"Can we normalize bullying people who like choco jars? "Aku rasa dia macam koko krunch dengan extra diabetes. "Sumpah, macam 'apa yang sedapnya benda ni ya'? "Aku nak jual dessert but like everyone is demanding for choco jar and I don't want to sell that." Menerusi satu video di akaun TikTok milik ogoshbi, individu yang dikatakan adik lelaki kepada Hanis Zalikha telah meluahkan perasaan kecewanya apabila diberi cadanngan untuk menjual Choco Jars. Video berdurasi kira-kira seminit itu dilihat seperti telah dirakam sejurus selepas dia membeli choco jar daripada seller dan mencubanya. Ada segelintir yang menyokong, namun ramai yang menegur perbuatannya itu kerana seakan-akan menghina dan cuba menutup pintu rezeki orang lain.
Jawapan yang diberi pemilik akaun TikTok ogoshbi ini untuk komen-komen yang menegur tersebut juga kelihatan agak bongkak. Tidak salah jika ingin mengadu ataupun menegur sesuatu produk tetapi tegurlah dengan cara yang berhemah. - CARI
|
haruslah replied at 12-10-2020 01:57 PM
Dia artis ke?
Habis semua sedara mara artis masuk bodgos
ADVERTISEMENT