CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisa Surihani Belum Sedia Jadi Pengarah

3-9-2020 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6975| Komen: 25

Walaupun suaminya percaya bakat dan kebolehan yang dimilikinya, namun Lisa Surihani masih belum sedia menduduki kerusi pengarah.


"Sebenarnya, perbualan timbul secara tidak sengaja. Yusry merasakan saya sudah bersedia melebarkan sayap ke dalam bidang pengarahan.

"Namun, naluri mengatakan saya belum bersedia dan tidak yakin mengalas tanggungjawab itu.

Foto: IG
"Jika ditanya berapa peratus persediaan saya bergelar pengarah, keputusan cukup jelas, saya masih belum bersedia.

"Bagaimanapun, Yusry tidak memaksa, sebaliknya mahu melihat saya mempelbagaikan cabang seni. Jika masih belum bersedia, mungkin saya boleh fokus dengan kerja penerbitan dahulu," katanya kepada BH Online.

Tambah Lisa, Yusry lebih suka jika dirinya mewakili syarikat produksi mereka dalam mana-mana pertemuan atau perbincangan.




"Ini kerana Yusry merasakan saya sesuai dengan kerja komunikasi, dia pula pemalu.Setakat ini, saya tidak ada perancangan memperlahankan kerjaya seni biarpun pernah memikirkan masa depan.

"Sebagai manusia biasa, tentulah pernah terfikir sampai bila akan berada dalam bidang seni. Adakah untuk selama-lamanya? Saya tidak lupa berdoa supaya Allah mengurniakan ilham buat saya.

"Bukakan mata supaya saya dapat melihat dengan jelas perancangan terbaik. Sekiranya rezeki masih tertulis, permudahkan. Jika sebaliknya, berikan saya ruang untuk bekerja dalam bidang lain," tambahnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 3-9-2020 03:49 PM
Matured jawapan dia. Takda lah poyo macam sesetengah retis
Quote Kurex 3-9-2020 03:59 PM
Perbaiki mutu lakonan supaya hilang kayu tu
Quote sweetfasha 3-9-2020 04:02 PM
ko jadi penerbit je udah.. tak payah kayukan pelakon mesia ni
Quote TomyamPuteh 3-9-2020 04:47 PM
Pengarah kayu mengarah plakon kayu=double kayu
Quote namr 3-9-2020 04:51 PM
Pengarah kayu ke ni
Quote Joysparta 3-9-2020 05:28 PM
kayu dan kayu bergabung
Quote fadz84 3-9-2020 05:39 PM
Kurex replied at 3-9-2020 03:59 PM
Perbaiki mutu lakonan supaya hilang kayu tu

LS ni mmg nmpk kayu tp juri FFM dh dua kali bg dia mng award Best Actress.. x fhm cmne dorg menjuri..
Quote irish_ieka 3-9-2020 05:45 PM
kalau die jadi pengarah habislah. tertubuhnye kelab pelakon kayu
Quote Mawar91 3-9-2020 05:52 PM
fadz84 replied at 3-9-2020 05:39 PM
LS ni mmg nmpk kayu tp juri FFM dh dua kali bg dia mng award Best Actress.. x fhm cmne dorg menjur ...


Maya Karin ritu menang FFM n award Asia Mende tah dalam movie pontianak harum sundal malam aq pon pelik?kayu Gile kot..maybe Sebb lawa tu leh menang
Quote fadz84 3-9-2020 05:56 PM
Mawar91 replied at 3-9-2020 05:52 PM
Maya Karin ritu menang FFM n award Asia Mende tah dalam movie pontianak harum sundal malam aq po ...

Tu la pasal.. MK tu iols sampai skrg xleh hadam sebutan dia masa berlakon..
Quote Kurex 3-9-2020 06:16 PM
fadz84 replied at 3-9-2020 05:39 PM
LS ni mmg nmpk kayu tp juri FFM dh dua kali bg dia mng award Best Actress.. x fhm cmne dorg menjur ...

Aku pun pelik... Tapi kawan aku suka gila kalau dia ni berlakon...dia tengok ombak rindu 5-6 kali kot masa keluar wayang...b
Quote fadz84 3-9-2020 08:45 PM
Kurex replied at 3-9-2020 06:16 PM
Aku pun pelik... Tapi kawan aku suka gila kalau dia ni berlakon...dia tengok ombak rindu 5-6 kali  ...

Overrated sgt Filem Ombak Rindu tu.. hehe
Quote belilies 3-9-2020 11:52 PM
Asalkan bukan berlakon, udeh.... So far boleh tengok sheols mengacara show tanya doc.
Quote Carcosa 4-9-2020 12:05 AM
Mawar91 replied at 3-9-2020 05:52 PM
Maya Karin ritu menang FFM n award Asia Mende tah dalam movie pontianak harum sundal malam aq po ...

Terima kasih lah sebab memahami jiwa nurani meols.
Rasa nak korek je mata org2 yg ckp MK berlakon best gila. Like, kau nampak tak apa yg aku nampk. Sangat teballllll kayu nya yach
Quote Carcosa 4-9-2020 12:07 AM
Sudeh lah Lisa. Kau berlakon pun setebal kayu nyatoh, kau nak mengarah pulak
Kang pelakon tu berlakon sekayu kau, kau ok je, aku sbg penonton plk makan hati. Kena tgk Lisa 2.0, 3.0, 4.0,
Quote YomiuriLandMae 4-9-2020 12:28 AM
fadz84 replied at 3-9-2020 05:39 PM
LS ni mmg nmpk kayu tp juri FFM dh dua kali bg dia mng award Best Actress.. x fhm cmne dorg menjur ...

dulu dia mmg x kayu.. lakonan kira menjadi jgk la.. la ni je bila dah beranak badan dah mengeras jadi kayu jati..
Quote rosevelvet 4-9-2020 07:00 AM
Mawar91 replied at 3-9-2020 05:52 PM
Maya Karin ritu menang FFM n award Asia Mende tah dalam movie pontianak harum sundal malam aq po ...

Aku pun pelik. Maya tu blakon xde le best pun. Plus citer ponti tu x best pun
Quote cikkilata 4-9-2020 08:05 AM
LS dgn MK dua2 kayu n ada masalah bila bercakap.. sorg lidah keras.. sorg lg baru nk betulkan lidah utk ckp bahasa malaysia, tu yg bunyi jd baku n kuno je..
Quote Suchi 4-9-2020 08:43 AM
cikkilata replied at 4-9-2020 08:05 AM
LS dgn MK dua2 kayu n ada masalah bila bercakap.. sorg lidah keras.. sorg lg baru nk betulkan lidah  ...

Aritu tertengok kat fb sedutan drama petang2 tu pelakon pompuan tu pun pelat2 lagi BM dia.

Just nak gitau penonton rata2 tak gemar sgt pelakon yg pelat2 BM ni mcm maya karin jd izzah tu ramai kawan iols takleh nak terima dgn slang dia tu.
So kepada artis non malay ke apa kena byk kan lagi prektis, sbb bila korang masih ada pelat mmg akan terserlah kekayuan.
Cuba contohi pelakon2 bukan melayu lain yg elok bertutur dalam melayu walau takde setitis darah melayu cth Hans Isaac, Janet Khoo,TS jeffrey,Alice Voon,Sean Lee,Nora Danish,Nancie Foo,Adeline Tsen,Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan lain2 lagi.

Sebab kefasihan dorang berbahasa melayu so takda la watak terhad jd mualaf ke apa.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.107396 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top