CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salah Waze Lagi 'Tersalah' Masuk Lorong Motosikal!

4-9-2020 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9826| Komen: 53

Description: Dua pemandu kereta memberi alasan mengikut aplikasi navigasi apabila 'termasuk' ke laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Klang, kelmarin.
Dua pemandu kereta memberi alasan mengikut aplikasi navigasi apabila 'termasuk' ke laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Klang, kelmarin.

Terdahulu, tular dua video menunjukkan Toyota Vios dan Perodua Bezza menggunakan laluan motosikal di situ dalam kejadian berasingan.



Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pemeriksaan mendapati Toyota Vios itu dipandu lelaki tempatan, manakala Perodua Bezza dipandu wanita tempatan masing-masing berusia 33 tahun.

"Keterangan kedua-dua pemandu berkenaan direkodkan malam tadi dan pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi navigasi Waze yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil.

“Bagaimanapun, mereka mula menyedari kesilapan memasuki lorong motosikal sebelum diberhentikan penunggang motosikal yang menunjukkan jalan keluar ke jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan.



Kredit foto: Sinar Harian/FB

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 3-9-2020 03:40 PM
Quote nazzse 3-9-2020 03:44 PM
Takda yang report kat waze ke? Hari2 ada case sama
Quote CocoCily 3-9-2020 03:46 PM
tak kan refer to waze bulat bulat sampai masuk lorong motosikal macam tak logic betul.
boleh bezakan kot lorong motosikal dengan lorong kecik biasa.

Lebih lebih lagi kalau penduduk Klang Valley ni.



Quote Kurex 3-9-2020 03:52 PM
Jangan masukkan toyata, honda apa semua jenama kereta mahal dalam senarai sebab dorang takkan salah walaupun mabuk, langgar lari, masuk lorong motor.. faham??? Sebab ada forumer palat kata kereta mahal ni ada hak buat salah..

Kalau nak masukkan perodua, takpe... Ok?
Quote gadget 3-9-2020 04:06 PM
pemandu2 perodua lagi...takde org lain ke...balik2 pemandu2 perodua sengkek bodoh...benda mcm ni pun tak reti nak fikir ke? dah terang2 laluan motorsikal...hmm mcm sekor forumner gay hina otak kecik otak sempit bodoh tu...nak list kan tak ekk kebodohan forumer tu kat sini...emm...kang jadi mcm haritu pulak kang, dia gi ngadu mod suruh tutup thread sbb tak tahan kena basuh...heheh...biar dulu lah...sbb setakat forumner gay bodoh mcm tu, level tapak kaki aku aje...dah masak sangat dah...
Quote gadget 3-9-2020 04:07 PM
bawak perodua bezza, tp tak reti bezakan laluan motor ke kereta ke...aku yakin pemandu2 perodua ni, kalau suruh drive terjun gaung pun, dia terjun...
Quote gadget 3-9-2020 04:10 PM
nanti jangan salahkan aku pulak lah ye kata aku yg start dulu,tak berani direct lah...itu lah ini lah...
Quote saviour_09 3-9-2020 04:17 PM
jenis 100% drive based on waze @ google maps ni memang sakit la bila sesat ke jalan merepek2 jee

tp lagi merepek kalo tak reti beza laluan motorsikal dgn laluan motokar

merepek & bodoh

lesen terbang ke?
Quote R2D2 3-9-2020 04:22 PM
kalau bab mabuk, lawan arus
set-set tu jumpa pulak kad OKU di rumah
Quote arm_band 3-9-2020 04:41 PM
tumpang tanya, mohon pencerahan, untuk ummah yang kadang2 je driving macam iolls ni, kalau dah tersalah masuk lorong moto tu sepatutnya kena buat apa, reverse?? tak ke lagi bahaya dengan brader moto lembah klang yang pantang tok nenek dia nak brek2 ni..? bagi signal nak tukar lorong  pun sebatu dari belakang diorg dah horn, ni kan pulak nak reverse2 bagai

ni soalan serius tau, harap ada yang sudi jawab
Quote namr 3-9-2020 04:46 PM
Tongong2 sudah start masuk lorong moto
Quote Xim 3-9-2020 04:47 PM
Alasan je semata2 tu....bendul nau waze suruh masuk lorong motor,ko ikutkn je .....suruh terjun lombong,ikut x agak2?
Quote Cyempaka 3-9-2020 04:52 PM
Nape geng2 ni mcm bodo2 alang ye...  Masuk lorong moto la,  bawak lawan arus la...  Nak tukar lane xtgk kiri kanan la.  Bila org tegur buat muka blur toya je..
Quote Artemesiaa 3-9-2020 04:54 PM
Betul tu semuanya alasan bila dah kantoi macamlah tak boleh bezakan mana jalan biasa mana jalan motor sebelum pilih nak lalu situ
Quote ip_lepat 3-9-2020 04:55 PM
Xim replied at 3-9-2020 04:47 PM
Alasan je semata2 tu....bendul nau waze suruh masuk lorong motor,ko ikutkn je .....suruh terjun lomb ...

video baghral tu

[fbv]2757830577821596[/fbv]
Quote gadget 3-9-2020 05:03 PM
mmg baghal...patutnya mat2 motor kat situ belasah aje sbb membahayakan pengguna lain...isk2...pemandu2 perodua pemandu2 perodua...
Quote Boomibulat 3-9-2020 05:08 PM
gadget replied at 3-9-2020 05:03 PM
mmg baghal...patutnya mat2 motor kat situ belasah aje sbb membahayakan pengguna lain...isk2...pemand ...

Patutnya Perodua dh x keluarkan kete2 kecik kurus mcm tu..tgk la lorong moto pun dia bole lalu..
Quote gadget 3-9-2020 05:13 PM
Boomibulat replied at 3-9-2020 06:08 PM
Patutnya Perodua dh x keluarkan kete2 kecik kurus mcm tu..tgk la lorong moto pun dia bole lalu..:l ...

nama pun perodua... kalau besar, bukan perodua namanya... perodua kecik, sekecik otak pemandu2 perodua itself...
Quote TomyamPuteh 3-9-2020 05:20 PM
Time2 xde waze dlu x penah dgr pon bnda2 mcm ni. Betul la kata org Kdg2 bnda yg dicipta utk memudahkn blh jd mnyusahkn klau x kna gaya

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.151683 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top