Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan perubahan dalam kehidupan seharian orang ramai. Hari ini, lebih banyak masa dihabiskan di hadapan skrin elektronik baik untuk pekerjaan, pembelajaran, mahupun hiburan.
Syarikat optik terkemuka, Essilor Malaysia melihat norma baharu ini memberi impak pada kesihatan mata berikutan terdedah pada cahaya biru akibat peningkatan penggunaan beberapa skrin peranti elektronik dalam sehari. Naib Presiden Wilayah ASEAN dan Korea Essilor Kathy Park berkata, syarikat berkenaan komited dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung kepentingan menjaga kesihatan mata, selain menawarkan solusi pada masalah ketegangan mata dialami orang ramai berikutan peningkatan penggunaan skrin elektronik. Sehubungan itu, Essilor Malaysia melancarkan produk baru di bawah rangkaian pelbagai lensa termasuk Eyezen, Crizal dan Transitions dalam usaha membetulkan, melindungi dan meningkatkan penglihatan pengguna.
Eyezen menggabungkan Teknologi DualOptim™ yang membolehkan seluruh permukaan kanta dioptimumkan mengikut jarak objek dan arah pandangan. Ia sesuai bagi pengguna yang mengalami gejala keletihan visual tinggi akibat penggunaan peranti digital yang kerap. Manakala, kanta Crizal menapis cahaya biru ungu berbahaya, sekali gus menyekat 100 peratus sinaran UV bagi penglihatan lebih jelas. Bagi pengguna yang mementingkan gaya, produk Transitions dilengkapi kanta transisi gelap dan pudar terpantas yang juga menyekat 100 peratus sinaran UV. Kanta ini melindungi mata pengguna daripada cahaya biru berbahaya, baik di kawasan tertutup, mahupun kawasan terbuka. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Essilor Malaysia di www.essilor.com.my. - CARI
|
meisapoya replied at 5-9-2020 07:44 AM
Menarik. Tapi berapa la kosnya? Since hoya pon cecah 1k
fly_in_d_sky replied at 5-9-2020 11:32 AM
hoya mahal ke?
rasanya transition mahal lagi kot
meisapoya replied at 5-9-2020 05:13 PM
Oh kira campur ngan transition kot cecah 1k tu.. tanya kat kedai dia just ketik2 kalkulator x bagi ...
fly_in_d_sky replied at 5-9-2020 07:13 PM
saya guna transitions sebab hoya ni berat dan murah
transitions ni ringan tapi mahal
saya pakai ...
dudaberhias replied at 5-9-2020 05:24 PM
selesa ke chuolsszzahh....
iols tak bercermin mata tapi keja hadap lappy ni harus la aku pun kena j ...
meisapoya replied at 5-9-2020 11:49 PM
Wahh tahan lama ya transitions ni... harga mesti boleh tahan jugak...
ADVERTISEMENT