CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Mengaku Salah Mencuri, Berkelakuan Tak Senonoh

9-8-2020 01:02 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 13847| Komen: 62|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Berita Mediacorp

Aliff Aziz mengaku bersalah di hadapan Hakim Victor Yeo di Mahkamah Negara Singapura pada 7 Ogos atas dua tuduhan iaitu mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Memetik Berita Mediacorp, suami kepada Bella Astillah itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan mencuri wang sebanyak SGD 300 (RM915.17) dan 1 juta rupiah (S$94/RM287) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia serta kelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit sambil  menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Bagi pertuduhan pertama, dia berdepan hukuman penjara mandatori, manakala untuk pertuduhan kedua, Aliff boleh dikenakan denda tidak melebihi SGD 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan iaitu pertuduhan ketiga yang diambil dalam pertimbangan adalah mencuri sekotak rokok Malboro dan pemetik api.



Kredit foto : Berita Mediacorp

Peguam bela Aliff, Muralli Pillai merayu agar hukuman lebih ringan dipertimbangkan iaitu penjara antara satu hingga empat minggu bagi pertuduhan pertama memandangkan wang berkenaan telah dipulangkan dan Aliff amat kesal di atas perbuatannya itu.

Pihak pendakwa berhujah bahawa perbuatan Aliff memudaratkan mangsa, seorang warga Indonesia kerana beliau seorang pelancong di Singapura dan kehilangan wang akibat dicuri serta "menyusahkannya".

Bagi pertuduhan kedua, Muralli berhujah bahawa tiada sebarang kecederaan atau kerosakan yang berlaku akibat perbuatan Aliff. Dia juga merujuk kepada laporan perubatan Aliff yang menyatakan bahawa pelakon dan penyanyi itu 'mengalami masalah psikiatri' ketika kejadian.
 
Hakim kemudian mengarahkan Aliff dirujuk ke Institusi Kesihatan Mental (IMH) untuk menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengetahui sama ada dia boleh diletakkan di bawah Arahan Rawatan Mandatori (MTO).

Di bawah MTO, pesalah yang didapati mengalami masalah psikiatri yang boleh dirawat akan diarahkan menjalani MTO sebagai ganti hukuman penjara.

Mahkamah menetapkan 14 September sebagai tarikh menetapkan hukuman. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YomiuriLandMae 8-8-2020 09:33 PM
kesian btol iols dgn dia ni.. dulu kemahen jadi dambaan since baru2 debut.. but now jadi lagu ni.. sayang btol..
Quote rosannazmia 8-8-2020 09:48 PM
Xpe Bella ade sentiasa membela dan membele...semuga dipermudahkan urusan tuk anak2 n Ibu bapa kedua manusia ni
Quote MontanaHannah 8-8-2020 09:48 PM
solat tu menjadikan kita manusia.
Quote sukacactus 8-8-2020 09:53 PM
Xpe Aliff, kalau rasa nak ngamuk nnt, Bella bawa pusing2 dgn vellfire baru dia
Sejuk skit kena aircond kan
Quote naina 8-8-2020 09:55 PM
Jun 2019 tahun lepas tu br lepas cerai kan? Adoi begitu terdesak tak berduitnya sampai sanggup mencuri..nasib la tak bunuh org je dia xbuat. Semoga ini menjadi titik permulaan utk dia.insaf dan jadi.muslim sejati dan membahagiakan bella
Quote boojaat 8-8-2020 10:00 PM
Kesian dgn anak2 dia.. malu dpt bpk mcm ni
Quote Cookeelaat 8-8-2020 10:03 PM
Manusia kalau dah terlibat dengan najis dadah and alcohol ni memang susah dah nak jadi "manusia".
Good luck, Bella.
Quote stania83 8-8-2020 10:05 PM
Tak turn off ke husband camnj. Org lain husband hebat baik budinpekerti
Quote barfi 8-8-2020 10:12 PM
Cookeelaat replied at 8-8-2020 10:03 PM
Manusia kalau dah terlibat dengan najis dadah and alcohol ni memang susah dah nak jadi "manusia".
G ...

Masalahnya masih ramai rakyat Malaysia yg pejam mata kononnya suami kena buatan org ataupun saka.. tu semua reason utk dorang pertahankan rumahtangga
Quote MinnieNini 8-8-2020 10:13 PM
Apo pukul 12 mlm jumpa pompuan utk membincangkan hal kerjaya di bilik hotel
Quote anggeriklatifah 8-8-2020 10:18 PM
Tak apa
Bini si Bella tu dah kaya hasil simpati cerita cerai dgn kau.dulu
Kau mntak jela dia Bantu
Quote 3480 8-8-2020 10:24 PM
Yg sorg br bli keta.. yg sorg asyik buat hal.. bertabahla bella oii..
Aku rsa bni dia yg tolong bayaq denda
Quote kiah_mai_pulak 8-8-2020 10:26 PM
kebanggaan bella. ko haderr????
Quote prettyuglybabe 8-8-2020 10:28 PM
nasib baik dah ada orang kutip.. janji berlaki..
Quote Cookeelaat 8-8-2020 11:34 PM
barfi replied at 8-8-2020 10:12 PM
Masalahnya masih ramai rakyat Malaysia yg pejam mata kononnya suami kena buatan org ataupun saka.. ...

In denial. Takut nak start over. Takut label janda tu. Kesian anak2 takde bapa lah.
Lagi kesian kalau ada bapa spesis macam Aliff ni.
Quote nura19 9-8-2020 11:14 AM
Kesian anak2 die....bwk2 la insap..
Quote kuku^panjang 9-8-2020 11:46 AM
bawak2 lah insaf aliff. anak dah 2 tu.
takkan nak tunggu anak 3 baru nak berubah....
Quote pinkypetal 9-8-2020 12:02 PM
Problematic betul dia ni.
Quote kiah_mai_pulak 9-8-2020 12:05 PM
kuku^panjang replied at 9-8-2020 11:46 AM
bawak2 lah insaf aliff. anak dah 2 tu.
takkan nak tunggu anak 3 baru nak berubah....

masa kejadian tu ank baru sorang... tak tau lah sempat ngongkek ke tak dgn bella asalberlakilahh tu...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.257156 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top