CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid 19 - KKM Aktifkan Semula Penerimaan Sumbangan Tunai

21-10-2020 05:19 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 2956| Komen: 13|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar pada 16 Oktober 2020 memaklumkan akaun amanah atas nama Akaun Amanah Pembeliaan Alat Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan di Fasiliti Kesihatan KKM diaktifkan semula berikutan penerimaan permintaan bagi menghulurkan sumbangan daripada pelbagai pihak susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak Septermber.

Akaun Amanah yang ditubuhkan pada 23 Mac 2020 tersebut sebelum ini berjaya mengumpulkan sumbangan tunai sebanyak RM31,671,903.27 sebelum penerimaan sumbangan ditamatkan pada 31 Mei 2020 berikutan penurunan kes positif Covid-19.

Setakat 30 September 2020, sebanyak RM30,597,202.81  dilulus untuk dibelanjakan dan jumlah tersebut digunakan bagi tujuan membeli kelengkapan perubatan antaranya ventilator, Infra Red Thermometer, Ultrasound, katil pesakit dan Patient Monitor.


Sumbangan tersebut juga digunakan untuk ujian Covid-19 dan penghantaran pegawai KKM untuk bertugas di Sabah bagi membantu menangani wabak Covid-19 di negeri tersebut.


Kredit foto : KKM, NST
Kredit foto : Bernama, hmetro

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, butiran adalah seperti berikut,

Nombor Akaun : 2-66016-0002347-5
Bank : RHB Bank
Atas Nama : Sumbangan Perubatan KKM

KKM juga memaklumkan bahawa tiada pihak mahupun ejen dilantik untuk menerima sumbangan tunai bagi pihak kementerian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 21-10-2020 07:21 PM
Abah da xde duit ke? Lim guan eng ckp xde duit acik forum, rkyat malaysia ckp sembg
Quote Orix 21-10-2020 07:36 PM
Mintak ajela dari muntri2.. ada muntri punya la ramai apa function tah bayar gaji mahal2...
Quote LadyCarefree 22-10-2020 12:43 AM
caprut: Abah da xde duit ke? Lim guan eng ckp xde duit acik forum, rkyat malaysia ckp sembg


Jangan ckap negatip psl abahcow. Dia pandai baca doa, pandai takbir.
Quote LadyCarefree 22-10-2020 12:45 AM
Orix: Mintak ajela dari muntri2.. ada muntri punya la ramai apa function tah bayar gaji mahal2...



Khenzssss? Potong je gaji dn segala elaun menteri2. Apa function diorang esp time kobid? Tadok buat apa pon? Macam makan gaji buta ke mostly. Even menteri kesihatan apa je dia buat?
Quote miss_rose 22-10-2020 12:55 AM
LadyCarefree replied at 22-10-2020 12:45 AM
Khenzssss? Potong je gaji dn segala elaun menteri2. Apa function diorang esp time kobid? Tadok ...

Yesszaa, % setuju.
Kan..
Maken goji butoo yoo..
Quote auntieagony 22-10-2020 07:52 AM
Marilah kita menyumbang sedikit wang ke tabung ni utk kesejahteraan rakyat Msia termasuk kita juga.

Kalau tak mampu RM100, boleh derma RM10. Kalau tak mampu RM10, boleh derma RM1. Dermalah ikut kemampuan.

Mungkin ini satu cara utk kita meningkatkan amalan kita utk bekalan akhirat. Insya Allah.

Drp kita asyik tuding jari ke sana ke sini, baiklah kita mulakan dgn diri kita sendiri.

You can't change anyone but yourself
Quote zehra2 22-10-2020 08:01 AM
auntieagony replied at 22-10-2020 07:52 AM
Marilah kita menyumbang sedikit wang ke tabung ni utk kesejahteraan rakyat Msia termasuk kita juga.
...

betul.. kes berlipat ganda dari dulu. kos pun mesti meningkat. dah ler kali ni byk kes nun jauh di sabah. fasiliti yg kurang. semua nk bawa dari sini.
berbuat baik pasti dpt balasan yg baik jugek. bersyukur lah bila kita tak kena.
Quote husna_amal 22-10-2020 09:55 AM
Harap2 orang ramai dapat membantu sedikit sebanyak untuk dana ni.
Quote Shayang 22-10-2020 10:14 AM
auntieagony replied at 22-10-2020 07:52 AM
Marilah kita menyumbang sedikit wang ke tabung ni utk kesejahteraan rakyat Msia termasuk kita juga.
...

Betul tu nak derma boleh derma yg tanak derma terpulang la duit masing2.

Insya Allah ramai je rakyat malaysia yg pemurah dan tak berkira.
Quote Jorja 22-10-2020 06:37 PM
Siapa belanja sakan kt shopee masa 10.10 ari tu harus & patut mampu sumbang
Quote Artemesiaa 22-10-2020 06:43 PM
Dah macam keadaan mula2 dulu dimana sumbangan orang ramai amat diperlukan
Quote bangcak 22-10-2020 06:46 PM
caprut replied at 21-10-2020 07:21 PM
Abah da xde duit ke? Lim guan eng ckp xde duit acik forum, rkyat malaysia ckp sembg

kann...
bila tokpekkong kata tadak duit

macai gigih citer pasal simpanan rizab 3 triliyon.
menipu sungguh negara tadak duit katanyerr.


Quote Kitty_catz 22-10-2020 07:04 PM
pi mintak donation dr pak menteri gatai bijik buat prn sabah ritu

esp bung tu.. tersengih mcm kerang busuk bila menang.. yihhh sangat

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047493 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top