Karakter animasi kanak - kanak popular Upin dan Ipin dipilih oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mempromosikan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM). Memetik Bernama, menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, populariti Upin dan Ipin di dalam dan luar negara menjadi antara faktor karakter kembar ini terpilih.
Untuk promosi ini, Les' Copaque Production Sdn Bhd, iaitu pemilik watak Upin dan Ipin akan menghasilkan pesanan khidmat masyarakat Upin dan Ipin dan beberapa siri animasi Upin dan Ipin berkaitan kempen promosi itu dalam masa terdekat. Selain itu Upin dan Ipin sendiri akan turut turun padang bagi memeriahkan kempen promosi KBBM ini. Tahniah kita ucapkan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|