CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kat Indonesia Ada Soju Halal, Ada Yang Nak Rasa?

28-8-2020 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7641| Komen: 34|Original author: Oleh: Cari-Azza



“Saya telah mencuba banyak makanan Korea halal, namun masih belum mencuba minumannya.”

Seorang warga Indonesia, Sovi yang juga pengusaha kafe telah membuat minuman Soju versi halal kerana sangat teringin untuk menikmatinya.

Minatnya itu bermula dengan menonton drama rantaian Korea yang memaparkan adegan meminum Soju membuatkannya mencari idea bagi menghasilkan versi halal itu.


Kredit foto : IG

Menurut laporan Astro Awani, cafe yang diusahakan Sovi terletak di Bandung dan menyediakan aneka makanan Korea.


"Disebabkan Soju tulen adalah minuman keras yang mengandungi 17 hingga 20 peratus alkohol, maka saya mengolahnya kembali dengan ramuan dan cara penyediaan tanpa barangan yang meragukan."



Kredit foto : IG

Mempelajari resepi mojito daripada rakan yang mengusahakan kafe, Sovi kemudian mengeksperimen resepi soju, lalu terhasillah beberapa perisa seperti yogurt, laici, teh hijau dan strawberi.

“Minuman Mojiso ini tidak seperti soju di Korea. Bahannya 100 peratus berbeza. Kerana itulah ia halal."



Kredit foto : IG

Versi bebas alkohol berjenama Mojiso itu dilabelkan sebagai minuman 'sparkling' Korea dan dijual dalam botol hijau.

Sebotol dengan kandungan 360ml dijual pada harga 45,000 Rupiah (RM12.80) dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh Pulau Jawa.

Produk baharu itu menarik minat warga tempatan untuk mencubanya, lalu menyifatkannya mempunyai rasa soda yang lebih ringan, selain menyegarkan. Ada yang nak mencuba Mojiso ini tak? - CARI
2

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kroit92 28-8-2020 11:20 AM
Edited by kroit92 at 28-8-2020 11:27 AM

minuman menyerupai arak? walaupun halal?
meragukan, syubhah

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Maidah: 90)
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031)]
“Segala polisi mestilah mengambil kira maslahah rakyat yang terlibat.”

Antara maslahah umat Islam yang ingin dipelihara dalam hal ini dapat dilihat seperti berikut:

- Bekas minuman halal yang menyerupai bekas minuman arak akan mendatangkan kekeliruan sehingga dikhuatiri umat Islam akan terjebak meminum arak dengan sangkaan ia bukan arak;
- Minuman halal yang diletakkan dalam bekas minuman arak berkemungkinan besar bertujuan sebagai strategi pemasaran untuk mempromosikan arak yang sebenar, melanggan minuman tersebut secara tidak langsung menyebabkan umat Islam terjebak dalam bersubahat menggalakkan industri arak;
- Pihak yang sengaja mengeluarkan produk minuman menyerupai bekas arak, semestinya mempunyai niat yang tidak baik, justeru sebagai seorang muslim wajib, mengelakkan diri daripada melanggan produk yang sedemikian.

Copy the Code
“Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan.” [Riwayat al-Tirmizi (2708)]



sumber penuh : 1) Produk Minuman Yang Menyerupai Arak
2) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, BAYAN LINNAS SIRI KE-198: PRODUK MINUMAN YANG MENYERUPAI ARAK
Quote per706 28-8-2020 11:26 AM
Ape je yg xde Kat sana tu..Mee separa halal pon ade. Makan babi pon da biasa.rmai sgt rakyat Indo gamaknya,tu sush nk kwal
Quote Kurex 28-8-2020 11:37 AM
Semua nak ikut korea tu.. tetap yg ikut ni muka berkerak jua
Quote tajmahal 28-8-2020 11:40 AM
aku baru tahu pasal soju masa tengok drama the world of the married couple. soju ni adik beradik dgn beer lah kan
Quote minguk 28-8-2020 11:46 AM
indon semua boleh. mee segera pun ada yang 50% halal.
Quote salimrock 28-8-2020 11:49 AM
soju di danau rindu - exim
Quote salimrock 28-8-2020 11:51 AM
member aku ckap soju ni rasa cm tapai , cuma kurang manis dan tambah perisa raspberi atau strawberi...


aku makan tapai je la, org kata halal, tp ada org cakap tapai pn dah jadi alkohol...

ada org ckp tapai tak boleh makan byk2 nanti mabuk...


sapa pernah mabuk makan tapai? atau kantoi ujian alkohol makan tapai?
Quote mizruncing 28-8-2020 11:55 AM
slalu tgk citer korea tapi tak penah teringin plak nk try soju ni. baik layan coke botol kaca lg sedap
Quote Artemesiaa 28-8-2020 12:23 PM
tajmahal replied at 28-8-2020 11:40 AM
aku baru tahu pasal soju masa tengok drama the world of the married couple. soju ni adik beradik dgn ...

Lebih kepada tuak sebab asal timur berbanding dengan beer yang asal barat
Quote domestobot 28-8-2020 12:26 PM
Indon memang. semua bisa dihalalkan dan bisa diatur sebab liberal. cuma diaorang tak boleh nak naikkan nilai matawang jelah, masih pakai rupiah juta-juta tapi sama dengan RM100 je.
Quote rosevelvet 28-8-2020 01:07 PM
Aku x caya org indon bila bab makan. Daging x semelih pun halal sbb darurat
Quote angelofish 28-8-2020 01:09 PM
babi halal takde ke? Tak pon daging anjing halal yang salai.orang korea makan anjing jugak kan?
Quote LadyCarefree 28-8-2020 01:36 PM
Lek ah. Kalau alkohol content less than or 0.5% tak haram. Barbican tu halal kat Arab sebab 0.5%. Tapi msia tetapkan 0.1% kot. Lupa berapa. Tp msia lg strict dari Arab nun.
Quote buapakperut 28-8-2020 02:08 PM
kat indon babi pun halal
Quote sukacactus 28-8-2020 02:14 PM
Berqiblatkan korea sgt aihhh!
Semua nak ikut
Quote TomyamPuteh 28-8-2020 02:29 PM
Aku smpai skrg ni x smpai2 lg ke indon sbb makanan la. Was2. Main dlm Malaysia je la
Quote arnauld 28-8-2020 03:20 PM
angelofish replied at 28-8-2020 01:09 PM
babi halal takde ke? Tak pon daging anjing halal yang salai.orang korea makan anjing jugak kan?

sertu jer la...
Quote hasniey 28-8-2020 03:24 PM
kroit92 replied at 28-8-2020 11:20 AM
minuman menyerupai arak? walaupun halal?
meragukan, syubhah



Kan....kalau dh minum pastu feeling2 teguk soju.0% alkohol pon jadi haram
Quote msdummy.2018 28-8-2020 03:29 PM
salimrock replied at 28-8-2020 11:51 AM
member aku ckap soju ni rasa cm tapai , cuma kurang manis dan tambah perisa raspberi atau strawberi. ...

aku sebat tapai bnyk gak..xder plak mabuk weh....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.067863 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top