CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Umur Remaja Tapi Dah Macam 30-an, Muka Nampak Tua Sebab Telefon Pintar

16-8-2020 09:04 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11985| Komen: 58|Original author: Oleh: Cari-azza


Pernah tak anda melihat seorang wanita lalu menyangkanya sebaya usia anda, tetapi rupanya mereka lebih muda 10 tahun atau pun lebih 15 tahun! 

"X baru 16 tahun, tapi air mukanya nampak 25 tahun!" 

Sindrom wanita nampak matang dan tua dari usia sebenar bukan kerana faktor penampilan yang lebih dewasa atau solekan semata-mata, tetapi ia lebih kepada wajah mereka sendiri yang nampak kusam berbanding wanita dahulu. 


Foto: Daily Mail


Menurut portal Get The Gloss, wanita atau remaja moden nampak lebih berusia kerana telefon pintar. 

Ya, anda tidak salah baca. Semuanya berpunca dari telefon pintar yang menghantui kehidupan majoriti masyarakat hari ini. 

Dengan hampir 24 jam kita memegang telefon pintar, membuat panggilan video, bermesyuarat, berforum di Zoom, bersosial di Facebook, Instagram dan Twitter, menonton Netflix, bermain permainan online dan macam-macam lagi, sebenarnya mengancam wajah kita tanpa disedari. 


Foto: get gloss

Pancaran cahaya biru atau HEV (high energy visible) iaitu sejenis cahaya biru yang terhasil dari skrin peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen adalah penyumbang utama masalah kulit pramatang (kedutan) serta kerosakan seperti melasma dan hiperpigmentasi.

Jika dulu kita cuma ingat HEV menganggu penglihatan sahaja, tetapi sebenarnya ia lebih teruk kerana boleh menyebabkan kulit wajah kusam dan cepat tua. 


Foto: Quora

Jadi, bila dah tahu punca kulit wajah nampak tua, perlu kurangkan masa bersosial di alam maya ya. - CARI
4

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-8-2020 09:07 PM
Seriously. ..........
Quote ninja boy 16-8-2020 09:08 PM
Sebegitu kah
Quote ip_lepat 16-8-2020 09:12 PM
sapa2 yg hp berjahit ditangan, korang hati2
Quote gummiebear 16-8-2020 09:12 PM
Omoo
Quote dua_chzy 16-8-2020 09:17 PM
Deol buat kajian dengan kokesen ka Asian?
Quote anilanil 16-8-2020 09:20 PM
Pasni sapa suka selpi sila pakai sunblock...
Quote lattehazelnut 16-8-2020 09:21 PM
Sejak zaman dulu lg anak dara cepat nmpak dewasa..
Quote lattehazelnut 16-8-2020 09:23 PM
lattehazelnut: Sejak zaman dulu lg anak dara cepat nmpak dewasa..

Anak dara omputih
Sbb makeup pun ye kot
Quote Sdgn 16-8-2020 09:24 PM
Overly makeup pun boleh nampak tua budak2 remaja ni
Quote bakingsoda 16-8-2020 09:25 PM
kalau hadap pc lain ke dgn smartphone? aku dari umur 3-4 taun belajar abc main game kat pc, umur 6 taun dah rabun tapi taun ni ada lagi yg ingat aku masih sekolah
Quote minah_selekeh 16-8-2020 09:27 PM
Terbukti ke claim ni? Kena kurangkan screen time la nampaknya..
Quote Normabaru 16-8-2020 09:45 PM
Tu pasal kena pilih phone yg ade eye protection yg bg lampu kuning instead lampu biru..

Ever wonder why kita tgk screen wayang mata xpedih tp tgk screen laptop berair mata? Hehehe
Quote sekngucing 16-8-2020 09:54 PM
yg aku nampak..budak2 remaja malaysia makin boroi..jalan slow...

badan mcm 40an..tp.kepala maaih budak2 remaja
Quote palmolive 16-8-2020 09:57 PM
mujur sempat lalu zaman yg umur 19 nampak cm 19
Quote Decaffeinated 16-8-2020 10:01 PM
aku tak percaya

Quote makadek 16-8-2020 10:14 PM
Alamakkkk ok2
Quote lavendernovella 16-8-2020 10:22 PM
Kalau keturunan kokesen mmg makin meningkat umur semakin raisin..
Quote siputpepel 16-8-2020 10:25 PM
sebab tu ada banyak skincare untuk macam2 jenis efek. ada duit, semua jalannnnnnn
Quote crazybeach 16-8-2020 10:25 PM
Normabaru replied at 16-8-2020 01:45 PM
Tu pasal kena pilih phone yg ade eye protection yg bg lampu kuning instead lampu biru..

Ever won ...

bukan sebab viewing distance ke nok? bila tengok wayang kan skrin besar duduk jauh ada jarak so tak sakit mata. tapi bila hadap phone skrin cenonet jah kena dekatkan bijik mata nak bagi nampak tu jadi eye straining eye fatigue bagai

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.235737 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top