CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

BCL Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Di Pusara Ashraf

10-11-2020 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3900| Komen: 12

Description: 'Happy Annniversary (selamat ulang tahun)," tulis penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari dalam hantaran di Instagramnya.
'Happy Annniversary (selamat ulang tahun)," tulis penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari dalam hantaran di Instagramnya.

Hantaran itu diiringi fotonya yang sedang berada di sisi pusara suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair.



Ucapan itu adalah sebagai tanda bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Dalam foto itu, Bunga yang memakai pakaian serba merah jambu serta berselendang sedang duduk di sisi pusara Ashraf yang ditabur dengan kelopak mawar serta sejambak mawar segar.



Hantaran itu mencuri perhatian ramai pengikutnya di media sosial, termasuk kenalan pasangan romantis itu.

Deretan rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan, disamping mendoakan kesejahteraan buat roh Ashraf.


Antaranya, Krisdayanti, Datuk Seri Rossa, Maia Estianty, Indra Bekti serta ramai lagi.

Malah, hantaran Bunga di IG itu menerima hampir 900,000 tanda suka daripada warganet.

Foto: IG

Pemergian Ashraf mengejutkan industri hiburan Malaysia dan Indonesia apabila pelakon Gol & Gincu itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari lalu di usia 41 tahun.

Perkahwinan Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 10-11-2020 11:58 AM
Good to see BCL back..
Lama jgk dia recover, Noah pun nampak naik badan dah
Quote mamajawie 10-11-2020 12:43 PM
suami kot yg meninggal tu..walaupun ada selisih faham sepanjang perkahwinan skalipun pasangan meninggal ofcoz la terkesan chuollss..
Quote Jinglebell123 10-11-2020 12:47 PM
Be strong BCL
Quote husna_amal 10-11-2020 12:48 PM
Semoga arwah diampunkan segala dosanya.
Quote abadi84 10-11-2020 12:53 PM
Aku suke sgt sifat classy bcl ni.
Kena kritik ke hape tak pernah merempan pun.
Quote LadyCarefree 10-11-2020 01:30 PM
abadi84: Aku suke sgt sifat classy bcl ni. Kena kritik ke hape tak pernah merempan pun.



So true. Sama Asyraf and family pun kan? Except Yuna ada jugaklah menjawab netizen.
Quote Nana_Man 10-11-2020 01:37 PM
Stay strong BCL.
Quote rangerx 10-11-2020 05:50 PM
#done nangis.

kbye
Quote 3480 10-11-2020 08:59 PM
Br smlm tgk video dia buat kek besday Noah.. cup cake semua dia buat sendiri tp tgk ada maid dia tolong la.. nmpk yummehh
Quote Analisaxx 11-11-2020 03:55 PM
Stay strong Bunga... selain classy, she's a lovely person. Selalu masak utk family occasions, buat Noah kek setiap kali birthday. Ada personal touch
Quote rogayahtop 20-11-2020 09:40 PM
teringat lirik lagu warisan wanita terakhir tu.
Quote Mamason 26-11-2020 01:44 PM
Mama dok tengok cerita Dewi skrg nie every day at 6.00 pm...di Awesome TV...  Arwah Ashraf berlakon.  Best jugak sampai terlayan jugak kali ni sinetron indon.  Selalunya mmg xtgk, hehehe maybe aura ashraf ni kot... mmg sebijik indon percakapan beliau...


Cinta sungguh BCL ... sukar utk dia move on...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.145831 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top