CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Industri Pelancongan Di Langkawi Semakin ‘Nazak’, Mohon PKPB Ditamatkan

19-11-2020 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12139| Komen: 152

Description: Sekitar Jun lalu, Langkawi telah mencetuskan fenomena apabila 1,000 bilik hotel di ditempah dalam tempoh 45 minit.
Sekitar Jun lalu, Langkawi telah mencetuskan fenomena apabila 1,000 bilik hotel di ditempah dalam tempoh 45 minit.

Perkara itu berlaku susulan pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP.


Namun itu semua tinggal kenangan apabila, situasi COVID-19 kini semakin meruncing, ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terbaharu, beberapa persatuan mewakili sektor perhotelan, perniagaan serta pemandu pelancong di Langkawi merayu kerajaan menamatkan pelaksanaan PKPB di pulau peranginan itu yang kini disifatkan sedang ‘nazak’ ekoran ketiadaan pelancong.


Foto: Uwiclubs.com


Persatuan berkenaan ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) serta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah dan Perlis.

Turut sama membuat rayuan tersebut ialah Dewan Perniagaan Cina Langkawi, Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi serta syarikat pengendali feri Konsortium Ferry Line Ventures.

Timbalan Presiden Niagakawi Datuk Alexander Isaac berkata industri pelancongan Langkawi semakin suram sekali gus menyebabkan kesan terhadap ekonomi penduduk yang amat bergantung kepada kehadiran pelancong.

“Kumpulan ini mewakili lebih 8,000 pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sektor pelancongan. Kami merayu agar kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi memandangkan pulau ini berada dalam kategori zon hijau.

"Ketika ini tiada pelancong yang datang, jika kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi serta membenarkan perjalanan antara kawasan hijau, keputusan ini bakal memberi sinar kepada pulau ini, ” katanya.

Alexander berkata selain itu mereka juga berharap kerajaan memberi pertimbangan untuk menyediakan moratorium menyeluruh dan bantuan kewangan segera kepada semua peniaga di Langkawi agar dapat meneruskan perniagaan.

Diharapkan pandemik ini semakin pulih dan industri pelancongan negara kembali aktif. -CARI

Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut
7

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 19-11-2020 03:50 PM
rindu nk pi langkawi...............
Quote Perawankota 19-11-2020 04:52 PM
Aku p bulan 9 ari tu.. Smpi sana terus dpt tau ada 1kes hari tu.. Tapi teruskan lah cuti 4hari kat sana. P paradise 101 Island, teman akak aku main parasailing.. Pastu nak naik boat tgk sunset, tapi x leh time tu sbb ombak tinggi. Then shopping chocolate kt chenang. Main atv n go-cart kt extreme park kuah, p naik cable car, anyway food kt atas Puncak tu sedap2 n murah. OK lah p time tu, sbb x ramai org, so jalan mana2 pon aman.
Quote Boomibulat 19-11-2020 04:56 PM
Langkawi Atuk95 punya tp dia tetap sedih kehilangan kawan2..keindahan dan riuh rendah Langkawi tidak mampu mengubati hati yg rindu..
Quote matbad 19-11-2020 05:28 PM
Mmg dah nazakkkkk
Quote doubleA 19-11-2020 06:41 PM
Kesiannya. Ye la pkpb ni memang la nak rentas negeri tak boleh camana nak cuti2 malaysia pun
Quote tukul 19-11-2020 06:44 PM
rindunya langkawi...rindu semua tempat...
Quote aechae 19-11-2020 06:46 PM
Patut g cuti2 langkawi 22 oct
Nsib baik flight n hotel di ganti dgn voucher... bleh gna smpi thn dpn
Quote epuepy 19-11-2020 08:46 PM
Gile la. Kalo pkpb stop pn, org takut kot nk pegi. Kes Hari2 4 angka. Carik nahas?
Quote cmf_premierleag 19-11-2020 08:51 PM
ekceli best travel sana sini skang ni
sbb takde turis china prc
tu je sebabnya
Quote aHoi83 19-11-2020 08:53 PM
Berpuluh taun sucking duit pelancong. Setaun tak jalan terus mati
Quote vespa_oren 19-11-2020 09:02 PM
bukan langkawi jer semua tempat pelancongan suram sekarang, tempat aku hotel banyak baru siap lenggang xada org, aku tunggu org offer gie mabul rm150 satu malam mcm awal pkp habis
Quote Skuau 19-11-2020 09:09 PM
ROHINGYA yg kat situ x pi melancong ke???
Quote meteorspeed 19-11-2020 09:11 PM
Kalu tamat pun ada yg berani ker g. Kalu iols meme tak la srlagi vaksin tak dak
Quote sukacactus 19-11-2020 09:13 PM
Last week pergi mkn seafood kat kuala perlis
Dah mcm pekan mati
So bkn takat langkawi je affected, kuala perlis pun sama la kan dah xleh naik bot rentas negeri
Kedai seafood yg selalunya penuh, ada 3 meja je occupied
Quote Tinot7 19-11-2020 09:41 PM
Iols pun tak sabo2 nak jjcm... bila la nak habes pkp ni...
Quote jari10 19-11-2020 09:51 PM
cmf_premierleag replied at 19-11-2020 08:51 PM
ekceli best travel sana sini skang ni
sbb takde turis china prc
tu je sebabnya

Setuju sangat2! Bulan ogos-okt hari tu sempat la aku bersenang lenang kat KLIA sebelum PKPB dikuatkuasa semula
Quote fuyupoktek 19-11-2020 10:01 PM
Sbrnye kalo kita nk g melancong dlm negeri je boleh ke? Tp nk rentas daerah to certain tmpt xde rodblok pon kan rentas daerah
Quote TomyamPuteh 19-11-2020 10:14 PM
Yg bisnes keta Sewa tu kasi tekan lg harga. Sewa axia mcm besi buruk pon rm70 sehari. Mcm sial
Quote MeghanK 19-11-2020 10:16 PM
kat langkawi ni ada grab tak..nak pegi tapi malas nak drive pusing2

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054482 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top