CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 10 Hari Lahir, Mat Dan Belum Pilih Nama Anak Kedua

17-11-2020 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7588| Komen: 24

"Saya dan isteri sedang memikirkan nama paling sesuai untuk anak kedua kami," kata Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Isteri Mat Dan, Nadifa Adnan, 32, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.23 kilogram (kg) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada 10.55 pagi 7 November lalu.

Kredit foto: IG

Mat Dan berkata, dia dan isterinya masih tercari-cari nama sesuai untuk diberikan kepada anak keduanya itu.

"Anak sudah berusia 10 hari, tapi kami masih dalam proses memilih nama terbaik dan paling sesuai untuk anak kedua ini dan sampai sekarang, saya tidak dapat menjawab jika ada yang bertanya mengenainya.

"Beberapa nama ada di dalam senarai, tetapi saya dan isteri perlu merujuk nama itu dengan ustaz terlebih dahulu bagi mengetahui maknanya," katanya.



Mat Dan berkata, isterinya dijangka melahirkan anak kedua itu pada 23 November, tertapi bersalin awal dua minggu iaitu sama seperti melahirkan anak pertama dahulu.

Menurutnya, kali ini dia tidak sukar menguruskan isteri dan bayi kerana sudah mempunyai pengalaman ketika menyambut anak pertama dahulu.


"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah, isteri sihat dan masih berpantang manakala anak tidak mengalami sebarang masalah.

"Ibu saya, Nicola Tyler, 56, dan bapa, Kevin Tyler, 62, teruja menerima kehadiran cucu kedua mereka, tetapi mereka berada di London dan tidak boleh datang ke sini buat masa ini.


"Ibu dan ayah sudah setahun tidak berjumpa kami sekeluarga dan diharap masalah Covid-19 itu cepat-cepat reda supaya kami dapat berjumpa semula," katanya.

Mat Dan dan Nadifa sebelum ini dikurniakan anak pertama, Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini berusia tiga tahun. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 17-11-2020 05:39 PM
9bln hari tu buat ape je.. Baby pkp akan buat first production bln 12 ni. Hehehe...
Quote wak_pijah 17-11-2020 06:42 PM
Wah anak dia dua2 lelaki, dah besar mesti hensem2 stok model belaka. Bini dia pun cantik.

Congratulations buat mereka2 yg baru dapat baby
Quote dua_chzy 17-11-2020 06:50 PM
Cantik rupanya wife Mat Dan. Baru hari ni nampak cantik. Sheol terslim ke apa?
Quote dua_chzy 17-11-2020 06:52 PM
Sebab Mat Dan sendiri rupa menghampiri Melayu (imagine kulit heol gelap), anaknya pun dah tak nampak kokesen. Nampak kuat muka Melayu.
Quote Yunbin 17-11-2020 07:21 PM
Acik porem tak de yg nak suggest nama yg baik utk anak mat dan ke..mana tak kot dia baca
Quote Ivysaur 17-11-2020 07:30 PM
Lama dah unfollow mamat ni kat instagram...
Quote Cassieopeia 17-11-2020 07:48 PM
wah dah 2 anak dia ye..tahniah2
Quote ikanmasin 17-11-2020 08:37 PM
alhamdulillah tahniah...
Quote joy_ah 17-11-2020 09:14 PM
apa pulak. bagi la nama Manap, atan, Husin, Bob
Quote LadyCarefree 17-11-2020 09:36 PM
Mencapub je demi kontrolbasi
Quote sukacactus 17-11-2020 09:43 PM
Jangan jd budak laki yg bapak kasi nama jepun tu, sebab xde idea je jd gitu
Quote esbok 18-11-2020 12:44 AM
sukacactus replied at 17-11-2020 09:43 PM
Jangan jd budak laki yg bapak kasi nama jepun tu, sebab xde idea je jd gitu

tu bukan sebab kawan parents dia yang bagi nama ke?
Quote rogayahtop 18-11-2020 01:03 AM
makin comey anak jate mat dan ni.
yg kata bini mat dan makin lawa, tino late 20s early 30s ni la hormon berubah ubah nak2 lepas bersalin. ada time naik jerawat balik ada yg kulit flawless tetiba. akak dr debab turun berat walaupun makan oat madu habbatus sauda 3x sehari time pegnen.

skrg ni pun ramai kengkawan akak tiba2 ramai plan nak peknen balik lmao.
Quote SyaJoyah 18-11-2020 02:29 AM
Ivysaur replied at 17-11-2020 07:30 PM
Lama dah unfollow mamat ni kat instagram...

Sbb heols ni poyo ke?
Quote sukacactus 18-11-2020 06:44 AM
esbok replied at 18-11-2020 12:44 AM
tu bukan sebab kawan parents dia yang bagi nama ke?

Haah parents takde idea sampai call kwn tanya nak boh nama apa
Quote Ivysaur 18-11-2020 08:01 AM

Rasa mcm over.
Quote Tinot7 18-11-2020 08:14 AM
Tahniah.....
Quote husna_amal 18-11-2020 10:17 AM
Anak2 pun rupa elok.
Quote mrsbob87 18-11-2020 10:34 AM
anak dia yang zayn pun comel sangat

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.071127 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top