CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Fakta-Fakta Menarik Tentang Alam Semesta, Nombor 7 Tu Biar Betul?

24-9-2020 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12748| Komen: 37



Alam semesta adalah merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat, atau tidak dapat dilihat. Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.

Ia dipenuhi oleh berbilion-bilion bintang, galaksi, lohong hitam, dan segala jenis objek yang wujud di angkasa. Banyak khazanah alam semesta ini dikaji oleh ahli-ahli fizik dan astronomi yang kita tidak tahu. Oleh itu, jom kita baca artikel ini berkenaan dengan 10 fakta menarik tentang alam semesta yang anda mungkin tidak tahu!

1. Alam semesta sedang mengembang

Lebih 100 tahun lalu, ahli fizik dan astronomi menyangka bahawa alam semesta ini adalah statik dan tidak berubah termasuklah Albert Einstein. Kemudian pada tahun 1929, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi British mendapati bahawa hampir kesemua galaksi bergerak menjauhi galaksi kita, Bima Sakti. Daripada penemuan ini, ahli fizik dan astronomi mengusulkan sebuah model kelahiran alam semesta iaitu model Letupan Besar (Big Bang). Berdasarkan model ini, alam semesta ini bermula dari sebuah titik kecil dan mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini.


2. Alam semesta mempunyai umur 13.7 bilion tahun

Alam semesta kita ini mempunyai permulaannya sama seperti manusia. Namun manusia yang hidup hari ini, paling tua pun lahir sekitar awal abad ke 20. Sudah tiada lagi manusia yang hidup sebelum tahun 1900. Namun alam semesta kita lebih tua dari segala yang terdapat di dalamnya. Berdasarkan kajian mengenai taburan dan pergerakan galaksi, para ahli astronomi menghitung umur alam semesta pada nilai 13.7 billion tahun! Ini bermakna, peristiwa Letupan Besar berlaku pada 13.7 bilion tahun lalu.


3. Alam semesta mempunyai saiz diameter 93 billion tahun cahaya

Jadi, umur alam semesta kita ialah 13.7 bilion tahun. Bagaimana pula dengan saiznya? Ini juga menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli astronomi. Lalu mereka pun menghalakan teleskop mereka ke angkasa untuk melihat pergerakan galaksi-galaksi yang dapat dilihat. Berdasarkan pencerapan ini, ahli astronomi menganggarkan bahawa saiz diameter alam semesta yang dapat dilihat ialah 93 bilion tahun cahaya atau 880 septilion meter iaitu 880 diikuti oleh 24 kosong dibelakangnya. Fuh. Besar tu!


4. Cahaya mempunyai kelajuan 300 juta meter sesaat

Galaksi dan bintang yang dapat dilihat oleh teleskop-teleskop di Bumi, datang dalam bentuk cahaya. Malah, semua yang kita lihat ini, adalah disebabkan oleh cahaya yang masuk ke mata kita. Kita mungkin sangka bahawa cahaya ini adalah sekelip mata. Namun pada hakikatnya, cahaya juga mempunyai kelajuannya yang tersendiri iaitu 300 juta meter sesaat. Oleh sebab itu, bintang-bintang yang kita lihat di angkasa sebenarnya adalah keadaan bintang-bintang tersebut di masa lampau. Semua yang kita lihat adalah masa lampau.

5. 98% daripada jirim di alam semesta ialah hidrogen dan helium

Apabila kita mendongak ke langit malam yang jauh dari pencemaran cahaya dan tanpa gangguan awan, kita dapat lihat beribu-ribu bintang bertaburan di langit. Bintang-bintang ini terdiri daripada pelbagai gas, namun lebih 90% daripada gas di dalam bintang ialah unsur hidrogen dan helium. Kedua-dua unsur hidrogen dan helium ini wujud ketika kelahiran alam semesta iaitu ketika peristiwa Letupan Besar.



