CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino Tak Kisah Popular Sebab Kontroversi

19-11-2020 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3780| Komen: 16

Description: Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino pernah dikaitkan dengan kontroversi video lucah yang memaparkan si pelaku yang didakwa mirip wajahnya, tahun lalu.
Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino pernah dikaitkan dengan kontroversi video lucah yang memaparkan si pelaku yang didakwa mirip wajahnya, tahun lalu.

Pantas tersebar dalam laman sosial, videp 'panas' itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini.


Foto: IG
Namun, sebaik berita tersebar, Aiman pantas menafikan dia adalah individu dalam rakaman video terbabit.

Aiman atau nama sebenar, Muhammad Aiman Yusri, 22, meminta semua pihak tidak memanjangkan isu video panas itu dan memohon maaf kepada semua pihak, terutama kepada media dan peminat.

Merenung kembali, kontroversi itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya termasuk kerjaya seni biarpun insiden seumpama dianggap lumrah industri hiburan.



Namun, apabila peminat memilih dirinya sebagai pemenang kategori online, Artis Kontroversi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Aiman tidak menganggap ia sebagai suatu perkara negatif.

Aiman mengaku gembira dan menghargai anugerah yang diberi, malah menyifatkan kemenangan itu sebagai tanda sokongan peminat.

"ABPBH adalah anugerah yang besar dan pencalonan ini adalah daripada media, iaitu BH. Jadi dicalonkan dalam kategori ini bukanlah suatu perkara yang negatif.

"Tidak salah kalau saya dianugerahkan Artis Kontroversi Popular ABPBH 33. Lagipun, peminat saya yang banyak mengundi menerusi kategori ini," katanya kepada BH Online.



Aiman kagum melihat kesungguhan peminat mengundi sehingga dia muncul pemenang.

"Saya tahu diri ini dicalonkan daripada peminat. Alhamdulillah, mereka sangat menyokong saya.

"Hasil kerja keras Aiman Tino Fantastic mengundilah membuatkan saya berjaya mengalahkan calon lain.

"Kalau saya hampa dengan anugerah ini, bermakna saya tidak menghargai usaha mereka," katanya sambil menambah ahli keluarga juga tidak terkecuali mengundi untuknya.


Aiman menyifatkan kemenangan di ABPBH 33 sebagai kenangan manis baginya.

"Selama lebih empat tahun dalam industri, saya tak pernah mendapat anugerah.

"Saya tidak pernah terfikir untuk menggenggam trofi ABPBH, Alhamdullillah tahun ini saya dapat.

Berkongsi mengenai perkembangan seni , Aiman sedang menyiapkan dua single yang akan dilancarkan, bulan depan.


"Single ini adalah hasil ciptaan Ikhwan Fatanna. Insya-Allah peminat akan dapat mendengar genre berbeza daripada apa yang pernah dihasilkan dahulu," katanya.

Pada masa sama, Aiman baru melangsaikan penggambaran untuk siri fiksyen, Felora Azania.

Ditanya apakah dia mahu menjadi artis versatil, Aiman tidak menafikannya.


"Ketika pandemik ini, kita sukar membuat persembahan melainkan dalam talian.

"Jadi, berlakon adalah cara saya mengisi masa. Saya juga minat berlakon, jadi, tidak salah mencuba," katanya. -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 19-11-2020 02:54 PM
Laki2 katik muka jambu are so not my taste yach.. Huhu
Quote lattehazelnut 19-11-2020 02:57 PM
Muka mcm hang.. bilik mcm hang.. cuma bukan hang..
Sesuai jd ahli politik selangor ni..
Quote bulalof 19-11-2020 03:13 PM
adakah dia bantut atau tumbesaran lewat?
Quote xijasmine95 19-11-2020 03:19 PM
Still nmpk mcm budak2 lg. Jeles tgk org muka babyface ni.
Quote Kurex 19-11-2020 03:28 PM
Nak tengok video lain....
Quote Orix 19-11-2020 03:32 PM
dia dgan naim daniel spe lg tggi eh ? naim tu pun rendah jah
Quote electricopop 19-11-2020 03:52 PM
lattehazelnut replied at 19-11-2020 02:57 PM
Muka mcm hang.. bilik mcm hang.. cuma bukan hang..
Sesuai jd ahli politik selangor ni..

Kan... kau duk VC tah dgn sape, leaked pastu nak propariena.
Quote katibism 19-11-2020 04:05 PM
Semua jawab standard - Derih Khan, Capik blkg ciket, Hun haqeem
Quote AbukRokok 19-11-2020 04:12 PM
takpe janji berharta
dalam dunia ni cuma jgn miskin je
Quote ashilalat 19-11-2020 04:30 PM
Orix replied at 19-11-2020 03:32 PM
dia dgan naim daniel spe lg tggi eh ? naim tu pun rendah jah

Rasanya aiman lg pendek dan comel kot.

Tp naimah tu nampak mcm pondan.
Aiman ni nampak la laki tulen walau kecik comel.
Quote awenda507 19-11-2020 08:11 PM
Dpt anugerah sbb kontroversi pn suka yek dikmano{:question
Quote husna_amal 20-11-2020 10:11 AM
Popular sebab kontroversi pun takpe bagi aiman asalkan nama dah tak tenggelam. Soal maruah diri letak tepi buat muka tak malu.
Quote sleepandream 20-11-2020 10:56 AM
kesian heols baru dapat 1 anugerah sepanjang dalam industri...
padahal heols la pelopor lagu BBNU dolu..
Quote ReginaGeorge 20-11-2020 12:46 PM
Bebird dia po kabo
Quote kiah_mai_pulak 20-11-2020 12:55 PM
muka mcm pengkid. mungkin berjodohan dgn ara peng... yg muka mcm achey bertubuhkan wanita..
Quote RatuDunia94 20-11-2020 02:17 PM
Tak payah nk MIRIP sangatlah yg tulis artikel ni..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054837 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top