CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Onn Kecil Hati Dengan Stesen Radio, Larang Anak Jadi Deejay

10-8-2020 10:21 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19753| Komen: 89|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Nasihat mummy, jangan jadi penyampai radio."

Penyampai radio terkenal, Linda Onn yang akan menamatkan perkhidmatan di sebuah stesen radio pada 12 Ogos ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyampai, peminat dan pendengar sepanjang dua tahun bersama stesen radio itu. Selain berkata dia akan merindui semua di konti, Linda juga memohon maaf jika ada salah bicara selama ini.

Namun, selepas sehari hantaran tersebut, Linda memuat naik gambar anaknya yang bergaya ala-ala deejay dengan nasihat mendalam dititipkan kepada anaknya yang turut menimbulkan tanda tanya netizen. Linda merajuk atau tak puas hati?



Kredit foto : IG

Nasihat Linda kepada Zara yang melarangnya menjadi penyampai radio malahan menjadi bos di stesen radio kerana masih bekerja di bawah majikan seolah-olah memberi klu tertentu. Ada masalah ke?

Hantaran terdahulu ketika majlis perpisahan - Kredit foto : IG

Sibuk dengan bisnes terbaharunya membuat minyak wangi, Linda tetap berkata tidak akan melupakan dunia pengacaraan ini. Netizen turut menyokong idea tersebut supaya Linda membuka stesen radio sendiri.

Kredit foto :Ig

Kredit foto : IG

Adakah ini pengakhiran penyampai radio yang pernah menghiburkan pendengar radio satu ketika dahulu? Begini juga kah yang terjadi kepada deejay lain seperti Fara Fauzana, FBI, Adi, Krill yang masing-masing mencari haluan sendiri dan tempat mereka digantikan dengan pelawak serta deejay yang lebih muda? Pendapat anda? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-8-2020 10:27 AM
Suruh la anak jadi pelawak
Quote gadis_tulip 10-8-2020 10:29 AM
Awat minah nie benti jadi dj? Bukan ok ke dia? 2 tahun kat kool fm.
Quote cikpisang 10-8-2020 10:30 AM
Gosip apa ni! Dia suruh anak dia create radio station sendiri kan? Dia taknak anak dia work under people. Nak anak dia jadi bos. Tu je! Ada masalah pemahaman la wartawan yg buat artikel ni
Quote dang_anom 10-8-2020 10:32 AM
Linda Onn jd deejay okay jugak aku rasa.
Dia nampak mcm berilmu.
Pastu dia pandai buat yang bila dia habis bercakap, lagu terus start.

Aku tak pandai terang, tp kalau selalu dengar dia kat konto mesti boleh faham apa yang aku cakap..haha
Quote ezacbee 10-8-2020 10:37 AM
Aku dengar kool fm sbb linda onn, slalu dengar kul 3-7ptg.
DJ yg ok n suara sedap pada telinga aku
Quote Noraniza_Iblis 10-8-2020 10:39 AM
story sheolls  kalau sesekali keluar..
mesti merempan..
Quote anony-mous 10-8-2020 10:39 AM
sampah nya wartawan ni. i baca post linda tu rasa mcm dia bg motivasi utk ank dia. isu kecik jah wartawan sampah besar besarkan
Quote duri_durians 10-8-2020 10:44 AM
aku tak tau kenapa dalam kepala aku masih ada perbualan halim othman dgn linda onn dalam radio erX, dorang bercakap2 lepastu  tetapi tetapi tetapi masing2 duk balas tetapi smpai ke sudah.

kenapa la benda bodoh ni boleh tersangkut dalam kepala aku. mungkin system error sbb tahap kebebalan lawak tu terlalu tinggi.
Quote Burong_Hantuk 10-8-2020 10:48 AM
sorry linda.....ramai yang cakap kao nih sombong...berlagak!!!!
Quote asimilasi 10-8-2020 10:53 AM
linda onn ni bg iols DJ yang paling terbaik.. so professional bila sheols on air and clear bila bagi info.. x merapu, x syok sendiri & x tergelak2...  otak sheols cepat dan pandai control keadaan... hopefully sheols dpt on air lagi lps ni..
Quote kuchenta_81 10-8-2020 10:55 AM
Antara deejay yang suara sedap didengar dan ada knowledge.
Quote Orix 10-8-2020 11:03 AM
dlu sheols letops khuens kt Era menang abpbh sakan berturut2 sebelum fafau take over.....
Quote Joysparta 10-8-2020 11:36 AM
zaman u di atas dah berlalu lindaaaaaaaaa….
Quote ani_B 10-8-2020 11:37 AM
Habis dengan Kool FM, kontrak tak sambung, katanya. Kalau kontrak sambung, dengar cara dia citer hari tu, macam besar kemungkinan dia akan accept.

Aku suka cara dia jadi penyampai radio ni. Bagi aku, dia cool, tak menggelabah, tak syok sendiri. Sorang2 pun relax je dia handle. Tak payah nak buat lawak2, nak gelak2...LO salah sorang di antara penyampai yang best.  Yang lain2, hmmmm...
Quote woven11 10-8-2020 11:45 AM
Edited by woven11 at 10-8-2020 11:46 AM

Lepas linda on bukan dgn era, i rasa dia merudum. asyik tukar sana sini station. tapi dia ni one of the best quality penyampai radio yg kita ada sebelum munculnya pelawak2 hambar take over tugas deejay

She should open her own station, bwk kawan2 lama... fafau, kieran, khairil rashid, halim othman, nadira azizan dan seangkatan dengannya... gitu berangan iols

Quote rosevelvet 10-8-2020 12:04 PM
Alkisah nk suh anak jd boss. Oklah tu
Quote Mulotkoyak 10-8-2020 12:16 PM
Burong_Hantuk: sorry linda.....ramai yang cakap kao nih sombong...berlagak!!!!

Mmg sombong pun minah ni. Tp kredibiliti sbg penyampai radio tetap terbaik. Berbanding dj skg yg contentnye merapu and x berilmiah. Lawak bodoh x kesudah. Didikan diradio skg xbgus. Lg 1 pihak atasan bukak lg same berulang kali sehari. Smp nk terbakar radio aku.
Quote lasagna 10-8-2020 12:22 PM
ohh dia dh resign jd dj kat stesen kool lah ni ya.. xpe laa mebi dia ada bisnes sendiri nak buat tu.
pape pun nasik ayam dia biasa2 jer rse oppss, tiberrrrrrrrrr.
Quote qqOfficial 10-8-2020 12:28 PM
woven11 replied at 10-8-2020 11:45 AM
Lepas linda on bukan dgn era, i rasa dia merudum. asyik tukar sana sini station. tapi dia ni one of  ...

nadira azizan dah meninggal dunia chuols.... hampir 2 tahun lepas ...
Al fatihah ....

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.207639 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top