Isu makanan tidak sedap adalah normal bagi mereka yang menempahnya menerusi dalam talian. Namun, masalah makanan yang ditempah tidak sama dengan menu itu sendiri, sangat menjengkelkan. Bayangkan jika anda sendiri berada di tempatnya yang menempah nasi ayam mentega, tetapi yang dapat adalah nasi sup ayam!
Dengan potongan ayam tanpa sebarang salutan mentega dan susu cair, lauk tersebut kelihatan sup ayam semata-mata. Mengakuinya itu adalah kesalahannya kerana tidak membaca ulasan terlebih dahulu, pun begitu kedai itu tidak rasa bersalah langsung ke? Ia turut menarik perhatian warganet lain yang mengalami masalah sama. Ada yang tempahan sampai tak cukup dan ada juga yang mendapat tahu ianya adalah kesilapan dari kedai atau penghantar. Malahan, ada warganet yang turut berkongsi menu 'chicken buttermilk' yang sebenarnya dan pasti jauh berbeza dengan menu asal. Alahai, kasihannya bila terkena macam ini. Maklumlah, apabila perut dah lapar, pasti gambar yang ada di dalam Internet semuanya menyelerakan. Mungkin selepas ini perlu lebih berhati-hati kala menempah atau beli sahaja dari restoran makanan segera yang kualitinya lebih terjaga. Anda pernah terkena situasi begini? - CARI |
234126 replied at 10-8-2020 11:27 AM
order nasi ayam kukus berempah. Ayam hilang. 2 pulak tu. Makan la nasi dgn timun tu je. Bila komplen ...
rosli_nurizzati: sebenarnya kalau kita muslim, use foodpanda as platform jualan, agak meragukan bagi iols. ini pendapat iols ja la.. sbb description and picture foodp ...
epal21 replied at 10-8-2020 12:23 PM
Setuju dgn misleading pictures tu. Kalau restaurant letak gambar sendiri boleh juga kita agak2 po ...
mamaida28 replied at 10-8-2020 04:33 AM
restaurant pun masalah gak saya g mkn dgn somi tp bukan taraf restaurant lah kedai mkn aje..mint ...
rosli_nurizzati replied at 10-8-2020 12:13 PM
senang ja seller nak spin story.. delivery guy jugak kena... adoii.. kena gak brother foodpanda ni ...
234126 replied at 10-8-2020 02:42 PM
kesian brother food panda. Tapi iol memang masa chat tu ckp dah msg rider, rider kata takkan dia n ...
rosli_nurizzati replied at 10-8-2020 10:42 PM
selalu tgk rider ni, dia sampai terus ja amek order.. sbb berbungkus... takdaknya dia buka check.. ...
ADVERTISEMENT