6. Alam semesta tidak mempunyai bunyi

Salah satu deria daripada lima deria manusia ialah pendengaran. Di kawasan bandar, telinga kita dapat mendengar bunyi-bunyi kereta yang meluncur di jalan raya. Di kawasan kampung pula, kita dapat mendengar bunyi-bunyi burung bersiul. Bagaimana pula dengan bunyi di alam semesta? Sebenarnya, alam semesta ini sangatlah sunyi. Jika kita ke angkasa, kita tak dapat mendengar apa-apa pun. Ini kerana bunyi dihasilkan oleh getaran pada udara. Disebabkan angkasa ini ialah vakum, maka bunyi tidak dapat dipindahkan di angkasa.

7. 96% alam semesta tidak dapat dilihat

Teleskop-teleskop yang ada pada hari ini mempunyai saiz yang sangat besar. Malah ada yang mencecah 10 meter saiz cerminnya. Namun, tidak semua yang ada di alam semesta, dapat dicerap oleh teleskop-teleskop ini walaupun saiznya sebesar Bumi. Ini kerana alam semesta kita dipenuhi oleh 2 entiti yang tidak diketahui oleh ahli astronomi iaitu tenaga gelap dan jirim gelap. Kedua-dua entiti ini hanya diketahui kewujudannya melalui kesan graviti kepada objek yang dapat dilihat. Dengan melihat pada kesan graviti ini, ahli astronomi menyimpulkan bahawa semua yang dapat kita lihat melalui teleskop hanyalah 4 peratus daripada keseluruhan isi kandungan alam semesta! 96 peratus lagi masih misteri.


8. Suhu alam semesta ialah -270°C

Permukaan matahari mempunyai suhu sekitar 5 ribu darjah Celcius. Bumi pula mempunyai suhu purata 15 darjah Celcius. Bagaimana pula dengan alam semesta? Alam semesta juga mempunyai suhunya yang tersendiri iaitu sekitar -270 darjah Celcius. Namun suhu ini bukanlah malar. Ketika alam semesta mula lahir daripada letupan besar, suhunya mencecah jutaan darjah Celcius. Setelah ia berkembang, suhu ini mula menurun sehinggalah suhu -270 darjah Celcius sekarang.


9. Alam semesta dipenuhi oleh ruang kosong (lowong)

Tanpa cahaya matahari, kita dapat lihat kegelapan langit di malam hari yang dihiasi oleh cahaya-cahaya kerdipan bintang. Apabila kita meneroka ke angkasa, meninggalkan galaksi kita, alam semesta ini dipenuhi oleh ruang kosong yang langsung tidak mempunyai apa-apa. Beginilah keadaan alam semesta kita pada skala yang besar. Sebahagiannya dipenuhi oleh galaksi dan kluster galaksi. Manakala sebahagian lain pula hanyalah ruang kosong yang tidak mengandungi apa-apa pun. Jika anda tiba-tiba terperangkap di sini, hanya kegelapan yang ada!



10. Kita Tidak Tahu Penghujung Alam Semesta

Eh? Fakta nombor 3 mengatakan bahawa alam semesta mempunyai saiz diameter 93 bilion tahun cahaya. Maksudnya ia ada penghujung lah kan? Jawapannya ialah saiz 93 bilion tahun cahaya tersebut merujuk kepada alam semesta yang dapat dilihat. Cahaya yang sampai ke mata teleskop-teleskop di Bumi, paling jauh ialah 93 bilion tahun cahaya. Jadi, apa yang ada di sebalik itu? Jawapannya ialah kita tidak tahu. Namun berdasarkan model Letupan Besar, kemungkinannya ialah disebalik ‘penghujung’ alam semesta ini ialah galaksi-galaksi juga. Alam semesta kita tidak berpenghujung.



Begitulah serba sedikit maklumat berkenaan alam semesta yang mungkin kita tidak tahu. Namun ini bukanlah segala-galanya. Alam semesta ini mengandungi terlalu banyak khazanah untuk ditulis dalam sebuah artikel. Sama-samalah kita berfikir dan mengkaji betapa banyaknya khazanah yang belum diteroka.

