Tweet ini menjadi viral dek kecomelan seorang bapa yang membantu anaknya menyiapkan hadiah untuk dirinya sendiri tanpa pengetahuannya. Menurut kicauan daripada anaknya ini, pada mulanya beliau ingin membuat kejutan kepada bapanya, namun terdapat pula cerita di sepanjang persiapan yang berlaku.
Gadis berkenaan ingin menghadiahkan bapanya itu jambangan bunga sempena ulang tahun kelahiran beliau. Beliau terpaksa berbohong memberitahu sedang menyiapkan gubahan ini untuk pelanggan sedangkan gubahan bunga itu adalah untuk bapanya. Sudah menjadi sikap seorang bapa, pasti akan membantu anaknya walaupun tidak diminta. Pakcik memang comel! Warga maya tersentuh hati melihat perkongsian ini dan berharap gadis berkenaan berkongsi saat bapanya menerima hadiah ini nanti. Banyak cara untuk membahagiakan orang tua. Ini adalah satu daripadanya. - CARI
|
bakingsoda replied at 28-7-2020 10:21 AM
ada satu lagi aku taktau la trend ke tak tapi dah 2-3 kali nampak org buat kek tarik duit lately. ta ...
SecretLuv replied at 28-7-2020 10:58 AM
Bkn dah balut dgn plastik dulu ke baru ltk dlm kek tu
ADVERTISEMENT