View: 219273|Reply: 2504
|
Gambar Fasha kiss-kiss Jejai ala2 Marion Caunter @ pg.78
[Copy link]
|
|
fashasandha Officially announced as SlimWorld Ambassador. Thank you for this opportunity. Berkat sabar, berkat menjadi seorang 'ibu'. Syukur Alhamdulillah. I love you son #putrarayfalramli 1d
Last edited by achik2009 on 12-1-2014 07:27 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
congrats .... Murah rezeki lepas ada anak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia Fasha Sandha Turun 20 Kg Selepas Bersalin
KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2013: Dengan hanya mengamalkan makanan seperti sayur-sayuran, taufu, ayam dan ikan sebagai hidangan hariannya, berat badan pelakon popular Fasha Sandha kini kembali ke tahap ideal selepas melahirkan bayi sulungnya, Putra Rayfal Jun lalu.
Bukan itu sahaja, pelakon kontroversi itu juga mengamalkan pengambilan 8 gelas air setiap hari selain pengambilan makanan kurang berkarbohidrat dan mengamalkan pengambilan epal hijau setiap kali terasa lapar.
Namun apa yang pasti, diet sihatnya itu menjadi lebih aktif selepas mendapatkan rawatan pelangsingan berat badan yang selesa lagi tidak menyakitkan daripada Slim World selama empat bulan sejak Jun lalu.
Daripada berat badan asalnya mencecah 78 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan 58 kilogram selepas menjalani beberapa rawatan pelangsingan yang disediakan Slim World dari masa ke semasa.
“Saya kehilangan 20 kilogram dalam masa 4 bulan iaitu daripada 78 kilogram kepada 58 kilogram.
“Semuanya selepas saya menjalani beberapa rawatan intensif seperti Bio iST yang memerlukan masa selama dua jam setiap kali rawatan.
“Saya juga akan memastikan untuk minum 8 gelas air sehari dan mengambil ayam, sup taufu dan sayur-sayuran sebagai makanan malam saya.
“Malah saya juga akan cuba untuk tidak mengambil makanan dan air selepas jam 9 malam,” katanya berkongsi petua untuk tampak langsing selepas bersalin.
Fasha Sandha telah dipilih sebagai duta baru Slim World selepas didekati jenama kecantikan badan berkenaan ketika dia hamil tiga bulan.
Majlis pengumuman Fasha sebagai duta Slim World telah diadakan petang semalam yang turut disaksikan pihak media dan wakil daripada jenama berkenaan.
Tambah pelakon itu lagi, selain rawatan Bio iST dia turut mendapatkan rawatan DTM, HotMask, Aroma Steam Bath & Lymphatic Drainage dan Micro Massage.
Kata Fasha, selain pengambilan makanan sihat, rawatan pelangsingan yang dijalankan di Slim World ternyata telah memberi kelebihan untuknya menyarungkan pakaian kegemarannya meskipun selepas empat bulan melahirkan bayi.
Tambahnya, sejak diberi peluang merasai semua rawatan pelangsingan di pusat kecantikan berkenaan, dia mula percaya bahawa semuanya pasti, apatah lagi rawatan yang disediakan disitu langsung tidak menyakitkan.
“Bagi saya, rawatan pelangsing akan memberi kesan kepada seseorang sekiranya ada disiplin yang kuat dalam pemilihan nutrisi makan, makan dengan bijak dan pilihan makanan yang betul.
“Mendapatkan rawatan secara berterusan dan tidak ketinggalan senaman ringan akan dapat membantu penaikan berat badan serta mengekalkan bentul badan diingini,” katanya.
Selain Fasha Sandha, artis lain yang bergelar duta Slim World iaitu Ziana Zain, Erra Fazira dan Azizah Ariffin.
Teks oleh Haswari Ali
Credits: murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha Sandha Pendam Perasaan Sedih
23 October 2013
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa aktres bernama Fasha Sandha ini pernah memendam perasaan sedih dan sakit hati beberapa bulan selepas dia melahirkan anak sulungnya.
Bukan kerana berdepan masalah rumahtangga atau keluarga, sebaliknya Fasha berasa sedikit tertekan apabila berat badannya bertambah sebaik sahaja bersalin.
Tambah menyakitkan hati apabila terdapat segelintir pihak sering melabelnya gemuk dan menegur penambahan berat badannya itu.
Dua bulan lepas saya bersalin, ada orang tegur ‘Eh Fasha, You nampak berisi ye’. Bagi saya, tak perlulah dia cakap macam tu sebab saya tahu saya gemuk. Apatah lagi saya baru lepas bersalin secara pembedahan, biasalah bila berat badan naik.
Sakit hati tu memang ada, tapi apa yang kita boleh buat kan? Mulut orang memang tak boleh ditutup, jadi saya diamkan sahaja.
Sejak dari itu, pelakon ini mula mendapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan Slimworld dan mula memantau pengambilan makanannya dengan penuh disiplin.
Beberapa bulan selepas saya habis tempoh berpantang, saya terus dapatkan rawatan di Slimworld. Dengan bantuan pakar, saya mula kawal pengambilan makanan dan berdiet.
Untuk pengetahuan anda, Fasha kini sudah dilantik menjadi duta Slimword selama dua tahun sekaligus menjadikannya setanding dengan Erra Fazira dan Ziana Zain.