Dan lihatlah, bertapa kerdilnya diri kita ini jika dibandingkan dengan kekuasaaan Allah Yang Maha Esa namun masih ramai juga yang masih sombong dan alpha disaat mempunyai harta dan kuasa. - CARI



Sumber - ajar.com.my



4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • LH76


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 24-9-2020 11:46 PM
Bunyi kat angkasa
Quote LH76 25-9-2020 12:19 AM
suhu negative 270°c maknanya sejuk sangat2 la kan. yg angkawasan duk pegi berbulan2 duduk dlm kapsul tu kira tinggal di alam semesta ke
Quote RatuDunia94 25-9-2020 12:31 AM
Bila fikir pasal logik alam semesta ni boleh jd gila.. yes of coz kita kena lercaya al quran. Tp kalau difikirkan apa yg ada sebelum alam semesta ni wujud? Dimana titik akhir alam semesta. Wujudkan alam lain selain alam semesta.. then kita bandingkan kehidupan manusia ni sangat tiada apa2 dengan kebesaran alam semesta ni..
Quote buapakperut 25-9-2020 12:37 AM
suka tengok sci fi . mcm sunshine dan alien franchise. iols juga study modern physics. fakta yg no 10 tu buat iols nangis mase kecik2 sebab iols takut bile mikirkan betapa luas alam,pastu ape? sampai mane, pastu? Allahu
Quote buapakperut 25-9-2020 12:38 AM
RatuDunia94: Bila fikir pasal logik alam semesta ni boleh jd gila.. yes of coz kita kena lercaya al quran. Tp kalau difikirkan apa yg ada sebelum alam semesta ni w ...

betul iols pun fikirkn ti, skg dh taknak fikir sebab seriously nk gila
Quote buapakperut 25-9-2020 12:39 AM
lavendernovella: Bunyi kat angkasa

no sound sebab alam semesta is vacuumm, takde medium untuk bunyi bergerak, at least kena ada udara
Quote Beribear 25-9-2020 08:05 AM
Thanks tt sharing this article. Tp i nak tanya, angkasa lepas tu kira langit pertama la ye? Dulu i ingat langit tu kat bumi je
Quote CARI-HBZ 25-9-2020 08:22 AM
LH76 replied at 25-9-2020 12:19 AM
suhu negative 270°c maknanya sejuk sangat2 la kan. yg angkawasan duk pegi berbulan2 duduk dlm kapsu ...



yup..sebab tu kalau tengok dalam movie angkasawan yang terkeluar dari kapal dan kapsul pecah automatik membeku dalam berapa second je



Quote CARI-HBZ 25-9-2020 08:26 AM
RatuDunia94 replied at 25-9-2020 12:31 AM
Bila fikir pasal logik alam semesta ni boleh jd gila.. yes of coz kita kena lercaya al quran. Tp kal ...



sebab manusia hanya akan ikut logik akal dan apa yang dilihat dengan mata sahaja sedangkan alam semesta kita penuh dengan beribu rahsia yang tak terungkap...termasuk benda2 ghaib yang dah dijelaskan dalam Al-Quran..



Quote johan-adx 25-9-2020 08:28 AM
nk tau details pasal alam semesta boleh dngr ceramah israk mikraj yg details penceritaan kejadian di langit2..
Quote CARI-HBZ 25-9-2020 08:39 AM
buapakperut replied at 25-9-2020 12:37 AM
suka tengok sci fi . mcm sunshine dan alien franchise. iols juga study modern physics. fakta yg no 1 ...



itu alam semesta.duduk tengah laut pun dah rasa kerdilnya diri kalau tak nampak daratan



Quote CARI-HBZ 25-9-2020 08:42 AM
Beribear replied at 25-9-2020 08:05 AM
Thanks tt sharing this article. Tp i nak tanya, angkasa lepas tu kira langit pertama la ye? Dulu i i ...



angkasa lepas pada fahaman saya semua ruang yang berada dilangit yang tak berpenghujung tak kiralah sampai lapisan berapa sebab rasanya mat saleh percaya ke langit ada 7 lapis? bertapa luasnya alam semesta ini


