CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dirempuh Lori Pecah Tayar Ketika Baik Pulih Lampu Isyarat

6-8-2020 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4755| Komen: 22

Malang nasib pekerja kontrak yang maut selepas dilanggar sebuah lori ketika menjalankan kerja-kerja baik pulih lampu isyarat.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di Kilometer 19 Kuala Selangor - Kuala Lumpur jam 11.40 pagi semalam.



Kredit foto: Sinar Harian

Mangsa, Wong Soon Keat, 48, berasal dari Kampung Batu 5, Dungun, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar lori terbabit dari arah belakang.

Difahamkan, tayar hadapan yang pecah menyebabkan lori terbabit hilang kawalan sebelum merempuh Wong Soon Keat, 48, berasal dari Kampung Batu 5, Dungun, dari arah belakang dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa.

Mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-8-2020 02:24 PM
Teringat masa lecturer aku masa mula2 beli kereta lepas 3 bulan dapat lesen.. ingat2 lupa berapa bulan.
Dia cerita kalau depan dia lori, dia sanggup ikut bontot lori tu. Lambat pun lambat la asalkan selamat.
Kitaorang kata la ikut bontot lori la yg bahaya sebab belakang lori blind spot, buatnya lori berhenti mengejut, tukar line tiba2, tak nampak kereta belakang, lagi bahaya. Sekarang dia bawak kereta kemain laju.. hehehe
Quote kucingitam 6-8-2020 02:30 PM
Kurex replied at 6-8-2020 02:24 PM
Teringat masa lecturer aku masa mula2 beli kereta lepas 3 bulan dapat lesen.. ingat2 lupa berapa bul ...

depan lori, blkg lori, dua2 x selamat.

kalau belakang lori, aku bawa slow, jauh2...buatnya dia terbabas, sempat lagi aku nak brek.

kalau depan lori, mmg aku pecut abis..jgm bagi dia dekat...


Quote meteorspeed 6-8-2020 02:32 PM
Kurex replied at 6-8-2020 02:24 PM
Teringat masa lecturer aku masa mula2 beli kereta lepas 3 bulan dapat lesen.. ingat2 lupa berapa bul ...

Sama mcm iols. Iols kalu lori meme iols tak potong. Takut la. Iola rela duk belakang buntut loei. Bahaya ek wei.. Tp iols takut nak potong
Quote missbigrockstar 6-8-2020 02:37 PM
Kesian mendiang. Meninggal semasa berkhidmat
Quote damsel_fiji 6-8-2020 02:38 PM
banyak lori mmg prangai cam celaka..lagi2 klu yenna yg bawak
Quote Kurex 6-8-2020 02:48 PM
kucingitam replied at 6-8-2020 02:30 PM
depan lori, blkg lori, dua2 x selamat.

kalau belakang lori, aku bawa slow, jauh2...buatnya dia  ...

Selalunya lori ni suka nak menyondol kita..kita bagi je dia jalan....
Quote Kurex 6-8-2020 02:49 PM
meteorspeed replied at 6-8-2020 02:32 PM
Sama mcm iols. Iols kalu lori meme iols tak potong. Takut la. Iola rela duk belakang buntut loei.  ...

Bahaya la... Potong je, jgn takut..
Quote kucingitam 6-8-2020 03:04 PM
mmg gerun bila nak potong lori..

biasa sambil potong i  hon sket...just nak bgtau kita ada sblh...satgi dia tak perasan...jadi abg jiman lak..
Quote husna_amal 6-8-2020 03:07 PM
Takziah, tragis betul kena langgar dengan lori besar macam ni.
Quote djzara81 6-8-2020 03:36 PM
Paling bangsat bila pemandu lori pecut & high beam kt lane kiri & tengah. Dah kenape?! Kita bawa ikut speed limit, blakang lori 5 tan mcm pelesit bagi lampu tinggi soh cepat. Bengkek jekk
Quote Artemesiaa 6-8-2020 04:13 PM
Risiko bila kena berkerja dijalanraya dengan kebanyakan pemandu pandu macam lipas kudung tak pandang kiri kanan ada orang tengah buat kerja ke hapa.
Quote LadyCarefree 6-8-2020 08:36 PM
RIP. Mati mengejut sedang mencari rezeki.
Quote Knowlee 6-8-2020 10:17 PM
1) dah cara ajal dia...

2) dia sedang bertugas, ada saja la lori nak pecah tayar pun...

Tadi kat area tempat kerja I, JPJ tahan lori tanah. Pastu mesti ada 4WD yg mcm kepung JPJ. Keselamatan pegawai JPJ pun perlu diutamakan.
Quote supernaturalee 6-8-2020 10:39 PM
missbigrockstar replied at 6-8-2020 02:37 PM
Kesian mendiang. Meninggal semasa berkhidmat

Syahid lh kot
Quote supernaturalee 6-8-2020 10:40 PM
kucingitam replied at 6-8-2020 03:04 PM
mmg gerun bila nak potong lori..

biasa sambil potong i  hon sket...just nak bgtau kita ada sblh. ...

Wahhh abg jiman
Esok utk siapa ke esok yg lg 1

Quote supernaturalee 6-8-2020 10:41 PM
Knowlee replied at 6-8-2020 10:17 PM
1) dah cara ajal dia...

2) dia sedang bertugas, ada saja la lori nak pecah tayar pun...

Bg pistol kt dorg

Btw jpj tgh promosi diskaun saman up to 70%
Quote rafidah2405 6-8-2020 11:32 PM
Kat tmpt kami ni.. Hari2 lalu jln ni.. Cuma nak bgtau.. Hati2 lah, bulan lepas sorang meninggal kat spot yg sama. Perempuan umur 40++.jln dah cantik.. Jgnlah tekan minyak sampai santak.. Nak masuk simpang.. Bglah signal.. Jgn bg signal terus masuk simpang.. Sian org belakang
Quote famri7 7-8-2020 12:18 AM
Mati syahid dan dicemburui ummah kerana inalillah sewaktu menxari rezekki.
Quote kucingitam 7-8-2020 10:27 AM
supernaturalee replied at 6-8-2020 10:40 PM
Wahhh abg jiman
Esok utk siapa ke esok yg lg 1

tiada esok bagimu...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045938 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top