fashasandha Officially announced as SlimWorld Ambassador. Thank you for this opportunity. Berkat sabar, berkat menjadi seorang 'ibu'. Syukur Alhamdulillah. I love you son
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa aktres bernama Fasha Sandha ini pernah memendam perasaan sedih dan sakit hati beberapa bulan selepas dia melahirkan anak sulungnya. Bukan kerana berdepan masalah rumahtangga atau keluarga, sebaliknya Fasha berasa sedikit tertekan apabila berat badannya bertambah sebaik sahaja bersalin. Tambah menyakitkan hati apabila terdapat segelintir pihak sering melabelnya gemuk dan menegur penambahan berat badannya itu.
Dua bulan lepas saya bersalin, ada orang tegur ‘Eh Fasha, You nampak berisi ye’. Bagi saya, tak perlulah dia cakap macam tu sebab saya tahu saya gemuk. Apatah lagi saya baru lepas bersalin secara pembedahan, biasalah bila berat badan naik. Sakit hati tu memang ada, tapi apa yang kita boleh buat kan? Mulut orang memang tak boleh ditutup, jadi saya diamkan sahaja. Sejak dari itu, pelakon ini mula mendapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan Slimworld dan mula memantau pengambilan makanannya dengan penuh disiplin. Beberapa bulan selepas saya habis tempoh berpantang, saya terus dapatkan rawatan di Slimworld. Dengan bantuan pakar, saya mula kawal pengambilan makanan dan berdiet. Untuk pengetahuan anda, Fasha kini sudah dilantik menjadi duta Slimword selama dua tahun sekaligus menjadikannya setanding dengan Erra Fazira dan Ziana Zain. Sebenarnya, Slimworld dah lamar saya untuk menjadi duta sejak usia kandungan saya 3 bulan lagi. Bila saya betul-betul yakin dengan keberkesanan rawatan yang diberikan, barulah saya terima lamaran mereka baru-baru ini. Menerusi rawatan berserta diet yang seimbang, Fasha kini telah berjaya mengurangkan berat badan dari 78kg kepada 58 kg. Namun begitu, pelakon ini bersedia melakukan rawatan yang seterusnya untuk mencapai bentuk badan yang lebih sempurna. Beralih kepada soal kerjaya pula, Fasha kini sedang sibuk menjadi juri untuk sebuah program baru yang diberi nama Projek M dalam mencari bakat baru sebagai pengacara TV, penyampai radio dan juga kolumnis. Dalam masa yang sama, Fasha ada menerima beberapa tawaran lakonan namun masih dalam proses untuk menilai tawaran tersebut agar tidak bercanggah dengan statusnya sebagai isteri dan ibu. Saya belum buat keputusan untuk terima tawaran itu atau tidak sebab masih menilai skrip-skripnya. Suami sebenarnya tak menghalang untuk saya berlakon tapi sebagai isteri dan ibu, saya sendiri kena pandai jaga batasan. Menurutnya lagi, dia perlu lebih selektif dan memastikan tidak melakonkan babak-babak yang boleh mengundang kontroversi pada masa akan datang. |
Dua bulan lepas saya bersalin, ada orang tegur ‘Eh Fasha, You nampak berisi ye’. Bagi saya, tak perlulah dia cakap macam tu sebab saya tahu saya gemuk. Apatah lagi saya baru lepas bersalin secara pembedahan, biasalah bila berat badan naik.
Sakit hati tu memang ada, tapi apa yang kita boleh buat kan? Mulut orang memang tak boleh ditutup, jadi saya diamkan sahaja.
Beberapa bulan selepas saya habis tempoh berpantang, saya terus dapatkan rawatan di Slimworld. Dengan bantuan pakar, saya mula kawal pengambilan makanan dan berdiet.Untuk pengetahuan anda, Fasha kini sudah dilantik menjadi duta Slimword selama dua tahun sekaligus menjadikannya setanding dengan Erra Fazira dan Ziana Zain.
Sebenarnya, Slimworld dah lamar saya untuk menjadi duta sejak usia kandungan saya 3 bulan lagi. Bila saya betul-betul yakin dengan keberkesanan rawatan yang diberikan, barulah saya terima lamaran mereka baru-baru ini.Menerusi rawatan berserta diet yang seimbang, Fasha kini telah berjaya mengurangkan berat badan dari 78kg kepada 58 kg. Namun begitu, pelakon ini bersedia melakukan rawatan yang seterusnya untuk mencapai bentuk badan yang lebih sempurna.
Saya belum buat keputusan untuk terima tawaran itu atau tidak sebab masih menilai skrip-skripnya. Suami sebenarnya tak menghalang untuk saya berlakon tapi sebagai isteri dan ibu, saya sendiri kena pandai jaga batasan.Menurutnya lagi, dia perlu lebih selektif dan memastikan tidak melakonkan babak-babak yang boleh mengundang kontroversi pada masa akan datang.
wanitajelita posted on 23-10-2013 08:57 PM
Dah pernah pergi Slim World kat Putrajaya... 3x treatment seminggu opismet aku tegur apasal badan ak ...
cmf_blingblings posted on 23-10-2013 09:24 PM
napa dlm gambar2 atas tu muka dia mcm serius sgt, mcm tgh fikir benda berat....58 kg? Susah juga jd ...
cepheid posted on 23-10-2013 09:17 PM
Ganas gak ko ni wj
Aku tengok kat blog ko kurus molek je. Hasil herbalife ke tu?
Diet ayam ...
mea posted on 23-10-2013 09:36 PM
Aritu iolss timbang berat 55kg dgn ketinggian 157cm...adakah iolsss ferlu mendaftar ke slimworld ite ...
wanitajelita posted on 23-10-2013 09:41 PM
Mana laa ko dapat link blog aku ni... aku pernah bagi ekk
ADVERTISEMENT