CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrief Nazri Beralih Ke Perundingan Kewangan. Dah Tak Laku Berlakon Ke?

30-9-2020 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13586| Komen: 72

Nazrief Nazri nampaknya sudah beralih arah ke perundingan kewangan. Dah tak laku berlakon ke?

Namun katanya bukan itu sebabnya sebaliknya ia demi masa depan yang terjamin, apatah lagi kini dia sudah berkahwin


Minatnya masih membara terhadap lakonan namun dia memerlukan pendapatan yang lebih stabil selepas berkahwin dengan model  Aizatul Aqma Hamdan.


Foto: IG
"Saya masih berlakon, cuma lebih fokus sebagai perunding takaful dan perunding pewarisan harta pusaka.

"Saya kini bekerja sebagai perunding kewangan secara sepenuh masa dan perlu masuk pejabat, jadi saya kurang berlakon.

"Sebenarnya, saya berjinak dalam bidang perunding sejak dua tahun lalu, tetapi semakin serius fokus ke arah bidang ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu," katanya kepada BH Online.



Tambahnya dia masih menerima undangan lakonan namun terpaksa ditolak sekirnya diminta menjayakan watak utama.

"Alhamdulillah, tawaran lakonan sentiasa ada, malah tidak pernah berkurangan. Lebih membuatkan terharu, semakin banyak tawaran watak utama dan pembantu diterima. Malangnya, kebanyakan terpaksa ditolak.


"Saya bukan tidak laku atau tiada tawaran lakonan diterima, tetapi saya beralih perundingan kewangan demi masa depan lebih terjamin. Saya tahu, mungkin saya masih ada kerja untuk tempoh beberapa tahun lagi, tetapi apabila sudah tidak laku, saya nak makan apa?

"Kerjaya sebagai pelakon belum tentu terjamin. Bukanlah tiada jaminan langsung, tetapi saya harus ada perancangan pada masa depan. Apabila usia sudah menginjak tua, saya tidak mahu terlambat untuk melakukan sesuatu yang baru."



Dia juga sedar tuahnya untuk menjadi popular tak sampai-sampai.

"Tak mungkin saya nak tunggu 10 hingga 15 tahun lagi? Macam mana nasib saya jika tiada rezeki nak popular?

"Sekurang-kurangnya jika cita-cita nak melangkah lebih jauh tidak tercapai, saya sudah ada kerjaya lain untuk masa depan. Bagaimanapun, saya tidak akan meninggalkan dunia lakonan selagi diterima." -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 30-9-2020 12:26 PM
Mr Blind ni not bad jugak. Lakonan dia pun ok.
Quote katakau 30-9-2020 12:27 PM
Edited by katakau at 30-9-2020 12:28 PM



pernah jumpa dorang ni kat KK buat HIV test kot before kahwin.memang aku nampak wife dia bertudung macam gambar passport kat handphone tu.muka biasa je takde lar wow macam dalam ig ni.tapi nazrief ni helok gak jumpa depan2
Quote hyie 30-9-2020 12:30 PM
geli sebab teringat gambar dia jadi model spender...tak silap warna putih
Quote umbut 30-9-2020 12:31 PM
Wife cantik
Quote VespaSilbe 30-9-2020 12:43 PM
Lawa wife dia
Quote Kurex 30-9-2020 12:46 PM
Macam kata forumer, nak cari pasangan, cari yg sama2 stabil agar boleh tolong dikala sudah bukan diri tu je yg kena buat 100%. Btw, bulge nazrief ni nalla jugak
Quote Redmyvi 30-9-2020 12:50 PM
Retis takot betul kalau org pikir dia xlaku dh.. siap explain lg.. haha
Quote pavlovachoc 30-9-2020 12:53 PM
Dia dh kwen eh .. Bru tau
Quote slavehunter 30-9-2020 12:56 PM
Mamat ni bekas pramugara MH ker? He looks familiar ler.....
Quote Ritacomels 30-9-2020 01:01 PM
Muka dia mcm fahrin ahmad
Quote TomyamPuteh 30-9-2020 01:01 PM
hyie replied at 30-9-2020 12:30 PM
geli sebab teringat gambar dia jadi model spender...tak silap warna putih

Pastu ada 2 eko sepet memandang bontot dia dgn penuh napsu
Quote YomiuriLandMae 30-9-2020 01:04 PM
gigih ye nak justify yg diri tu still laku keras..
Quote mimi77 30-9-2020 01:16 PM
dia ni ada la rupa cumanya x brp femes.....so bila dh kawin mmg org x minat la
Quote immaryjane 30-9-2020 01:20 PM
Couple ni boleh tahan lg wlupn byk drama dr couple, scandal, bukak tdung tup2 kawen jugak.
So alasan rebel bf psang scandal boleh di jadikn alasan bukak tdung khenn
Dlu muke wife dia bersegi, nmpk kelakar wlupn cantik skrg dh repair dagu tu kurang la sikit bersegi
Yg plinh crige minah yg kwen tak tahu lah org ape, congo ke ape. Yg pasti mcm negro
Choiii dok lalu lalang kt feed, bg nasihat mcm mne kwen interacial bagai. Kwen pn tk smpai 2 tahun.
Pastu tnjuk2 mcm nk berjimak
Geli woiii coz laki dia bkn mcm john legend. Hat tu sedap jugak
Quote swateng1 30-9-2020 01:28 PM
immaryjane replied at 30-9-2020 01:20 PM
Couple ni boleh tahan lg wlupn byk drama dr couple, scandal, bukak tdung tup2 kawen jugak.
So alasa ...

fila amir ke? ooppsss
Quote mamajawie 30-9-2020 01:30 PM
wife dia ni slalu jadi model baju kurung n tudung gak..patut la muka familiar..

tapi stuju la jgan harapkan job retis je, cari la side income lain kekdahnya
Quote doubleA 30-9-2020 01:31 PM
Bior la dia nak jadi perunding apa pun atau jual apapun asal bukan scammer jual produk timbang kilo pengasas kaya pengguna sengsara. Laku ke tak yg nak cari duit makan tu dia.
Quote zuliana29 30-9-2020 01:36 PM
haah wife dia bersepah je gamba kt IG jd model baju & tudung..
baru tau wife dia..
Quote syidasaleh 30-9-2020 01:37 PM
katakau replied at 30-9-2020 12:27 PM
pernah jumpa dorang ni kat KK buat HIV test kot before kahwin.memang aku nampak wife dia bertudu ...

Dulu bertudung. Pastu ade kes curang mencurang putus sat mula rebel. Pastu teruskan jela tak pakai tudung

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047264 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top