CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sia-sia Kerat Jari Tak Nak Bayar Hutang

22-10-2020 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2682| Komen: 11

Description: Hutang punya pasal, wanita di Medan, Sumatera sanggup memotong empat jari dan mereka cerita kononnya dirompak.
Hutang punya pasal, wanita di Medan, Sumatera sanggup memotong empat jari dan mereka cerita kononnya dirompak.

Menurut laporan Harian Metro, Erdina Br Sihombing, 54, yang perlu melunaskan hutang berjumlah lebih 70 juta rupiah (kira-kira RM20,000) menggunakan parang untuk memotong empat jari tangan kirinya.



Kredit foto: Harian Metro

"Dia meletakkan tangan kiri dengan posisi keempat jari berada di atas batu dan dengan sekali hayun, dia memotong keempat-empat jarinya itu," kata pihak pendakwaan.

Dia kemudian membungkus tangannya dengan kain sarung manakala jarinya dimasukkan ke dalam plastik dan dicampak ke dalam parit kira-kira 100 meter dari rumahnya di Jalan Mamiyai, Medan.

"Kemudian, dia menghubungi beberapa orang lain dan meminta pertolongan untuk dihantar ke Hospital Murni Teguh untuk mendapatkan rawatan.


"Ketika ditanya oleh orang, tertuduh mendakwa menjadi mangsa rompakan.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui unsur meragukan sebelum tertuduh akhirnya mengaku dia sengaja mereka-reka cerita.

"Dia juga mengakui kepada polis bahawa terpaksa berbuat demikian dengan harapan si peminjam berasa kasihan dan tidak akan menuntut hutang," katanya.

Berikutan kejadian, Erdina ditahan polis kerana membuat aduan palsu dan didakwa di mahkamah meminjam lebih 70 juta rupiah daripada enam individu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-10-2020 09:25 AM
Hutang kena bayar + jari takde + masuk hospital + kena dakwa.... Leluhurrrrrr
Quote syakuntala 22-10-2020 12:21 PM
potong pun kena byr jgk
Quote Belibis 22-10-2020 12:27 PM
Ada kes potong tangan sebab nak tuntut insuran,pun kantoi jugak.
Quote Artemesiaa 22-10-2020 12:40 PM
Kerja sia2 jadi malang bertimpa2
Quote biozipstar 22-10-2020 01:30 PM
bodonya lahai... kalau x pro x payah nak buat benda gini... dosa sbb menzalimi diri sndiri. tapi bkn islam ke? merepot nanti
Quote husna_amal 22-10-2020 02:43 PM
Banyak cara nak elak bayar hutang. Cari ni yang dia buat. Kesian
Quote Tinot7 22-10-2020 02:46 PM
kesian... moga2 kita semua dijauhkan drp berhutang
Quote epuepy 22-10-2020 03:25 PM
ngerriii nye.. mcm mana la dia bole terpk nk potong jari pakai parang?

aku kena pisau sikit pn dh menjerit
Quote shernazz 22-10-2020 03:30 PM
Belibis replied at 22-10-2020 12:27 PM
Ada kes potong tangan sebab nak tuntut insuran,pun kantoi jugak.

Pon kena dakwa kan
Padan muka...
Quote gigahertz 23-10-2020 12:55 AM
Kurex replied at 22-10-2020 01:25 AM
Hutang kena bayar + jari takde + masuk hospital + kena dakwa.... Leluhurrrrrr

Indonesia ni kalau tak silap bil perubatan tanggung sendiri. takde duit. boleh mati.
macam klinik2 yang kat tepi jalan rumah kta tu semua income dia datang daripada mereka ini la
sebab nak buat penguguran kandungan. caj RM 2000.
Quote gigahertz 23-10-2020 12:57 AM
biozipstar replied at 22-10-2020 05:30 AM
bodonya lahai... kalau x pro x payah nak buat benda gini... dosa sbb menzalimi diri sndiri. tapi bkn ...

dia tak tau forensik boleh check tengok kesan potongan tu macma mana. lurus ke bengkok ke.bergigi ke.
mata pisau kan lurus tajam. kalau potong satu boleh kata terpotong kalau potong 3-4 sekata dan selari
mmg nampak sangat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.275814 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top