 19-11-2020 09:19 PM
Sol ni bagus.... ada soul gitew.... isteri dirumah jgn lupa dipuji jgk ye sol.... xde manusia yg leb ...

Tgk mcm masing2 buat haluan sndri je..si bini shooting jauh2..siap bwk ank..sol
Plak banyaj lepak gn kekawan dia je..mcm xde lgsg tanda bebaik gn bini..entahlaaa
Quote Black_Punk 19-11-2020 09:24 PM
jargon replied at 19-11-2020 09:21 PM
Tgk mcm masing2 buat haluan sndri je..si bini shooting jauh2..siap bwk ank..sol
Plak banyaj lepak ...

Bini bwk diri mintak dipujuk. biasalah pmpuan kan... Tapi abg sol buat xtau jer. sol sol... cuba la matang sikit.dh tua pun kan. Igt la balik smua pngorbanan isteri ,mngndung beranak tu bukan mudah... x semudah buat filem.
Quote newme11 20-11-2020 03:49 PM
krustykrab replied at 19-11-2020 01:45 PM
Awat buruk sgt rope kome tu sol

malas nk cakap... copypaste... hihihih
Quote Joysparta 20-11-2020 06:14 PM
Sol...sol...sol...
Quote inspektoremos21 20-11-2020 07:45 PM
mieymiey replied at 19-11-2020 02:15 PM
Kepam yach heols sekarang.

Pernah wangi ke sol sol sol ni? Iols forever tak pernah minat dia. Dari muda sampai tua aura poyo dia tu kuat sangat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049984 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top