Polis di Atami, Shizuoka menahan dua beradik lelaki disyaki membiarkan mayat bapa mereka mereput di dalam rumah selama sembilan bulan. Japan Today melaporkan, dua penganggur Harutsugu Nagashima, 49, dan adiknya, Koji, 45, mengaku bersalah membiarkan mayat bapa mereka berusia 75 tahun itu tanpa memaklumkan mengenai kematian mangsa kepada pihak berkuasa.
Akui mereka, mangsa meninggal dunia akibat sakit tua pada Januari, namun polis mendakwa ia belum mendapat pengesahan. Dua beradik yang ditahan pada 20 September itu juga mendedahkan bahawa sepanjang tempoh sembilan bulan itu, mereka menerima wang pencen bapa mereka. - CARI
|
LautBiru52 replied at 12-10-2020 09:14 PM
tak sangka ada juga rakyat jepun yg pemalas {:smile
ADVERTISEMENT