Quote shark 25-9-2020 08:47 AM
tu belum ungkai lagi mahligai kerajaan langit ayah pin alam disebalik mata.haha

Quote dusunmind 25-9-2020 09:03 AM
Ini dlm trompet malaikat israfil ka. Skali tiup semua berhamburan hancur.
Quote MenggapaiLangit 25-9-2020 09:32 AM
Dulu sy ada buat sikit kajian sendiri2 aja berkenaan alam semesta ni. Cuma ingin berkongsi sedikit video dan info, gambaran mengenai bumi dan alam semesta ini. Mungkin dpt memberi sedikit gambaran mengenai keagungan dan kebesaran Allah, Tuhan yg satu.. Maaf kira ada tersalah info harap dpt diperbetulkan, sekadar info yg di compilekan dr sumber internet jua utk dpt sikit gambaran mengenai alam ini, sedang ilmu dan kebenaran itu hanya milik Allah jua.. Wallahu a'lam.. semoga bermanfaat..

Video yg menarik utk ditonton. Pengenalan tentang luasnya alam agar kita dpt menyemai rasa takjub dan pesona kita hanya pd Allah yg maha suci dan agung..

https://youtu.be/q1mkjkTqg0Y

-Bumi seperti yg kita tahu berada dalam satu sistem solar. Bersama 9 planet lain yg kita belajar di sekolah dulu dimana semua planet berputar mengelilingi matahari.

-Matahari pula hanyalah salah satu dari berbillion2 bintang yg ada dalam galaksi ini.

-Hampir setiap bintang terdapat sekurang-kurangnya satu planet lain yg mengelilinginya. Seumpama sistem solar kita juga.Jadi planet yg ada dlm galaksi kita adalah lebih banyak dari bintang-bintang.Trillion..

-Matahari sangat besar.Seumpama kita boleh memasukkan 1.3 juta bumi kedalamnya.Tetapi matahari bukanlah bintang yang paling besar. Terdapat banyak lagi bintang yang lebih besar antaranya bintang bernama Vy Canis Majoris yang besarnya umpama kita boleh memasukkan 9.3 billion matahari kedalamnya. Matahari dan bumi berjarak dalam 150 juta km.

-Kesemua bintang-bintang itu tidaklah statik setempat.Sama seperti planet di sistem solar kita yang mana semuanya bergerak mengelilingi matahari..kesemua berbillion bintang ini juga bergerak mengelilingi galaksi..dan bintang solar kita iaitu matahari mengambil masa anggaran 225 juta tahun untuk lengkap mengelilingi 1 galaksi..

-Kesemua rangkuman ratusan billion bintang dan trillion planet itu tadi membentuk satu gugusan yang dinamakan galaksi.. dan galaksi ini dinamakan sebagai galaksi "Milky Way" ataupun bima sakti..galaksi yg cukup luas,umpama infiniti bagi manusia..namun berapa banyakkah lagi galaksi yg wujud?

-Rupanya terdapat berbillion lagi galaksi yg wujud diluar sana..seperti gugusan galaksi bima sakti kita..galaksi diluar sana juga mempunyai berbillion bintang dan planet-planet seperti gugusan galaksi Bima Sakti..

-Kesemua lapisan rangkuman berbillion galaksi itu tadilah yang kita kenali sebagai "Universe"..

-Umpama tiada kesudahan bagi seorang saintis untuk mengkaji..dan Universe itu bukanlah penghujungnya..setiap satu rangkuman lapisan adalah jauh berganda lebih besar dari rangkuman lapisan yang di dalamnya..cuba lihat Ayat al-quran ini.. ;

"Yang menciptakan 7 langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yg tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yg Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yg cacat?" "Kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi dan sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali padamu tanpa menemukan cacat dan dia (pandanganmu) dalam keadaan letih." Surah Al-Mulk ayat 3 & 4.

