CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Menang Trofi, Tapi K-Clique Tak Kecewa Langsung

10-11-2020 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3593| Komen: 13

Description: Kumpulan rap K-Clique tidak kecewa langsung apabila rezeki tidak menyebelahi mereka untuk menang trofi Artis Asia Tenggara Terbaik di acara Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020), hari ini.
Kumpulan rap K-Clique tidak kecewa langsung apabila rezeki tidak menyebelahi mereka untuk menang trofi Artis Asia Tenggara Terbaik di acara Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020), hari ini.


Anggotanya, MK berkata yang pasti mereka tidak akan berputus-asa untuk menjual muzik diperjuangkan K-Clique ke peringkat antarabangsa selain menyifatkan pencalonan di anugerah itu, satu permulaan baik.

Foto: IG
"Yang pasti, ini bukan kali pertama dan terakhir kamu lihat kami diiktiraf di anugerah ini. Kami pun masih kira pendatang baharu, Insya-Allah, ada rezeki dapat tercalon lagi.

"Bagi kami, sokongan padu peminat terutama yang bekerja-keras mengundi kami dalam acara itu sudah cukup memadai. Tiada sedikit rasa sedih pun, rezeki belum berpihak kepada kami.


"Sebaliknya, ia menyemarakkan lagi semangat untuk K-Clique tampil lebih luar biasa dalam penghasilan karya akan datang. Terima kasih tidak terhingga atas setiap sokongan rakyat Malaysia yang berterusan kepada kami," katanya.


Pada anugerah itu yang berlangsung secara virtual, penyanyi rap dari Vietnam iaitu Jack dinobatkan pemenang kategori terbabit. Dia menewaskan K-Clique, Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), dan Violette Wautier (Thailand).

Disebabkan situasi pandemik sekarang, acara itu diadakan secara virtual pada tahun ini dan persembahan dipancarkan dari beberapa negara sekitar Eropah. Pada tahun lalu, ia diadakan di Sevilla, Sepanyol.


Terdahulu, penyanyi rap Joe Flizzow mencipta sejarah menjadi penyanyi sulung dari Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung dibBizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 10-11-2020 12:28 PM
Ramainya ahli kumpulan dapat payment kena share beramai2.

Btw dorang ni sabahan bumiputera ke atau yang hadir dengan izin(takleh guna word satu tu very de sensitip katanye)
Quote husna_amal 10-11-2020 02:45 PM
Mungkin rezeki akan dapat trofi kat dalam negara ke...teruskan usaha.
Quote lattehazelnut 10-11-2020 02:53 PM
Undian ikut org vote ke?
Quote Kurex 10-11-2020 03:02 PM
Btw aku tak suka aznil jadi juri, dgn mantel dia, fake pulak tu
Quote asmara_me 10-11-2020 05:23 PM
Sayang tak menang, kalau sabah takde covid, sure dorang pulun undi, nak buat macam mana, kesihatan lagi penting kan.
Quote dua_chzy 10-11-2020 06:35 PM
Edited by dua_chzy at 10-11-2020 06:38 PM
Suchi: Ramainya ahli kumpulan dapat payment kena share beramai2.Btw dorang ni sabahan bumiputera ke atau yang hadir dengan izin(takleh guna word satu tu very ...


Deols macam original Borneo jah dan dah lotsa mixed akak lehat macam MK yang hada ropa orang Tidung, hada ropa Cina. Tuju tu tak silap paknya Melayu Brunei. Fareed tu adik Sabhi Sahdi dan meka keturunan Suluk putih gebu kat Sabah ni. Yang lelain Bajau kot? Noki tu suma pun sah2 dah mix jika tengok rupa.

(Aiol google tadi, betul la si Noki tu dah mixed Cina)
Quote dudaberhias 10-11-2020 06:51 PM
sek sek saboh jange pecoh... moh pakat ngundi
Quote hyie 10-11-2020 08:21 PM
nampak kemain kepam yach si tuju dalam pic2 di atas...harus abil keciwa seumur hidup bila tengok wajah sebenar
Quote kiah_mai_pulak 10-11-2020 11:16 PM
yuna retis intenesel kelahiran melesia tak tercaloj ke??
Quote Carcosa 11-11-2020 12:31 AM
Meols tak kenal pun lagu dak2 KKelik ni.
Mampos kena hencap dgn BBNU  {:freak
Yg meols suka lagu Ha Tepok tu. Sedap betul beat nya.
Tapi yg tu bkn KKelik kan? Hanya MK rap sama2
Quote supernaturalee 11-11-2020 01:17 AM
2nd pic yg plg kanan tu pun blh nyanyi rnb
Pnh jd guest artis dlm dansa dan sing
Hensem jgk
Next season tmsm blh lh die plk msk

Quote awenda507 11-11-2020 01:19 AM
Tah ye ye je x kecewa lgsg.
Quote belacan_gurl 11-11-2020 02:13 AM
hyie replied at 10-11-2020 08:21 PM
nampak kemain kepam yach si tuju dalam pic2 di atas...harus abil keciwa seumur hidup bila tengok waj ...

Hahahah termasuk ella rasa jugakkkk...kemain gatei bijik...kalah raja azura yang bujang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.140412 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top