“Ahli Parlimen yang selalu buat Facebook Live, adakah kita perlukan lesen Finas? “(YB) Noraini (Ahmad) (menteri pengajian tinggi) juga ajak mahasiswa main TikTok, perlu ada lesen tak?”
Begitu soalan diajukan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini ekoran kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berhubung segala bentuk penggambaran termasuk rakaman media sosial peribadi perlu mendapatkan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terlebih dahulu. “Kesannya agak besar dan saya rasa ramai akan bertanya sama ada selepas ini, kalau terbitkan video dalam media sosial, adakah itu akan tertakluk atau tidak dengan ketetapan menteri bahawa semua penggambaran filem memerlukan lesen Finas.
“Lebih risau kalau takrifan tersebut adalah pendakwaan terpilih apabila sesetengah orang sahaja tertakluk dengan takrifan manakala yang lain (tidak) terkesan,” katanya. Menurut laporan MalaysiaKini, Akta Finas merujuk filem sebagai bahan rakaman termasuk filem pendek, dokumentari, trailer dan filem iklan. Syarat untuk mendapatkan lesen pengeluaran filem dan video adalah pemohon mesti mendaftar sebagai pemilik syarikat sendirian berhad dan mempunyai modal berbayar tidak kurang RM50,000. - CARI
|
safriehalim: Edited by safriehalim at 23-7-2020 04:49 PM Selagi tak melibatkan keuntungan rasanya tak menyalahi undang2 melainkan kalau ada video yg ada unsur p ...
RatuDunia94: Selayaknya youtubers2 yg kaut untung dr youtube ni semua.. siap boleh pakai kereta mewah2.. x kan nk mohon lesen pun payah kan..
Normabaru: Well akta hasutan tempoh hari xblh pakai kah? Kak norma br ja tahu benda ni kena ada lesen dr finas.. Tpkan.. Yang beria sgt yg pantai dalam ni bekap ...
safriehalim: Edited by safriehalim at 23-7-2020 04:49 PM Selagi tak melibatkan keuntungan rasanya tak menyalahi undang2 melainkan kalau ada video yg ada unsur p ...
Rara77 replied at 23-7-2020 11:10 PM
Kenapa aku geli tengok muka jantan ni
sesuatu sgt mukanya
adakah menggunakan pelaris{:run
ADVERTISEMENT