CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 14 Tahun Ditipu, Sanggup Pindah Wang RM295,950 Kepada 'Kekasih'

5-8-2020 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7641| Komen: 59

Seorang remaja lelaki kerugian RM295,950 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Kejadian bermula apabila remaja berusia 14 tahun itu mula berkenalan dengan gadis melalui Facebook pada Februari lepas.


Perkenalan bermula dengan satu iklan penjualan telefon dipercayai milik gadis yang menggunakan nama Dea Anis atau Anis Anis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, 

"Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan pada iklan berkenaan.

"Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan mangsa sering menghubungi gadis tersebut untuk berbual melalui WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile."

Gambar Hiasan

Harian Metro melaporkan, selepas empat bulan berkenalan, gadis itu meminta bantuan untuk meminjam wang.

"Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, mangsa meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu lain.

"Suspek berjanji akan membayar hutangnya itu namun hingga kini dia gagal berbuat demikian."

Selepas mengetahu anaknya ditipu, bapa mangsa membuat laporan polis di  Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands.

"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."

Difahamkan mangsa menggunakan wang simpanan dan meminjam wang daripada ahli keluarganya untuk diberi kepada suspek. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jaja8 5-8-2020 10:45 AM
umur 14 tahun banyak gile duit kau dik
Quote moocoww 5-8-2020 10:46 AM
Banyak duit budak ni
Quote Orix 5-8-2020 10:47 AM
byaknya duit ko dekkk umur bru 14. ke apak ko mengkambing hitamkan kau jah
Quote pasa 5-8-2020 10:51 AM
setady la dik kecik2 kene scam dekat RM300k
Quote prettyuglybabe 5-8-2020 10:52 AM
anak ke bapak ni yang kena tipu
banyak gila duit budak sekolah..
Quote sarahmirza 5-8-2020 11:02 AM
Bapaknya kot yang kena scam tapi malu nak mengaku dikambinghitamkan si anak...

Teringat kes mak dera anak dulu2... Pujuk2 anak tiri umur 13 tahun mengaku pukul adiknya dengan hanger sampai mati padahal dia yang mendera anak kandung sendiri..

Quote dekmieDandy 5-8-2020 11:44 AM
Edited by dekmieDandy at 5-8-2020 03:46 AM

banyaknye duit

lagi satu umur 14 dah boleh buat online bankin ya
lagi satu pelik, umur 14 main FB??? jarang dengar betul ni, biasa teenager main IG, twitter, tiktok je
Quote ninjago 5-8-2020 12:02 PM
polis tak siasat ke mana budak 14thn tu dapat duit banyak tu? takkan pinjam along, along pun tak confident nak kasi
Quote akuMNdia 5-8-2020 12:25 PM
ko keruk duit bapak ko ke dik?
Quote Nenasketum 5-8-2020 12:26 PM
Mak bapak budak ni pencuri duit orang lain ke? Macam founder2 hamjad yang jual harga Yahudi atau makan duit rakyat. Kenapa aku tak kesian kat budak ni ek?
Quote Artemesiaa 5-8-2020 12:33 PM
Tak kira tua muda semua jadi mangsa.  Mereka ni macam tahu je mangsa ada wang untuk mereka kenakan dalam cara penipuan ni.
Quote Aliaskotonggo 5-8-2020 12:50 PM
sian, bodo memang tak mengira usia dan pangkat
Quote syadq 5-8-2020 12:51 PM
Adakah bapak nak lari byr cukai lalu kredit duit masuk akaun anak.
Quote cicicumel 5-8-2020 01:11 PM
sarahmirza replied at 5-8-2020 11:02 AM
Bapaknya kot yang kena scam tapi malu nak mengaku dikambinghitamkan si anak...

Teringat kes mak d ...

mcm cerita Korea tu kan.. last2 kantoi sbb ada video dalam teddy bear rakam..sedih cerita tu
Quote insulin 5-8-2020 01:12 PM
habis duit bapak ko dikerjakan ya...
Quote arm_band 5-8-2020 01:17 PM
ni anak tokey cameron ke nih?
Quote dudaberhias 5-8-2020 01:19 PM
mesti anak tokey ladang di cameron nun nokkk
Quote dudaberhias 5-8-2020 01:22 PM
masing2 dah boleh cop sebagai menantu dah yachhh...
senang scam bila jadi menantu anak tokey ni nanti
Quote bangcak 5-8-2020 02:28 PM
kat arab pon sama.
ada putera arab pernah terkena love scam.
lebih kurang 2.6 beliyon jugak heol hangus masukkan duit pada akaun scammer.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.212884 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top