CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Buat Solat Sunat Sebelum Benarkan Noraniza Idris Sertai GV7

24-9-2020 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18315| Komen: 112

Ramai yang mempersoalkan keputusan Noraniza Idris untuk menyertai Gegar Vaganza 7 kerana didakwa tak sesuai dengannya yang sudah bertaraf legenda.

Namun penyanyi ini ada alasannya yang tersendiri.

Foto: IG
"Apa yang dilakukan demi masa depan muzik Irama Malaysia. Saya lebih melihat kepada peluang yang diperoleh selepas menyertai program ini. Saya, seorang penggemar muzik irama tradisional yang tegar.

"Sebelum ini, saya agak sukar membawa irama ini ke depan. Justeru, apabila orang melihat saya di pentas berkenaan, dapatlah juga menarik irama ini untuk bersama saya. Bukan mudah menyertai pertandingan kerana banyak tekanan yang bakal dihadapi, tetapi saya bersedia untuk kembali belajar.


"Saya tak pernah belajar vokal sepanjang lebih tiga dekad dalam bidang nyanyian. Untuk program GV7, pihak pengurusan menyediakan seorang guru untuk melatih saya. Jujurnya, saya tak yakin mahu menyertainya jika berseorangan," katanya kepada Berita Harian.


Sementara itu Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani kata, antara syarat yang ditetapkan suaminya dalah pakaian tidak boleh keterlaluan dan dialrang terkinja-kinja di atas pentas.

"Keputusan untuk bersetuju menyertai GV7 dibuat pada saat akhir memandangkan saya perlu mendapat keizinan suami terlebih dahulu.

"Sebelum memberi kebenaran, suami buat solat sunat dan bertanyakan beberapa soalan kepada syarikat pengurusan, Mind Order yang menjadi wakil Astro untuk melamar saya menyertai program GV7.

"Selepas berpuas dengan jawapan yang diberikan, barulah suami beri keizinan. Itupun ada syarat yang perlu dipatuhi seperti jaga cara berpakaian dan tidak terlalu terkinja-kinja atas pentas. Maklum sahajalah, suami saya seorang bilal.

"Anak juga berpesan perkara yang sama. Segala pesanan akan saya ingat demi menjaga nama baik keluarga dan anggota keluarga lain. Tak mahu nanti ada sesiapa yang terasa hati."



Sementara itu Kak Ani tidak kisah sekiranya dikritik oleh juri profesional.

"Saya tak kisah kerana mereka tahu apa yang mereka katakan. Nak kata saya menyanyi tak bagus pun saya boleh terima kerana ia bersesuaian dengan pentas ini. Cuma janganlah komen yang keterlaluan," tambahnya.-CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 24-9-2020 12:57 PM
Penunggang agama jugak la niii.
Kalau solat hajat untuk beli nombor,dan dapat 1st prize.kira Allah redho ke caner?
Quote boojaat 24-9-2020 12:58 PM
Ok la juga suami nya izinkan dr nora aritu arwah laki mmg x bagi dia join
Quote kuzaime 24-9-2020 01:07 PM
Dia join gv atas reason nak tarik sekali irama tradisional dia pd umum. Tp bukan setiap minggu akan dpt genre yg sama ya k.ani bab kritik pun boleh terima kalau x keterlaluan katanya, jgn nanti ada apa2 yg juri cakap x kena pd dia udah sentapp pulak
Quote RatuDunia94 24-9-2020 01:12 PM
Alamak.. mcm x sedap lak bunyinya.. just cakap je lah. Suami dah izinkan join GV. X payah mention siap bersolat sunat istikharah bagai.. hakikatnya program GV tu tetap program lagha.. x kisahlah apa niatnya pun..
Quote otai_g 24-9-2020 01:14 PM
Legend x sesuai msk rancangan ni.
Quote airmineral 24-9-2020 01:21 PM
solat sunat utk buat benda lagha?
xsesuaiiii
Quote krustykrab 24-9-2020 01:24 PM
Eh ada laki rupanya, ingatkn mrnjanda lps cerai laki ke2
Quote Boomibulat 24-9-2020 01:28 PM
Buat benda harom pun solat istikarah dulu ke..Kiranya tuhan mengizinkan ke cmana..donia akhir zaman
Quote djzara81 24-9-2020 01:31 PM
So kak Ani nanti berdiri atas stage serupa tunggul ka mcm mana? Tarian traditional adeke yg tak terkinja2?
Quote stingerstorm 24-9-2020 01:32 PM
Edited by stingerstorm at 24-9-2020 01:33 PM
Belibis replied at 24-9-2020 12:57 PM
Penunggang agama jugak la niii.
Kalau solat hajat untuk beli nombor,dan dapat 1st prize.kira Allah  ...


Bam patah punya kes macam mana pula?

Hafal surah mulk , solat tak tinggal...

isteri masih bertelanjang kepala?

penunggang apa pula?

roller coaster Dreamworld?

Quote jijilaaa 24-9-2020 01:37 PM
bukan setiap mggu irama malaysia kak ani oiiii
Quote kaseh80 24-9-2020 01:38 PM
Wow sgt statement Acik ni
Quote wak_pijah 24-9-2020 01:40 PM
Apasal perlu nak gunakan agama utk benda camni?, pastu pegi broadcast konon laki restu
Quote Perk77 24-9-2020 01:43 PM
Tadi Aku ade baca Kak ani ni kata bukan level dia masuk GV...
Quote umbut 24-9-2020 01:45 PM
Sedap ke suara dia ni
Quote wak_pijah 24-9-2020 01:48 PM
Perk77 replied at 24-9-2020 01:43 PM
Tadi Aku ade baca Kak ani ni kata bukan level dia masuk GV...

Dah tu dia masuk jugak gapo? Acik ni dari dulu mmg suka membongak kan dan perasan terlalu cun
Quote Perk77 24-9-2020 01:49 PM
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:48 PM
Dah tu dia masuk jugak gapo? Acik ni dari dulu mmg suka membongak kan dan perasan terlalu cun

Kalau dia kalah..dia memalukan diri dia sendiri....
Quote febreze 24-9-2020 01:53 PM
mcm sendu je..mesti takleh terima komen juri nti..pastu mendiva ..btw konsert 8 juta bila start nye?
Quote bottombikini 24-9-2020 01:55 PM
Edited by bottombikini at 24-9-2020 01:57 PM

baca tajuk pun iols terfikir benda yg sama

baik takyah masuk
karang ko mendiva bagai nora 2.0
dah la perasan sore tu macam sedap sangat
cer korang dgr sore dia nyanyi lagu 1st masuk dunia hiburan

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.430763 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top