CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Mereka Sembang, Saya Angguk Buat-buat Faham Je" - Usop Akui Tak Pandai BI

1-9-2020 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16613| Komen: 85

“Keputusan SPM saya untuk bahasa Inggeris adalah E."

Penyanyi Usop tidak segan berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek bahasa Inggeris kepada orang ramai.


Kata Bintang Big Stage 2020 itu kepada Gempak, tiada rezeki untuknya berjaya dalam pelajaran.


Kredit foto: IG Usop

“Kalau bos-bos saya sembang, memang saya buat-buat faham. Tengok kawan-kawan artis lain berbahasa Inggeris, saya angguk sahaja.
 
“Nak kata saya orang kampung, saya bukanlah kampung sangat pun. Saya dulu hari-hari pergi sekolah cuma tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran. 

“Saya faham sikit-sikit bila orang cakap dan tak pandai nak balas balik. Tujuan masuk BS2020 ni pun saya nak memperbaiki diri saya, saya memang nak belajar bahasa Inggeris,” katanya.



Berdepan pelbagai kritikan, Usop sudah tidak kisah jika ada pihak mempersendakan kelemahannya dalam berbahasa Inggeris.

“Saya okay sahaja bila orang mempersendakan saya sebab sebelum jadi selebriti lagi, kat luar tu macam-macam saya dah kena. 
 
“Jadi bila saya masuk industri dan BS2020 ni, insya-Allah saya kebalkan diri saya,” ujarnya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 1-9-2020 02:05 PM
Penting sgt gosip ni. Thanks
Quote asma87 1-9-2020 02:15 PM
English class bersepah ucop oi...duit dpt show tu save sikit kumpul buat pegi klas omputih...dapat join yang basic pon jadikla. Kalau xnak bayar mahal, tu kolej komuniti ade buat English class untuk kursus jangka pendek hujung minggu. Murah jah bayar.
Quote dekmieDandy 1-9-2020 02:47 PM
boleh invest untuk braces sekali kot

dia penyanyi, ramai fokus kat mulut kan time nyanyi

ke kalau pakai braces boleh kacau nyanyian erk?
Quote bbasir 1-9-2020 02:58 PM
dekmieDandy replied at 1-9-2020 02:47 PM
boleh invest untuk braces sekali kot

dia penyanyi, ramai fokus kat mulut kan time nyanyi

first 3-6 months tu mmg kacau, kalau jenis gigik kronik, nak buka mulut besar2 pun susah..sbb sakit.. pas tu, sebutan juga akan jadi lain.. terutama kalau sebut S...jdi shaya shuka shama kamu.
Quote She-Ra 1-9-2020 03:00 PM
tak pandai belajar
berlambak kelas tuisyen bagai skang.. tuisyen kauuuu
lagi bagus kalau berani bertutur, takyah nak beria susun grammar bagai, janji org paham
Quote kroit92 1-9-2020 03:02 PM
dekmieDandy replied at 1-9-2020 02:47 PM
boleh invest untuk braces sekali kot

dia penyanyi, ramai fokus kat mulut kan time nyanyi

teringat kat queen, Freddie Mercury

dia risau kalau dia betulkan gigi dia, nanti mulut berubah, quality suara berubah, dan risau, merudum

kesasihannya, kenalah tanya yang pakar. doktor gigi ka, doktor ent ka
Quote miss_perfect 1-9-2020 03:04 PM
Kalau dia jadi artis memang dia nak guna nama usop ke? Macam tak komersial je nama tu...
Quote dekmieDandy 1-9-2020 03:04 PM
bbasir replied at 1-9-2020 06:58 AM
first 3-6 months tu mmg kacau, kalau jenis gigik kronik, nak buka mulut besar2 pun susah..sbb saki ...

ooo yeke patut dia tak buat kot, takpon kena berguru dengan sarah suhairi

dia pakai braces lagi rasanya tu
Quote ninjago 1-9-2020 03:06 PM
i ada soft spot kt usop nie sbb muka dia cam innocent kesian2 gitu. semoga terus kerja keras naikkan imej baik and nama baik cop!
Quote dekmieDandy 1-9-2020 03:06 PM
kroit92 replied at 1-9-2020 07:02 AM
teringat kat queen, Freddie Mercury

dia risau kalau dia betulkan gigi dia, nanti mulut ...

itukar nak buat camne, TV sekarang ni 4k dah
boleh letak pembaris kat tv kira berapa cm gap gigi dia tu

tapi kalau boleh effect nyanyian dia takyah la kot




Quote merrissa 1-9-2020 03:09 PM
nyampah aku asyik ke hulu ke hilir bgtau x reti bi

kejadahnya....omputih pon belajar bahasa korea tgk kartun je

kau tengok je nickelodeon tu....confirm pandai dah cakap

kau yang pemalas nak belajar

nyampah aku
Quote RatuDunia94 1-9-2020 03:09 PM
Org x expect pon ko speaking london 24 jam.. tp please stop buat2 bodoh mcm x pernah dgr lagsung bahasa english.. bukan org cakap bahasa jepun or french pon kat engko. Sherry baru sebut REBRANDING ko dh buat terpinga2 bodoh x pernah dengar. Kalau yer pon x tau. X payah lah terkinja2 mcm org x pernah pergi sekolah.. react mcm biasa dah la. X perlu nk "funny" kan bahasa english boleh tak?? Dah 2020 kot bukan zaman2 pelawak Angkasapuri RTM 80an.
Quote merrissa 1-9-2020 03:10 PM
kroit92 replied at 1-9-2020 03:02 PM
teringat kat queen, Freddie Mercury

dia risau kalau dia betulkan gigi dia, nanti mulut ...

ada doktor gigi ckp ada kesan....
Quote jerukkedondong 1-9-2020 03:17 PM
Tidak mengapa cop...biarlah diejek bab gigimu yg agak tajam itu atau tidak pandai speaking london..its ok cop...

Usaha kamu utk jadi lebih baik dari kamu yg sebelum ini adalah lebih baik dari ejekan atau kecaman diluar sana...

Good luck


Quote asma87 1-9-2020 03:21 PM
Han byul leh blajar cakap melayu, hang pon boleh noh cakap omputih...hendak seribu daya. Ilmu tu boleh dicari especially skrg semua di hujung jari.
Quote TomyamPuteh 1-9-2020 03:36 PM
Biarlh ucop. Org yg pndai speaking blom tentu suara sedap
Quote lavendernovella 1-9-2020 03:37 PM
Tak per usop, apa2 bakat tu dulu, pelan2 nanti boleh belajar english.
Quote MsCinderella 1-9-2020 03:42 PM
kesian kat hang ucop..sbb hang x hansem hang asyik kena kutuk ja..

x pa...janji hang ingat allah selalu..

nak belajaq..x perlu p kelas..belajaq dgn org sekeliling...

tgk mawi...awal2 mmg x reti ckp bhs inggeris...tp dia srkg ok ja..x ada la jatuh merundum ka apa..

Quote dudaberhias 1-9-2020 03:44 PM
bila la heols ni nak pakai braces... nak je tolong betulkan gigi heolss...
rupa not bad la kalau dah pakai braces...

atleast lagi helok dari jijang kopok losong gatal tu...
dan lagi helok dari mael telinga mickey mouse...
nak je tolong kepitkan telinga dia pakai penyepit baju...

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.107135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top