View: 7358|Reply: 74
|
[Tempatan]
Kanak-kanak tular tunggang motosikal disaman
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak tular tunggang motosikal disaman
https://www.kosmo.com.my/2020/11 ... -motosikal-disaman/
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
9 November 2020, 5:03 pm
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar, Jitra
JITRA – Polis mengambil tindakan terhadap seorang kanak-kanak kerana menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar di sini selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, selain kanak-kanak terbabit, tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap warisnya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 2.40 petang tadi.
“Kanak-kanak lelaki yang berusia di bawah 10 tahun itu dikenakan tindakan di bawah kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tidak memakai topi keledar.
“Manakala waris kanak-kanak tersebut diambil tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Video berdurasi kira-kira 19 saat yang tular itu memaparkan tindakan seorang kanak-kanak berhenti di satu simpang tiga sebelum ditegur pemandu kenderaan pacuan empat roda.
Sebaik meneruskan perjalanan, kanak-kanak itu turut cuba melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya, sebelum rakaman berakhir.
Tambah Mohd. Ismail, video tersebut dipercayai dirakam kira-kira pukul 6 petang semalam.
“Saya menasihatkan kalangan ibu bapa supaya memberikan perhatian terhadap anak masing-masing terutamanya dalam aspek lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan,” katanya. – K! ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kaki pun nampak tak sampai lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
uish...kena bejinjit kaki nk sampai jalan...berani betul ko dikkk |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum sebat mak pak dia jika didapati memberi kebenaran kod toyol kecik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 9-11-2020 07:48 PM
Ni kisah benar. Kampung aku dulu mmg ada budak masa tu die baru darjah 4 tak silap aku, meninggal naik motor. Masa tu die mmg mcm ni la kaki pun tak smpi lg nk tekan brek. Menyesal tak sudah parents dia smpi hari ni. Benda ni berbelas thn lepas la jugak. Masa tu mmg org kg bising sebab arwah tu siap wheelie mcm ni la. Cuma positifnye lepas peristiwa tu mmg takde budak kampung aku yg jadi mat rempit |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla dua2 kena.... Yg kecik tu pun blh tahan dia punya kurang ajar |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullahalazim..tgk pon ngeri..berani nya ko anak oi..klu apa2 jd fmly ko jgi yg ssh..x memasal dh kena saman. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau parent tak reti ajar biar polis tolong ajarkan... Sumbat dlam lokap barang 2-3 malam, kalau ada polis yg blh nyamar jadi pocong ke ok jugak sakat tiap2 mlm |
|
|
|
|
|
|
|
“Kanak-kanak lelaki yang berusia di bawah 10 tahun itu dikenakan tindakan di bawah kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tidak memakai topi keledar.
banyak noo kesalahan. nasib la hang tak habaq naik moto p kedai beli rokok kat abah ka kalau tak lagi nayaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaaaa tolol laa.... cinonetnyaaaa nak angkat2 moto |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 9-11-2020 07:52 PM
Kalau parent tak reti ajar biar polis tolong ajarkan... Sumbat dlam lokap barang 2-3 malam, kalau ad ...
Yang ni aku setuju. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak padan badan kecik pendek kaki belum sampai nak berwheelie bagai.. Naik basikal ape salahnya dek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendek kecik lg budaknya
Gaya kemain lg nak wheelie tu haishhhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
taktau la kenapa tengok vid rasa nak lempang je budak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau la mak bapa yg selalunya melayu ni bg ank 10 thn dh bawa motor. Kt sini pon ramai. Takot kt ank smpi tak blh marah atau tau beranak lpstu biar je. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 9-11-2020 08:45 PM
taktau la kenapa tengok vid rasa nak lempang je budak ni...
Hahahha...same.laaa...rase nak piattttttt je |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat berbahaya, jika berlaku sesuatu, menangis tidak berirama |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 9-11-2020 07:50 PM
Elokla dua2 kena.... Yg kecik tu pun blh tahan dia punya kurang ajar
Aku setuju, nmpk dh dr kecik perangai xsemenggah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|