Sebenarnya, Slimworld dah lamar saya untuk menjadi duta sejak usia kandungan saya 3 bulan lagi. Bila saya betul-betul yakin dengan keberkesanan rawatan yang diberikan, barulah saya terima lamaran mereka baru-baru ini.
Menerusi rawatan berserta diet yang seimbang, Fasha kini telah berjaya mengurangkan berat badan dari 78kg kepada 58 kg. Namun begitu, pelakon ini bersedia melakukan rawatan yang seterusnya untuk mencapai bentuk badan yang lebih sempurna.
Beralih kepada soal kerjaya pula, Fasha kini sedang sibuk menjadi juri untuk sebuah program baru yang diberi nama Projek M dalam mencari bakat baru sebagai pengacara TV, penyampai radio dan juga kolumnis.
Dalam masa yang sama, Fasha ada menerima beberapa tawaran lakonan namun masih dalam proses untuk menilai tawaran tersebut agar tidak bercanggah dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.
Saya belum buat keputusan untuk terima tawaran itu atau tidak sebab masih menilai skrip-skripnya. Suami sebenarnya tak menghalang untuk saya berlakon tapi sebagai isteri dan ibu, saya sendiri kena pandai jaga batasan.
Menurutnya lagi, dia perlu lebih selektif dan memastikan tidak melakonkan babak-babak yang boleh mengundang kontroversi pada masa akan datang.
Credits: ohbulan.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah pergi Slim World kat Putrajaya... 3x treatment seminggu opismet aku tegur apasal badan aku takde effect apa2 pun.. tunggu punya tunggu sampai 4 minggu cuma turun 1 kg je tupun pasal aku kontrol makan kot?? kuang ajo si Beverly tu cakap pakej yg aku amik murah bila aku komplen rawatan pelangsingan Slim World tak berkesan langsung... dia salahkan aku tak ikot 100% menu diet longkang diorang tu... habis mana nak carik ayam stim lunch hour tengahari buta? kalau kena diet ekstrem sapa2 pun boleh turun tak payah pergi Slim World kan?
Last2 aku beli herbalife utk breakfast & tengahari makan still mcm biasa je tapi petang joging.. barulah badan aku turun 6 kg dlm masa sebulan jek... Memang menipu arrr Slim World ni... membazir duit je.. memang jatuh terduduk la dia kena MAKI dgn aku
|
|
|
|
|
|
|
|
wanitajelita posted on 23-10-2013 08:57 PM
Dah pernah pergi Slim World kat Putrajaya... 3x treatment seminggu opismet aku tegur apasal badan ak ...
Ganas gak ko ni wj
Aku tengok kat blog ko kurus molek je. Hasil herbalife ke tu?
Diet ayam stim tengahari sesuai kalau orang kaya ada tukang masak tolong masak lunch. Nak cari kat kedai memang tak de la
|
|
|
|
|
|
|
|
napa dlm gambar2 atas tu muka dia mcm serius sgt, mcm tgh fikir benda berat....58 kg? Susah juga jd artis, kena ambik gambar, masuk TV, serta merta nampak badan mcm 65 kg....nampaknya kena turun lagi ke 50 kg, sian pasah...tak payah jd retislah, jd bini org sudehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nmpak fs still bam bam jer
Muka mocit2 habis |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa berat dia ni masa sebelum pregnant?
Byk gak naik tu... 20kg...
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak bulat je..tang pipi tu esp |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu iolss timbang berat 55kg dgn ketinggian 157cm...adakah iolsss ferlu mendaftar ke slimworld iteww.....
Pn.FS sila jwb persoalan sy itew.... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings posted on 23-10-2013 09:24 PM
napa dlm gambar2 atas tu muka dia mcm serius sgt, mcm tgh fikir benda berat....58 kg? Susah juga jd ...
Aku pernah terbaca komen Beyonce pasal berat badan ni...
Dia cakap, bukan artis2 sengaja nak dapatkan saiz '0' ni tapi diorang terpaksa..
Sebab TV akan menambah beberapa kilogram, foto akan menambah beberapa paun drpd saiz sebenar...
Thats why le FS berat 58kg nampak mcm exceed 60 kg
|
|
|
|
|
|
|
|
cepheid posted on 23-10-2013 09:17 PM
Ganas gak ko ni wj
Aku tengok kat blog ko kurus molek je. Hasil herbalife ke tu?
Diet ayam ...
Mana laa ko dapat link blog aku ni... aku pernah bagi ekk
|
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 23-10-2013 09:36 PM
Aritu iolss timbang berat 55kg dgn ketinggian 157cm...adakah iolsss ferlu mendaftar ke slimworld ite ...
aku bkn fasha tp nk tlg jawabkan..
ade kwn aku ckp nk tgk berat bdn kita ideal ke x selain dari bmi sng je
Ko tolak tinggi ko dgn seratus..itu ler berat bdn ideal ko..dlm kes ko ni tggi =157 - 100 = 57.
so berat bdn ko ok la...infact kurg 2 kg lak..hehe
tp aku pun xtau rumus ni blh pkai ke x..
|
|
|
|
|
|
|
|
wanitajelita posted on 23-10-2013 09:41 PM
Mana laa ko dapat link blog aku ni... aku pernah bagi ekk
Ala ko pernah share kat thread mana tah. FD kot. Aku tengok sekali je masa tu ko share tips apatah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|