CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tikam Anak 8 Tahun Kerana Berebut 'Remote' TV

6-8-2020 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5795| Komen: 27

Description: Lelaki tergamak cuba menikam leher anak lelakinya berusia lapan tahun menggunakan pemutar skru selepas berebut alat kawalan jauh televisyen.
Lelaki tergamak cuba menikam leher anak lelakinya berusia lapan tahun menggunakan pemutar skru selepas berebut alat kawalan jauh televisyen.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian jam 5 petang di Taman Seri Kionsom, Kota Kinabalu pada Isnin itu, suspek berada di bawah pengaruh syabu.


Difahamkan, polis mengambil masa lebih dua jam bagi menenangkan lelaki berusia 36 tahun itu.


Gambar hiasan

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek memaut leher mangsa sambil beberapa kali menghentak objek berkenaan ke kepala anaknya.

Lelaki itu juga mengacam akan menikam anaknya jika anggota cuba mendekatinya.

"Suspek berkeras tidak mahu melepaskan anaknya yang ketika itu ketakutan. Polis terpaksa menggunakan kaedah psikologi bagi menenangkan suspek sebelum dia menyerahkan pemutar skru dan menyerah diri," katanya dalam sidang media.



Kredit foto: Harian Metro

Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan satu kes menetak isterinya sekitar dua bulan lalu dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif syabu.

Suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - CARI
1

Bagus
6

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 6-8-2020 02:28 PM
Ada kes menetak isteri pun boleh lepak serumah? Perghhh
Quote Hizert 6-8-2020 02:39 PM
Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan satu kes menetak isterinya sekitar dua bulan lalu dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif syabu.
Quote SherryZass 6-8-2020 02:50 PM
Perghh. Masih lagi si isteri hadap tinggal serumah Serammm..
Quote palmolive 6-8-2020 02:53 PM
kesian pemutar skru tu kena lepak balai
Quote husna_amal 6-8-2020 03:59 PM
Penagih dadah macam ni jangan diberi peluang sangat. Otak pun dah tak betul sebab dadah.
Quote duri_durians 6-8-2020 04:43 PM
isteri dah kena tetak, anak pulak
Quote sukacactus 6-8-2020 05:19 PM
Family dia nak tunggu apa lg  tunggu masing2 jadi mayat ke
Quote meow_tompok 6-8-2020 05:22 PM
hantar balik la jantan mcm ni kat rumah makpak dia... biar makpak dia pulak bela

kesian anak isteri jadi mangsa taik dadah



Quote pasa 6-8-2020 05:26 PM
penangan syabu.

sabah mmg mudah nak dapat batu.

sapa penagih dadah ais ni mmg kebanyakan ada mental problem.

3 4 hari tak tidor apa kejadahnya jadi manusia.
Quote Jorja 8-8-2020 02:54 PM
kaedah psikologi ni memang penting ya
Quote MariaClara 8-8-2020 04:06 PM
mcm ni pon masih serumah?

sayang sgt!!!!!!
Quote supernaturalee 8-8-2020 04:51 PM
Agak2 rancangan ape yg nk ditengok sgt tu
Quote najib888 8-8-2020 04:56 PM
pasa replied at 6-8-2020 05:26 PM
penangan syabu.

sabah mmg mudah nak dapat batu.

Dulu slalu dengar ramai polis muda2 yg bertugas sana layan batu. After few years on substance, most of them developed some sort of "mental illness", then transferred to Langkawi. Ntah betul ke tak tak tahu la. Tapi batu kat sana murah & high quality katanya.
Quote Scheherazade 8-8-2020 04:59 PM
sarah82 replied at 6-8-2020 02:28 PM
Ada kes menetak isteri pun boleh lepak serumah? Perghhh

Sejibik yg aku fikir masa baca artikel ni. Bini xkn x serik kena tetak dgn laki dia ni?
Quote sarah82 8-8-2020 05:03 PM
Scheherazade replied at 8-8-2020 04:59 PM
Sejibik yg aku fikir masa baca artikel ni. Bini xkn x serik kena tetak dgn laki dia ni?

Tu la.. Takkan tak minta perlindungan dari polis.. Gila lah.
Quote Scheherazade 8-8-2020 05:06 PM
sarah82 replied at 8-8-2020 05:03 PM
Tu la.. Takkan tak minta perlindungan dari polis.. Gila lah.

Patutnya jgn duduk sekali la. Dah tau ada anak. Dah amik mende alah tu, bahaya apa kt sesapa yg dlm rmh tu.
Quote sarah82 8-8-2020 05:12 PM
Scheherazade replied at 8-8-2020 05:06 PM
Patutnya jgn duduk sekali la. Dah tau ada anak. Dah amik mende alah tu, bahaya apa kt sesapa yg dl ...

Tu la.. Taik dadah ni tak payah bersangka baik dgn diaorg.. Bila x dapat bekalan saja.. Mula mai angin sawan depa.
Quote Scheherazade 8-8-2020 05:16 PM
sarah82 replied at 8-8-2020 05:12 PM
Tu la.. Taik dadah ni tak payah bersangka baik dgn diaorg.. Bila x dapat bekalan saja.. Mula mai a ...

Yg aku sedikit pelik la kn, awat laki dia x duduk jel eh? Kan kejadian tetak bini tu br je 2 bln lps?
Quote sarah82 8-8-2020 05:22 PM
Scheherazade replied at 8-8-2020 05:16 PM
Yg aku sedikit pelik la kn, awat laki dia x duduk jel eh? Kan kejadian tetak bini tu br je 2 bln l ...

Mungkin dijamin koy.. Kat rumah aku dulu ada mcm ni.. Setiap kali angin gila mai.. Dia letak parang kat leher anak.. Polis mai sembang2 kasi masuk balai.. 2-3 mak bapa meroyan pi balai jamin..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058523 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top