Dan lihatlah hadis Nabi S.A.W ini pula ;
Perumpanaan bumi yg kalian tinggal ini dengan luasnya langit lapisan pertama di atas kepala kalian ibarat cincin yang dibuang di padang pasir..Cincin itulah umpamanya bumi dan padang pasir terbentang itulah luasnya langit pertama.
Di atasnya ada langit yang kedua,dicampakkan lagi sebentuk cincin di padang pasir..luasnya bumi dan langit pertama itu seumpama cincin dan langit kedua itu seumpama luasnya padang pasir..
Di atasnya ada langit ketiga,dicampakkan lagi sebentuk cincin di padang pasir,langit 2,langit 1 dan bumi seperti cincin itu manakala langit ke 3 luasnya seperti padang pasir..

Begitulah berikut dan seterusnya sehinggalah ke langit yang ke tujuh..luasnya langit 6,5,4,3,2,1 dan bumi hanyalah umpama sebentuk cincin di padang pasir bagi luasnya langit ke 7..

Dan di atas 7 lapisan langit adanya Sidratul Muntaha..dicampakkan sebentuk cincin di padang pasir,dan kesemua 7 lapisan langit tadi hanya seumpama sebentuk cincin bagi luasnya Sidratul Muntaha yang seumpama padang pasir..

(sila rujuk video ini untuk mendengar ulasan hadis yg penuh.. - https://youtu.be/gh5z6Scvrt8)

Universe yang sudah terlalu besar itu rupanya hanyalah sebahagian kecil dari satu lagi rangkuman lapisan yang lebih luas..rupanya ada berbillion lagi rangkuman Universe yang wujud di luar sana..Para saintis menggelarnya sebagai Multiverse..entah baru langit keberapa...tiada yg cacat, tiada penghujungnya bagi pandangan mata kita yg lemah..dan kita akan keletihan dalam pencarian alam ciptaan Tuhan yang serba luas ini..benar Allah itu Maha Besar..

-Dimanakah letak duduknya bumi kita dalam lautan alam semesta ini?dan dimanakah letak duduknya manusia itu sendiri.."seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk,nescaya Allah tidak akan memberi minuman kpd org kafir seteguk air pun"  namun  rahmat Allah meliputi sekian makhluknya, cuma manusia aja yg lalai..benarlah dunia yg dikejar ini bukanlah apa-apa..sedang suluruh alam ini bertasbih pd Allah.. Bintang, planet, galaksi dan seluruh alam semesta bergerak tunduk dan patuh mengikut aturannya dan manusia yg kerdil ini pulalah yg sombong mengingkari Tuhannya..

-Alangkah beruntungnya manusia diturunkan Al-Quran dan Sunnah sbg panduan hidup melalui jalan agama yg Allah redhai iaitu Islam..kita tidak akan pernah sesat berpegang teguh padanya.  

Lihatlah bukti dan tanda kebesaran Allah di segenap penjuru diri dan alam ini, tanda kesucian yg agung daripada Tuhan yg maha besar..Allah suka hambanya memuji dan mensucikan kebesaranNya..

Wallahua'lam, betulkan sy jika tersilap sedang Allah jua yg maha mengetahui..
Quote mizruncing 25-9-2020 10:12 AM
bab semesta alam ni tak boleh nk pikir diluar kotak sgt. tak tercapai dek akal kadang2 sbb ade yg logik ade yg tak. buat kita yg jenis bukan orang sains ni mampu baca jela org buat research psl alam semesta n cari maksudnya yg sebenar dlm al quran
Quote johan-adx 25-9-2020 10:49 AM
dengar ceramah ni...sgt pjg..tp tak bosan..
bole tambah ilmu sikit sebanyak pasal alam semesta
[youtube]IXoHNHCPhUY[/youtube]
Quote Skuau 25-9-2020 10:54 AM
Beribear replied at 25-9-2020 08:05 AM
Thanks tt sharing this article. Tp i nak tanya, angkasa lepas tu kira langit pertama la ye? Dulu i i ...

sekolah rendah dulu.....i igt langit tu...'siling' bumi.
Quote husna_amal 25-9-2020 11:44 AM
Kebesaran Allah menciptakan alam semesta.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056021 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top