CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sudah-sudahlah, Kami Lebih Selesa Panggil Kalian YB" - Adibah Noor

14-11-2020 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10213| Komen: 58

Gelagat sebilangan ahli politik yang menggunakan gelaran tertentu agar lebih ‘mesra’ kepada rakyat mendapat reaksi pelakon dan penyanyi Adibah Noor.

Adibah, 50, menggesa strategi itu dihentikan bukan sahaja kerana kedengaran janggal malah ia juga dikatakan sebagai tidak profesional.



Kredit foto: IG Adibah Noor

Jelasnya, rakyat lebih selesa untuk menggelar ahli politik berdasarkan jawatan disandang dalam berkomunikasi.

“Kepada ahli politik, rasanya kami lebih selesa panggil kalian YB (yang berhormat) atau dengan gelaran dan nama kalian.

“Sudah-sudahlah hendak rujuk diri anda sebagai saudara-mara. Jika ini adalah idea pegawai PR (perhubungan awam) anda, beritahu mereka untuk anda rujuk diri anda sebagai ‘saya’. Itu sudah memadai,” katanya di media sosial.


Kredit foto: Twitter


Sebelum ini, beberapa gelaran telah diberikan kepada beberapa menteri yang mana kebiasaan diguna pakai dalam sesebuah keluarga.

Antara gelaran kekeluargaan yang digunakan termasuk ‘abah’, ‘pak long’, ‘pak su’ dan pelbagai lagi.


Sumber: ProjekMM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HYSB 14-11-2020 01:39 PM
Bunyi macam kuciwa je
Quote opie5662 14-11-2020 01:50 PM
Byk la kak debab komplen skrg ni.. Sukati chuols la nak panggei ape pon.... Takyah la cringe sgt
Quote LadyCarefree 14-11-2020 01:51 PM
iols setuju dgn makcik dibah.
Quote slyfynx 14-11-2020 01:54 PM
So, tu pendapat die.
Pendapat setiap orang berbeza.
And, perlu ke bukak thread untuk mende ni?
Ape gosip nye?
Quote Belibis 14-11-2020 01:59 PM
slyfynx: So, tu pendapat die.Pendapat setiap orang berbeza.And, perlu ke bukak thread untuk mende ni?Ape gosip nye?

Gosipnya ,poltician tetapla jugak politician.tak payah acah2 rapat dengan rakyat dengan gelaran pak ngah,paksu bagai.dia orang takde terkesan pun kalau rakyat makan megi dengan telo siang malam.
Quote LadyCarefree 14-11-2020 02:03 PM
Belibis: Gosipnya ,poltician tetapla jugak politician.tak payah acah2 rapat dengan rakyat dengan gelaran pak ngah,paksu bagai.dia orang takde terkesan pun kala ...


Khenzssssss. iols nyampah tau kalau tengok politikus ke retis ke acah2 konon care, you r not alone lah konon itu ini. Yekkkk. Pastu yg tetiber je kemain konsern psl mental health tu ha. Tiber je  dpt budget 24juta. Adakah organisasi tertentu itu akan dpt 24juta tu? Huntongla organize beberapa campaign dn event ala kadar dpat 24juta setahun. Rezeki xsalah alamat eh? Tanya benda gini boleh kena tangkap ke? Tp iols tanya ikhlas.
Quote mdhelmi 14-11-2020 02:23 PM
netizen mmg kreatif
paling kreatif nama bijan dgn jamal pak tongko
Quote Skuau 14-11-2020 03:25 PM
bkn rakyat marhaen ke yg bg 'gelaran' tu???
Quote awanysss 14-11-2020 03:30 PM
Belibis replied at 14-11-2020 01:59 PM
Gosipnya ,poltician tetapla jugak politician.tak payah acah2 rapat dengan rakyat dengan gelaran pa ...

try hard sgt kan...
masa mula2 netizen start gelaran2 tu okay lg..
bila start politician2 ni gelarkan diri sendiri, geli betul..
mcm sebatang kara yg ikut memanggilnye tu..
Quote Managerara 14-11-2020 03:32 PM
Yang panggil yb abah paklong bagai..adalah org yang kurang kasih sayang!
Quote awenda507 14-11-2020 03:41 PM
Byk komplen kak dib skg eh. Serba x kena je.hahaha
Quote 3480 14-11-2020 03:42 PM
Aku rsa netizen yg bg gelaran tu tp betui gak apa kak dibah ckp
Quote bakingsoda 14-11-2020 03:43 PM
tapi acik dibah mmg tak sesuai nak panggil abah pak long bagai tu sbb nampak sebaya
Quote September14 14-11-2020 04:13 PM
Asyik meroyan je dah la sendu x lawa lak tu
Quote Tinot7 14-11-2020 04:26 PM
Acik dibah ni dah berusia mmgla takleh panggil depa abah, pak long, pak cu..
Iols pun cringe tgk gambar acik kat atas tu tapi ada iols merempan kat medsos?
Quote YomiuriLandMae 14-11-2020 04:27 PM
kak dib nak meroyan pun meroyan la dgn kucing akak tu.. apa guna bela berpuluh2 ekor..
Quote helicornia 14-11-2020 04:40 PM
kak dibah ni nk menopos ke? asik meroyan je
btw gelaran abah, pak long tu netizen yg bagi
Quote UnaHusna86 14-11-2020 04:51 PM
Setuju amat sangat. Meluat je baca acah2 mesra abah pak long pak ngah segala bagai. Padahal kebajikan rakyat tak terjaga pun
Quote haznor 14-11-2020 04:55 PM
Apa kata kak dib pulak yg jd YB. Teringin juga nak tengok pembaharuan yg kak dib boleh buat.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056324 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top