CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Pun Tak Sampai Lagi, Budak 'Wheelie' Naik Motor Serah Diri

10-11-2020 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8535| Komen: 74

Jitra: Kanak-kanak lelaki yang menunggang motosikal dalam video tular di laman sosial tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Difahamkan, kanak-kanak dipercayai berusia 10 tahun itu datang bersama bapanya berusia 50-an pada 2.40 petang tadi.

Foto: Info Roadblock

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, video yang ditularkan di Facebook (FB) dan WhatsApp selama 18 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang motosikal Honda EX-5 hitam dan nombor pendaftarannya kabur.

"Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berada di satu simpang tiga dan menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video berkenaan.


"Hasil siasatan lanjut mendapati, rakaman video itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra pada 6 petang 8 November (semalam)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mohd Ismail berkata, tindakan akan diambil berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

Katanya, selain itu kanak-kanak lelaki terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar.

"Tindakan juga diambil terhadap warisnya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor

"Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya," katanya.

Katanya, berikutan itu, polis menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggang seorang kanak-kanak lelaki yang ditular di laman sosial sejak semalam.

Berikutan itu, JPJ Kedah akan mengambil tindakan susulan sejurus menerima laporan lanjut berhubung kes itu. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 9-11-2020 07:18 PM
Kaki pun nampak tak sampai lagi tu
Quote rukia2 9-11-2020 07:18 PM
uish...kena bejinjit kaki nk sampai jalan...berani betul ko dikkk
Quote cmf_blingblings 9-11-2020 07:20 PM
Melambak kat Langkawi
Hang tangkap sat lagi makpak mai jamin
Quote TENGKUTAHAR 9-11-2020 07:24 PM
Edited by TENGKUTAHAR at 9-11-2020 07:51 PM





[fbp]https://www.facebook.com/469102903133988/posts/3723890480988531/?sfnsn=mo[/fbp]

Quote zorrro_03 9-11-2020 07:42 PM
Hukum sebat mak pak dia jika didapati memberi kebenaran kod toyol kecik ni
Quote annehuda 9-11-2020 07:45 PM
Edited by annehuda at 9-11-2020 07:48 PM

Ni kisah benar. Kampung aku dulu mmg ada budak masa tu die baru darjah 4 tak silap aku, meninggal naik motor. Masa tu die mmg mcm ni la kaki pun tak smpi lg nk tekan brek. Menyesal tak sudah parents dia smpi hari ni. Benda ni berbelas thn lepas la jugak. Masa tu mmg org kg bising sebab arwah tu siap wheelie mcm ni la. Cuma positifnye lepas peristiwa tu mmg takde budak kampung aku yg jadi mat rempit
Quote matamata 9-11-2020 07:50 PM
Elokla dua2 kena.... Yg kecik tu pun blh tahan dia punya kurang ajar
Quote rosmahisham 9-11-2020 07:51 PM
Astaghfirullahalazim..tgk pon ngeri..berani nya ko anak oi..klu apa2 jd fmly ko jgi yg ssh..x memasal dh kena saman.
Quote matamata 9-11-2020 07:52 PM
Kalau parent tak reti ajar biar polis tolong ajarkan... Sumbat dlam lokap barang 2-3 malam, kalau ada polis yg blh nyamar jadi pocong ke ok jugak sakat tiap2 mlm
Quote ChildrenOfBodom 9-11-2020 08:02 PM
“Kanak-kanak lelaki yang berusia di bawah 10 tahun itu dikenakan tindakan di bawah kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tidak memakai topi keledar.


banyak noo kesalahan. nasib la hang tak habaq naik moto p kedai beli rokok kat abah ka kalau tak lagi nayaa..
Quote kerabuBiru 9-11-2020 08:04 PM
Hahahaaaa tolol laa.... cinonetnyaaaa nak angkat2 moto
Quote wikedsaikel 9-11-2020 08:08 PM
matamata replied at 9-11-2020 07:52 PM
Kalau parent tak reti ajar biar polis tolong ajarkan... Sumbat dlam lokap barang 2-3 malam, kalau ad ...

Yang ni aku setuju. Hahaha.
Quote mizzmimi 9-11-2020 08:12 PM
Tak padan badan kecik pendek kaki belum sampai nak berwheelie bagai.. Naik basikal ape salahnya dek..
Quote sukacactus 9-11-2020 08:13 PM
Pendek kecik lg budaknya
Gaya kemain lg nak wheelie tu haishhhh!!!
Quote dudaberhias 9-11-2020 08:45 PM
taktau la kenapa tengok vid rasa nak lempang je budak ni...
Quote kimsa-ra 9-11-2020 09:13 PM
Xtau la mak bapa yg selalunya melayu ni bg ank 10 thn dh bawa motor. Kt sini pon ramai. Takot kt ank smpi tak blh marah atau tau beranak lpstu biar je.
Quote xtahumenahu 9-11-2020 09:17 PM
dudaberhias replied at 9-11-2020 08:45 PM
taktau la kenapa tengok vid rasa nak lempang je budak ni...

Hahahha...same.laaa...rase nak piattttttt je
Quote Supersirap 9-11-2020 09:18 PM
Sangat berbahaya, jika berlaku sesuatu, menangis tidak berirama
Quote kucing_gebu 9-11-2020 09:24 PM
matamata replied at 9-11-2020 07:50 PM
Elokla dua2 kena.... Yg kecik tu pun blh tahan dia punya kurang ajar

Aku setuju,  nmpk dh dr kecik perangai xsemenggah tu

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.165076 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top