Seorang doktor dikenali sebagai Dr Chaku atau nama sebenarnya Kamarul Ariffin Nor Sadan meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap ibu seorang pesakitnya. Dalam hantaran di Facebooknya, Dr Chaku menjelaskan kejadian berlaku ketika kali pertama bertugas sebagai House Officer (HO) atau doktor pelatih. Katanya, kejadian berlaku apabila waris pesakit berkenaan melihat Dr Chaku merujuk buku ketika merawat anaknya, lalu mencemuh kredibilitinya sebagai seorang doktor. Selepas menerangkan tujuannya merujuk buku berkenaan, wanita terbabit semakin naik angin dan menuduh Dr Chaku biadab. Doktor itu kemudian akur apabila dipanggil Ketua Jabatan untuk memberi penjelasan sebelum diarah kemukakan surat tunjuk sebab. Dedahnya, walaupun kini bergelar Pegawai Perubatan atau Medical Officer (MO), dia masih menyemak buku sebagai rujukan sekiranya timbul keraguan. "Aku tak pernah rasa bodoh berbuat demikian. "Bagi aku, orang yang kurang ilmu tapi mengambil inisiatif untuk buka buku(belajar) tak layak dipanggil bodoh. Orang bodoh adalah orang yang cetek ilmu tapi membiarkan dirinya terus tak berilmu. Tiada inisiatif. "Selepas ini aku harap, kalau anda nampak doktor atau sesiapa sahaja yang semak buku/nota/rujukan untuk melakukan sesuatu, berilah sokongan dan dorongan padanya," ujarnya. Kalau tak tahu, rujuklah pada yang arif. Janga memandai-mandai menjatuhkan hukum.- CARI
|
barfi: Ramai plak doktor2 yg nak jadi penulis skg.. harap2 bukan hasanah aje la.. kawan iols doktor gak.. baru habis HO gigih nya la hampir hari2 mengarang c ...
barfi: Ramai plak doktor2 yg nak jadi penulis skg.. harap2 bukan hasanah aje la.. kawan iols doktor gak.. baru habis HO gigih nya la hampir hari2 mengarang c ...
per706 replied at 3-9-2020 10:15 AM
Ok laa,dri rujuk google hanattt
ADVERTISEMENT