CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Main Rembat Je" - Dayang Nurfaizah Cerewet Pilih Jodoh

10-8-2020 10:43 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 12772| Komen: 63|Original author: Oleh: rikuren


Penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah, 39, mengakui terlalu sibuk dengan kerjaya membuatkan dirinya yang bakal memasuki usia 40 tahun tidak lama lagi masih belum berpunya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak tertekan mengenai soal jodoh kerana menurutnya wanita sepatutnya bersikap cerewet dalam soal memilih teman hidup.




"Saya cerewet bukan sahaja soal kerja, malah mencari pasangan hidup pun sama. Setiap wanita harus fikir begitu dalam memilih teman hidup. Ini bukan perkara main-main kerana jika boleh, kahwin hanya sekali dan dijauhkan perpisahan. 

"Kita harus pilih pasangan yang betul dan serasi. Nak bina masjid dan hidup semati semestinya kena fikir sedalam-dalamnya, bukan main rembat sahaja," ujarnya.



Tambahnya, soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main dan tiada siapa inginkan perpisahan. Dayang turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dalam soal jodoh.

"Saya masih solo dan belum ada teman istimewa. Doakan saya. Apa yang pasti, saya mencari lelaki bujang, lebih tepat bukan kepunyaan sesiapa," jelasnya yang dipetik dari Berita Harian.



Tak mengapalah cerewet sedikit supaya tidak merana di kemudian hari, kan Dayang? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rotijohanz 10-8-2020 10:50 AM
bosan la........
sjk dgn hael x abis abis isu jodoh si dayang ni,.........
kawin nyer tak
Quote lola0311 10-8-2020 10:52 AM
Kenapa aku rasa dayang ni makain cantik n putih pulak.
Quote Kurex 10-8-2020 11:21 AM
Kapal dah hilang dekat segi 3 bermuda ke?
Quote sokmogitu 10-8-2020 11:25 AM
kalau dia kahwin dgn Joe Flizzow boleh la jugak merasa jd Jay Z Beyonce.

Apakata dia try Sonaone pulak
Quote Joysparta 10-8-2020 11:31 AM
cerewet2 pun..asyik ke hulu ke hilir ngan hael...pun xnikah2 gak…
Quote woven11 10-8-2020 11:37 AM
Bukan dgn hael ke? dok pegang sana sini. Zaman dulu2 ingat dia dgn Anuar zain, nampak sepadan
Quote dodolpandai 10-8-2020 11:41 AM
dayang ni bukan nya tak lawa

lawa jugak kalau kau amati dia betul2

cuma lagu2 dan cara nyanyian dia je aku x suka

bingit

vokal terbaik taik kucing kau

Quote bloodyamuk 10-8-2020 11:50 AM
dayang maybe jodoh chuols mat saleh ke european hensem helok yang hargai kecantikkan eksotik chuols...

sabalah rilek2 je
Quote lattehazelnut 10-8-2020 11:50 AM
dodolpandai replied at 10-8-2020 11:41 AM
dayang ni bukan nya tak lawa

lawa jugak kalau kau amati dia betul2

Ok sape penyanyi yg u rasa suara dia ok?
Quote dodolpandai 10-8-2020 11:51 AM
lattehazelnut replied at 10-8-2020 11:50 AM
Ok sape penyanyi yg u rasa suara dia ok?

arwah sharifah aini


Quote Normabaru 10-8-2020 11:54 AM
Jap.. Dyg ni cat dinding ke lurus? Kaka confuse
Quote Mulotkoyak 10-8-2020 12:00 PM
Sis dayang dh bole tempah sekapal dengan
Syafinaz Selamat
Adibah Nor
Ara BBNU
Jannah Nick
Neelofa

Yg lain tlg uols listkn
Quote mdmy 10-8-2020 12:16 PM
Edited by mdmy at 10-8-2020 12:17 PM
Kurex replied at 10-8-2020 11:21 AM
Kapal dah hilang dekat segi 3 bermuda ke?

berapa kali nak tanya ni dik? dah malas nak jawab. bagi gambar jer lah

Quote rotijohanz 10-8-2020 12:18 PM
Edited by rotijohanz at 10-8-2020 12:19 PM
mdmy replied at 10-8-2020 12:16 PM
berapa kali nak tanya ni dik? dah malas nak jawab. bagi gambar jer lah

dh tu biler nak nikoh?...............
bkurun berabad kehulu kehilir..........
org tnye tak ngaku.........
euwwwwwwwww...........
Quote RatuDunia94 10-8-2020 12:32 PM
Nak cari pasangan yg sempurna mana ada.. semua org nk cari pasangan yg sesuai dgn diri sendiri. Tp kurangan pasangan tu lah yg melengkapi perkahwinan. Kalau duk jadikan benda tu sebagai alasan.. memang jd andartu lah sampai ke tua.  For me kalau memang xde niat nak berkahwin. Just terus terang je cakap. Lebih selesa membujang. Thats it! Tak payah nk berbasa basi yachh..
Quote mdmy 10-8-2020 12:34 PM
rotijohanz replied at 10-8-2020 12:18 PM
dh tu biler nak nikoh?...............
bkurun berabad kehulu kehilir..........
org tnye tak  ...

biarlah, sampai masa adalah announcement tu. Jadi ke tak jadi itu ketentuan. Play safe dedua. Kalau declare pastu tak jadi korang speku macam2 juge
Quote T541 10-8-2020 12:38 PM
Kalau dengan haeeza ke tew
Quote naksedap 10-8-2020 12:39 PM
Normabaru replied at 10-8-2020 11:54 AM
Jap.. Dyg ni cat dinding ke lurus? Kaka confuse

Ape maksud cat dinding ? Sorry , Aku bbnu porem..
Quote innocent_me 10-8-2020 12:45 PM
kawin cepat lah kakak nanti dah tua dah menopaous baru tahu erti penyesalan

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.129990 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top