CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perangai Cyclist Ni Memang B**I, Ingat Jalan Raya Tu Dia Punya?

16-8-2020 08:59 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 32798| Komen: 141|Original author: Oleh: Cari-azza


Trend berbasikal kini menjadi gaya hidup masyarakat bandar. Ke sana ke mari sama ada solo atau berkumpulan, mereka berbasikal di lebuh raya hingga ada kalanya membahayakan keselamatan diri dan juga orang lain.


Terbaharu, rakaman video 'dashcam' penunggang basikal berkumpulan yang melanggar lampu merah membangkitkan kemarahan netizen.



Ianya seolah-olah mencabar pengguna jalan raya lain yang terpaksa berhenti dek peraturan. Sampai bila orang lain terpaksa bersabar dengan kerenah mereka?


Foto: Twitter


Rata-rata warganet bersetuju bahawa perangai 'cyclist' menyusahkan. Maklumlah, sudah disediakan laluan berbasikal tetapi sanggup bersesak di lebuh raya demi mencapai impian hidup sihat mereka. Atau sebenarnya saja nak menunjuk-nunjuk?


Foto: Twitter
Foto: Twitter


Bukan sahaja melanggar lampu merah, perangai 'cyclist' yang memenuhkan lebuh raya juga membuatkan pengguna kenderaan lain sakit hati kerana terpaksa memberi laluan kepada mereka.


Foto: Twitter


Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan tidak wajar menyalahkan 'cyclist' semata-mata. Ini kerana tidak semua lebuh raya ada lorong basikal.


Foto: Twitter
Foto: Berita Harian


Anda rasa patutkah mereka dilarang menggunakan lebuh raya atas faktor keselamatan? Atau biarkan saja? - CARI

2

Bagus
10

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 16-8-2020 09:16 PM
aku plg menyampah dorang dok lepak kt kedai minum ramai2. jijik tau tk dgn berpeluh2 pastu terbonjol2 tutt
Quote bakingsoda 16-8-2020 09:29 PM
tweet yg last tu tah hape2. ape kaitan org amalkan gaya hidup sihat ke tak dgn cyclists sial pastu kalau eksiden nak salahkan kete ke langgar padahal dia yg langgar traffic light dulu?
Quote nazzse 16-8-2020 09:34 PM
Cyclist baru nak join the hype ni memang melampau pun.. Hari2 dok upload km kayuh beskal, konon misi 30 hari. Aku tunggu & lihat berpanjangan ke tak.. Setakat nak join the hype baik tak payah
Quote azimodin 16-8-2020 09:44 PM
Latar dengan LEKAS tu mmg tempat dorang. Aku ok je orang2 berbasikal tapi jaga keselamatan diri & orang lain. Lagi satu jangan la cycle seiring dan sejalan seindah bunga ditaman sambil borak2 tersenyum manja
Quote Normabaru 16-8-2020 09:48 PM
Telur memasing berbenjol2 pastu bwk time hujan. Sbb lupa tgk cuaca.. Lg satu sbb acah nk istiqomah hari2 cycle. Haaa... Xphm btol. Lg 6bln - 12bln aktiviti lain plak take over
Quote palmolive 16-8-2020 09:50 PM
Normabaru replied at 16-8-2020 09:48 PM
Telur memasing berbenjol2 pastu bwk time hujan. Sbb lupa tgk cuaca.. Lg satu sbb acah nk istiqomah h ...

itu pad lindung telur dlm seluar..bukan telur
Quote palmolive 16-8-2020 09:53 PM
Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak



Mengayuh basikal menjadi trend terkini rakyat Malaysia di mana sukan ini dilihat sebagai aktiviti yang sihat dan fun dilakukan secara berkumpulan.

Kawasan sekitar Kuala Lumpur yang berbukit menjadi tumpuan utama geng ini mengayuh kerana terdapat beberapa spot yang menarik untuk bergambar berlatarbelakangkan pemandangan kota kuala Lumpur yang indah. Begitu juga ada yang suka jalan berliku dan berbukit untuk kayuhan lebih thrill.

Pun begitu, ada yang kurang senang dengan sikap segelintir pengayuh basikal ini yang dilihat mementingkan diri tanpa memikirkan keselesaan penduduk setempat.

Dalam perkongsian sebuah akaun Twitter Asal Gombak, trend berbasikal ini sedikit sebanyak menimbulkan isu di kawasan Batu 12, Jalan Gombak.

Kebanyakkannya pengayuh basikal ini datang ke sana dengan kereta dan meninggalkan kereta mereka di perkarangan Hospital Orang Asli Gombak. Tindakan itu sebenarnya menyukarkan tugas pemandu Bas Rapid KL untuk berhenti bagi mengambil serta menurunkan penumpang hospital.

