CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Canggih! Mesin Auto Wudu’ Washer Elak Pembaziran Ketika BerWudu'

2-10-2020 01:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5456| Komen: 14



Membazir adalah satu perkara yang dilarang di dalam agama Islam kerana ia adalah amalan syaitan. Pembaziran berlaku dalam banyak perkara di dalam kehidupan harian antaranya yang selalu terjadi adalah berlebihan ketika berbelanja dan juga ketika makan. 

Selain itu, dua perkara lagi yang kerap kita membazir adalah penggunaan air dan elektrik yang berlebihan. Jangan terkejut jika ketika mengambil Wudu" juga kita kerap melakukan pembaziran.

Menurut hadith Bukhari, Nabi hanya menggunakan 1 Mud air (sekitar 750 ml) untuk berwudu’ dan mandi pula hanya memerlukan 5 Mud. Ini adalah kerana air ialah sumber yang sukar dicari di negara kontang seperti Arab Saudi. Tetapi manusia moden tidak lagi mempunyai masalah mencari sumber air. Ini mengakibatkan kita membazir air walaupun ketika berwudu’.


Untuk mengelakkan dari terus berlaku pembaziran, Auto Wudu’ Washer dicipta dan ia adalah sistem mengangkat air sembahyang yang bukan sahaja automatik tetapi mengurangkan penggunaan air. Hanya 1.5 liter air sahaja diperlukan untuk melengkapkan sesi pengambilan wudu’. Alat ini dilancarkan oleh syarikat tempatan AACE Technologies pada tahun 2010 pada harga RM10,000 sebuah. Pada tahun 2014 model kemas kini dengan rekaan lebih kecil diperlihatkan di laman AACE tetapi tidak pernah dilancarkan secara rasmi.



Ia satu idea yang sangat bagus namun sehingga hari ini masih tidak dapat dipastikan samada sistem ini sudah digunapakai di mana-mana masjid atau tidak.


Mungkin kosnya yang agak mahal jika dibandingkan dengan paip biasa membuatkan produk ini masih belum digunakan secara menyeluruh di masjid-masjid.  Lagi pun tempat mengangkat Wudu' memerlukan lebih banyak sumber air untuk mengelakkan dari berlaku kesesakan ketika jemaah ingin mengangkat Wudu' terutamanya ketika solat Jumaat.  - CARI

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 2-10-2020 09:18 AM
ye ramai je yang membazir air bila amik wudhu. kat ofis ni aku pernah tegur sorang kakak tu. tapi lepas tegur dia still mcm tu jugak, baik ko mandi je kak
Quote husna_amal 2-10-2020 09:59 AM
Mesin ni bagus cuma segelintir orang tak reti guna dengan cermat kemudahan macam ni. Tak reti guna dengan baik dan kejap je dah rosak. Bila dah rosak penyelengaraan tu takde. Akhirnya tersadai je bende2 macam ni.
Quote zarulnazmi 2-10-2020 10:46 AM
kalau takde elektrik mesin tu masih berfungsi ke? atau mesin tu guna bekalan kuasa yang lain.
Quote secawankopi 2-10-2020 12:45 PM
Pada pendapat aku kena tinggikan sedikit kedudukanya pernah guna di Kpj punyalah seksa kena tunduk sbb rendah sangat, aku ada back pain terkial kial aku time basuh tangan ke siku sbb air tu belum sempat sampai ke siku dia dah padam kena sentuh berkali kali seksanya masa tu.
Quote Artemesiaa 2-10-2020 12:50 PM
Rasa di Jepun yang mula perkenalkan mesin macam ni.  Tapi memandangkan sikap dan cara orang ramai gunakan kemudahanan awam sedia ada yang lain pun boleh mudah rosak, tak tahu ler mesin macam ni boleh bertahan lama atau tidak.
Quote mdhelmi 2-10-2020 04:15 PM
konsep wuduk masjid Shah Alam versi upgrade
Quote depresio 2-10-2020 06:54 PM
Nak buat ni lagi membazir. Kos tak agak2.. sedgkan lagi senang tampal je print n laminate perkataan jimatkan air..
Quote eyansss 2-10-2020 07:43 PM
maintenance mahal, elektrik banyak pakai...
Quote supernaturalee 3-10-2020 05:05 AM
mdhelmi replied at 2-10-2020 04:15 PM
konsep wuduk masjid Shah Alam versi upgrade

Same goes to masjid tuanku mizan aka masjid besi putrajaya
Tp bnyk sgt air keluar sbb paip jenis besaq lebaq
Quote Belibis 3-10-2020 07:11 PM
Ironiknya harga satu dah 10k.tang mana tak membazir.
Quote Nurul8001 4-10-2020 02:29 PM
Belibis replied at 3-10-2020 07:11 PM
Ironiknya harga satu dah 10k.tang mana tak membazir.

Tak mbazir air, tapi bazir kat lain
Quote iznanaziz 8-10-2020 04:23 PM
husna_amal replied at 2-10-2020 09:59 AM
Mesin ni bagus cuma segelintir orang tak reti guna dengan cermat kemudahan macam ni. Tak reti guna d ...

tak ada syarikat yg repair ke?
Quote iznanaziz 8-10-2020 04:25 PM
apsal aku nampak mcm najib dlm gambar tu?
Quote nanayaya 17-10-2020 09:35 AM
tpi iklan dkt tv pun bkn main ye airnya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.205473 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top