CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3342|Reply: 14

Canggih! Mesin Auto Wudu’ Washer Elak Pembaziran Ketika BerWudu'

[Copy link]
Post time 2-10-2020 01:15 AM | Show all posts |Read mode






Membazir adalah satu perkara yang dilarang di dalam agama Islam kerana ia adalah amalan syaitan. Pembaziran berlaku dalam banyak perkara di dalam kehidupan harian antaranya yang selalu terjadi adalah berlebihan ketika berbelanja dan juga ketika makan.

Selain itu, dua perkara lagi yang kerap kita membazir adalah penggunaan air dan elektrik yang berlebihan. Jangan terkejut jika ketika mengambil Wudu" juga kita kerap melakukan pembaziran.

Menurut hadith Bukhari, Nabi hanya menggunakan 1 Mud air (sekitar 750 ml) untuk berwudu’ dan mandi pula hanya memerlukan 5 Mud. Ini adalah kerana air ialah sumber yang sukar dicari di negara kontang seperti Arab Saudi. Tetapi manusia moden tidak lagi mempunyai masalah mencari sumber air. Ini mengakibatkan kita membazir air walaupun ketika berwudu’.




Untuk mengelakkan dari terus berlaku pembaziran, Auto Wudu’ Washer dicipta dan ia adalah sistem mengangkat air sembahyang yang bukan sahaja automatik tetapi mengurangkan penggunaan air. Hanya 1.5 liter air sahaja diperlukan untuk melengkapkan sesi pengambilan wudu’. Alat ini dilancarkan oleh syarikat tempatan AACE Technologies pada tahun 2010 pada harga RM10,000 sebuah. Pada tahun 2014 model kemas kini dengan rekaan lebih kecil diperlihatkan di laman AACE tetapi tidak pernah dilancarkan secara rasmi.





Ia satu idea yang sangat bagus namun sehingga hari ini masih tidak dapat dipastikan samada sistem ini sudah digunapakai di mana-mana masjid atau tidak.






Mungkin kosnya yang agak mahal jika dibandingkan dengan paip biasa membuatkan produk ini masih belum digunakan secara menyeluruh di masjid-masjid.  Lagi pun tempat mengangkat Wudu' memerlukan lebih banyak sumber air untuk mengelakkan dari berlaku kesesakan ketika jemaah ingin mengangkat Wudu' terutamanya ketika solat Jumaat.  - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2020 09:18 AM | Show all posts
ye ramai je yang membazir air bila amik wudhu. kat ofis ni aku pernah tegur sorang kakak tu. tapi lepas tegur dia still mcm tu jugak, baik ko mandi je kak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 09:59 AM | Show all posts
Mesin ni bagus cuma segelintir orang tak reti guna dengan cermat kemudahan macam ni. Tak reti guna dengan baik dan kejap je dah rosak. Bila dah rosak penyelengaraan tu takde. Akhirnya tersadai je bende2 macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:46 AM | Show all posts
kalau takde elektrik mesin tu masih berfungsi ke? atau mesin tu guna bekalan kuasa yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat aku kena tinggikan sedikit kedudukanya pernah guna di Kpj punyalah seksa kena tunduk sbb rendah sangat, aku ada back pain terkial kial aku time basuh tangan ke siku sbb air tu belum sempat sampai ke siku dia dah padam kena sentuh berkali kali seksanya masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 12:50 PM | Show all posts
Rasa di Jepun yang mula perkenalkan mesin macam ni.  Tapi memandangkan sikap dan cara orang ramai gunakan kemudahanan awam sedia ada yang lain pun boleh mudah rosak, tak tahu ler mesin macam ni boleh bertahan lama atau tidak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2020 04:15 PM | Show all posts
konsep wuduk masjid Shah Alam versi upgrade
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat ni lagi membazir. Kos tak agak2.. sedgkan lagi senang tampal je print n laminate perkataan jimatkan air..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2020 07:43 PM | Show all posts
maintenance mahal, elektrik banyak pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 2-10-2020 04:15 PM
konsep wuduk masjid Shah Alam versi upgrade

Same goes to masjid tuanku mizan aka masjid besi putrajaya
Tp bnyk sgt air keluar sbb paip jenis besaq lebaq
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironiknya harga satu dah 10k.tang mana tak membazir.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 3-10-2020 07:11 PM
Ironiknya harga satu dah 10k.tang mana tak membazir.

Tak mbazir air, tapi bazir kat lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 04:23 PM | Show all posts
husna_amal replied at 2-10-2020 09:59 AM
Mesin ni bagus cuma segelintir orang tak reti guna dengan cermat kemudahan macam ni. Tak reti guna d ...

tak ada syarikat yg repair ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 04:25 PM | Show all posts
apsal aku nampak mcm najib dlm gambar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tpi iklan dkt tv pun bkn main ye airnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.064146 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list