|
Seorang wanita melecur hampir seluruh badan akibat menggunakan cecair pensanitasi tangan. Kate Wise dari Texas itu memakai cecair tersebut sebelum memasang lilin tanpa menyedari ia boleh mengundang bahaya.
Laporan akhbar tempatan menyatakan, sebaik sahaja dia cuba menyalakan lilin, api terus menyambar bahagian muka, tangan, kaki dan betisnya melecur. Namun wanita yang mempunyai tiga anak ini sempat menyelamatkan salah seorang anaknya yang berusia 14 tahun serta anjingnya keluar dari rumah walaupun dirinya sedang terbakar. Dua lagi anaknya sempat lari ke rumah berdekatan untuk meminta bantuan. Menurut sumber lagi, insiden tersebut telah menyebabkan rumahnya terbakar dan kini dia sedang menjalani rawatan di unit rawatan rapi. -CARI
|
matchstick replied at 5-9-2020 04:15 PM
Hand sanitizer tu dia pakai seluruh badan ke..
Kalau sapu kt tangan je api sambar seluruh badan jgk ...
baik dia minom je terus benda tumatchstick replied at 5-9-2020 04:15 PM
Hand sanitizer tu dia pakai seluruh badan ke..
Kalau sapu kt tangan je api sambar seluruh badan jgk ...
kivio: Tajuk kene betul.Akibat api.Bkn akibat sanitizer.Orang lain pakai sanitizer ok je. Memang selamat pun.Bodo.
Sepantas kilat meols kalih semuanya ya. Thank you porom sbb menyedarkan meols, dan sorry acik matsalleh kerana terjadi kpd chuols utk jadi peringatan utk meols
ADVERTISEMENT