Ali Puteh kongsi gambar alamat rumah yang tertera pada MyKad miliknya. Tujuannya untuk memudahkan warganet datang bersemuka dengannya bagi membincangkan isu yang membelenggu keluarga sejak kematian Abam Bocey.
Bukan nak tunjuk kuat atau hebat katanya, sebaliknya dia terbuka untuk menerima sebarang pandangan.
"Saya ada menerima lebih 6,000 mesej di Instagram. Rata-rata, ada yang meminta maaf kerana keterlanjuran kata-kata mereka terhadap saya sekeluarga, manakala sekitar lima peratus lagi, menulis kecaman. "Jadi, saya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kalau ada yang ingin bersemuka, saya sediakan alamat supaya mereka datang. Tapi, tak ada pun yang datang," katanya kepada Harian Metro.
"Saya bukan nak tunjuk saya hebat atau kuat, tapi saya tak mahu orang cakap, saya putar belit. Jadi, biar jumpa secara bersemuka," tambahnya. Dalam masa yang sama Ali juga mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di Instagram yang sentiada memberikan kata=kata semangat kepadanya. Sebelum ini Ali membalas saman balu Abam, Hidayah selepas beberapa saman difailkan oleh wanita tersebut terhadap Ali dan ibunya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|