Ada penduduk tempatan yang turut meluahkan perasaan bercerita perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi kini semakin menjadi-jadi. Ada kumpulan yang mengayuh di waktu puncak sambil berborak-borak bersama rakan sehingga menyukarkan penduduk setempat yang mahu ke lokasi yang ditujui dengan pantas.

Ini antara kesalahan yang dilakukan secara tidak sedar oleh pengayuh basikal. Dalam kejadian lain, pengguna Twitter ini berkongsi pula rakaman dash cam sekumpulan geng basikal yang secara terang-terangan melanggar lampu merah supaya tidak terlepas rakan mereka yang sudah berada di hadapan.



Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, tetapi membahayakan nyawa mereka sendiri. Mungkin mereka merasakan apabila berada di atas basikal, mereka seperti ada imuniti untuk menjadi raja di atas jalan.

Walaupun berbasikal baik untuk kesihatan tetapi pengayuh sendiri diharap peka dengan isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat ini.

Mungkin lebih baik untuk kumpulan basikal ini membuat satu meeting point baharu yang tidak mengganggu aliran trafik dan sentiasa mengikut peraturan jalan raya. Semoga isu seperti ini tidak berulang di masa akan datang.
sumber : https://www.thevocket.com/netizen-kecewa-sikap-selfish-geng-basikal-yang-menyusahkan-penduduk-gombak/
Quote Normabaru 16-8-2020 09:53 PM
palmolive replied at 16-8-2020 09:50 PM
itu pad lindung telur dlm seluar..bukan telur

Well.. Actually pakai sopan masih blh cycle.. Tp kenapa perlu ketat semasing nk tunjuk body?
Yg sedap2 x pela.. Yg seksa mata buncit sana sini.. Sakit mata hurkey??? Hehehe
Quote palmolive 16-8-2020 09:56 PM
Normabaru replied at 16-8-2020 09:53 PM
Well.. Actually pakai sopan masih blh cycle.. Tp kenapa perlu ketat semasing nk tunjuk body?
Yg  ...

kalo baju geleber ada rintangan angin
Quote Normabaru 16-8-2020 10:06 PM
palmolive replied at 16-8-2020 09:56 PM
kalo baju geleber ada rintangan angin

Eh lupa... Tgh rempit mmg kena laju
Quote syadq 16-8-2020 10:13 PM
Kat Sri Gombak pukul 10 malam kayuh basikal masuk jalan utama dgn lampu bekelip secoit jah.
Quote ellejo 16-8-2020 10:21 PM
laki aku berbasikal dulu sebab nak join triathlon macam ironman tu. yg dorang ni sebab folo the hype ke?
Quote sharlenetexas 16-8-2020 10:29 PM
Dulu2 pakat2 join marathon. Sekarang pakat2 berbasikal pula.
Quote sharlenetexas 16-8-2020 10:30 PM
Normabaru replied at 16-8-2020 09:53 PM
Well.. Actually pakai sopan masih blh cycle.. Tp kenapa perlu ketat semasing nk tunjuk body?
Yg  ...

Nak kurangkan boundary layer. Tak nak ada turbulence kat belakang
Quote crazybeach 16-8-2020 10:31 PM
lengan para cyclist nampak helok yach
Quote djzara81 16-8-2020 10:32 PM
Folo hype je ni. Azizulhasni Awang berpuluh tahun mengayuh rilek2 je, xde dgr plak club berbasikal menghasilkan beratus clone Azizul. X salah nk berbasikal but kene beretika di jln raya.
Quote febreze 16-8-2020 10:33 PM
crazybeach replied at 16-8-2020 10:31 PM
lengan para cyclist nampak helok yach

peha pon ahaks
Quote TomyamPuteh 16-8-2020 10:33 PM
Mat basikal, mat motor, bila singgah kdai mkn acah2 sembang kuat nk kasi org toleh kt diorg
Quote Cyempaka 16-8-2020 10:45 PM
dulu geng moto je dok buat mcm ni.. sekarang geng basikal pun xnak kalah ye. nanti eksiden kena langgar bising. tapi benda bila dah jadi trend memang macam ni.  pakat2 nak tunjuk bagus. betul la geng basikal suka lepak mamak sembang kuat2.. nak tunjuk derang in trend kot.
teringat kawan keje aku dulu, kami ada team building kat penang, gigih dia angkut basikal sangkut kat belakang kereta tu dari kl-penang. nak tunjuk apa pun xtau la .. last2 kena gelak dgn kawan2 je

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058006 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top