CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kemelut Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Berakhir!

17-9-2020 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33196| Komen: 110

Kemelut di antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya berakhir.

Kedua-duanya setuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam satu perjanjian.


Ia dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada Khamis, 17 September 202.

Kredit foto: Gempak
Dipetik dari Astro Gempak, antara persetujuan termasuk kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah.

Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar membaca tuntutan tersebut dan antaranya:

1. Nafkah edah perlu dibayar Sharnaaz sebanyak RM500 sehingga tiga kali suci (tiga bulan).

2. Sharnaaz bersetuju membayar nafkah anaknya, Jebat Jayden sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz difailkan oleh defendan.

3. Sharnaaz bersetuju penjagaan anak diberikan kepada Nabila mengikut syarak.

4. Sharnaaz diberi akses lawatan secara komprehensif terhadap anaknya selama empat tahun termasuk sebuah rumah yang terletak Taman Tun Dr. Ismail juga dipersetujui untuk dipindah milik kepada plaintif.

Foto: IG
Sementara itu Nabila lega kes selesai dengan baik.

“Saya lega sebab proses penceraian, hak anak, datang mahkamah ini dia ambil kita punya tenaga.

“Emosi pun agak terganggu juga setiap kali nak datang mahkamah, berat hati.
 
“Tapi Insya-Allah ini kali terakhirlah saya datang ke sini."



Sharnaaz turut mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana dapat mencapai kata sepakat.

“Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila ada anak kami Jebat." -CARI


Bagus
7

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 17-9-2020 02:58 PM
ada peluang la @Kurex jadi mak tiri Jebat
Quote rotijohanz 17-9-2020 02:58 PM
akhirnyer......
bgitulah pgakhiran kisah cinta agong nanas bellah.....
semuga mjdi pedoman iktibar utk nanas bellah dan kaum kerabat.......
dh dh ler tu bcerai berai famili lopah.....
seram.......
Quote Kurex 17-9-2020 02:59 PM
Themilo replied at 17-9-2020 02:58 PM
ada peluang la @Kurex jadi mak tiri Jebat

Tak minat shenaz ni. Nanti gaduh mulut dekat dapur. yg shenaz sambil potong sayur, dia membebel. iols pulak sambil siang ikan, sambil membebel
Quote zulka 17-9-2020 03:10 PM
cantik nabila...
Quote Normabaru 17-9-2020 03:15 PM
Jap.. Ruma ttdi tu bg kt che nab.. plaintif bini ek? Kenapa 4tahun je lawatan comprehensive? Mushkil tgk style che nab nanas ni
Quote Boomibulat 17-9-2020 03:23 PM
Semoga diri ini dpt mjadi bapak tiri yg baik utk dik Jebat..
Quote nazza2802 17-9-2020 03:25 PM
sikit nye nafkah edah..cukup ke??
Quote phoenix_panik 17-9-2020 03:25 PM
kesiannya anak
Quote mesmerize 17-9-2020 03:27 PM
Normabaru replied at 17-9-2020 03:15 PM
Jap.. Ruma ttdi tu bg kt che nab.. plaintif bini ek? Kenapa 4tahun je lawatan comprehensive? Mushkil ...

tu la ai pun tak paham part yang tu.. ada sape2 lawyer bole explain?
rumah kat ttdi rumah nanaz kena bagi kat nabila ke? nanaz ada rumah kat ttdi ke pun? n hak lawatan comprehensive tu apa benda? lawatan tanpa had ke?
Quote helicornia 17-9-2020 03:29 PM
wah dpt rumah ke..untungla nabila ex husben sgt bertimbangrasa
Quote RatuDunia94 17-9-2020 03:32 PM
RM1200 gaji minimum yachh
Quote NekNgah 17-9-2020 03:33 PM
Alhamdulillah, mudah urusan.  
Quote salamon 17-9-2020 03:36 PM
Topic penceraian sgt disukai oleh lobai @stingerstruck . Mohon ler cerca kaknab ka nanas ka,baru depa ada akai
Quote meteorspeed 17-9-2020 03:40 PM
Untung la dpt rumah..
Quote mieymiey 17-9-2020 03:43 PM
Dress putih Nabila tu seksi yach, jarang giler. Sheols memang seksi ker atau makin seksi sejak bergelar ibu tunggal?
Quote bondeh 17-9-2020 03:48 PM
RM500??? Macam tak hurmmmm bila tgk lifestyle family Nabila. Meolls pun dpt RM500 belanja 2 minggu sekali laki bg...
Quote kucingitam 17-9-2020 03:50 PM
mieymiey replied at 17-9-2020 03:43 PM
Dress putih Nabila tu seksi yach, jarang giler. Sheols memang seksi ker atau makin seksi sejak berge ...

komen kau saja kan nak suruh org scroll balik tgk...hahaha

Quote MimiLalat 17-9-2020 03:50 PM
Okay laa tu tak gaduh2, demi anak. I suka kapel yg boleh bertolak ansur like dissss.
Quote caca_eric 17-9-2020 03:51 PM
mesmerize replied at 17-9-2020 03:27 PM
tu la ai pun tak paham part yang tu.. ada sape2 lawyer bole explain?
rumah kat ttdi rumah nanaz k ...

Comprehensive=menyeluruh? Tanpa had la tu kan

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.056990 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top