Tidak mampu membiayai kos pembedahan mendorong pasangan suami isteri menjual anak baru dilahirkan. Memetik Daily Mail, Shiv Charan dan Babita berhutang 35,000 rupee (RM1,982.36) selepas melahirkan anak lelaki secara pembedahan di sebuah hospital di Agra.
Justeru, penarik beca itu dan isterinya 'menjual' bayi mereka kepada hospital berkenaan pada harga 100,000 rupee (RM5,664) bagi membiayai bil hospital. Bagaimanapun, pengurus hospital, Seema Gupta berkata,bayi itu sebenarnya 'diserahkan' untuk dijadikan anak angkat kepada mereka yang memerlukan dan pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian terbabit. Difahamkan, pasangan itu memiliki lima anak dan kerja Charan sebagai penarik beca hanya meraih pendapatan 100 rupee (RM5.70) sehari. Malah, kilang membuat kasut tempat anak sulung mereka bekerja juga ditutup berikutan pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, majistert daerah, Prahbu N Singh menegaskan pihaknya akan menyiasat mengenai 'penjualan bayi' itu memandangkan ia bukan kejadian pertama berlaku. Mana-mana bayi yang diserahkan kepada hospital akan 'dijual' kepada pasangan memerlukan cahaya mata. Sementara itu, aktivis hak kanak-kanak berkata kepada Times of India bahawa 'penjualan' itu tidak mematuhi syarat diperlukan bagi pengambilan anak angkat. - CARI
|
sarah82 replied at 3-9-2020 07:02 AM
Aku ingat kan bapa dia dlm umur 40++ tu diaa sekali.. Mcm dah 60++
nazzse replied at 3-9-2020 03:28 PM
Kat sana memang gitu lah rupa mereka sarah. Terkejut aku masa gi sana. Mamat beca ni cakap umur di ...
husna_amal replied at 3-9-2020 03:12 PM
Lain kali kalau tak mampu jangan buat anak.
nazzse: Kat sana memang gitu lah rupa mereka sarah. Terkejut aku masa gi sana. Mamat beca ni cakap umur dia 22. Aku tengok muka dah macam 40 tahun. Mungkin sb ...
ADVERTISEMENT