CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muflis? Boy Iman Mampu Gelak Je

2-7-2020 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9890| Komen: 47

Langsung tidak tahu dirinya bakal disaman, Boy Iman mengakui hanya mampu ‘tergelak’ selepas membaca berita yang melaporkan dirinya diisytihar muflis.

“Saya pun baru tahu selepas membaca laporan disiarkan media sebentar tadi. Baru je baca, dan memang tak tahu apa-apa atau tak terima sebarang notis pun.


“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama. Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ni,” katanya berseloroh kepada Malaysiakini.


Kredit foto: IG Boy Iman

Harian Metro sebelum ini melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Noruliman A Rahman, 40, muflis berkuat kuasa semalam.

Menurut laporan itu, Boy Iman selaku penghutang penghakiman gagal melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Melalui syarikatnya DBI Technology Sdn Bhd, Boy Iman sebelum ini melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017.


"Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.

"Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.

"Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa 'scam'," kata peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pihak yang memfailkan tuntutan terbabit.

Prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman selepas dia gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan berkenaan. - CARI
2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 2-7-2020 11:39 AM
gelak je la dulu boboiii
tipu dosa mati seksa
Quote tensic~ 2-7-2020 11:39 AM
Lahanat punya boy iman. Dah sebat duit penisioners tu semua lepastu gelak
Quote pearl.silver 2-7-2020 11:47 AM
Gelak la
Dah isytihar muflis xyh byr hutang ye
Quote chekacheku 2-7-2020 11:57 AM
Gelak dpn media je la..blakang2..dia ngn tuhan je tahu..idup mmg xtenang menipu sana sini sinun ni
Quote Lagubestbest 2-7-2020 12:08 PM
chekacheku replied at 2-7-2020 11:57 AM
Gelak dpn media je la..blakang2..dia ngn tuhan je tahu..idup mmg xtenang menipu sana sini sinun ni

Sampai bila nak gelak? 20 tahun lagi? 30 tahun lagi? Kemudian serah diri ke neraka? haha
Quote jerukkedondong 2-7-2020 12:08 PM
Ko boleh gelak je boboy?
Ye..gelak lh..lama2 gila...
Vodooo
Quote Themilo 2-7-2020 12:14 PM
kau gelak lepas tipu duit orang..

nauzubillah..
Quote kelapaparut 2-7-2020 12:16 PM
wowww..setannye die, lps buat jahat tpu org boleh gelak2 tu, mesti dia ade tanduk kat kepala
Quote AbukRokok 2-7-2020 12:42 PM
katanya ini cara org berlimpah duit selamatkan harta sdri ye ke?
Quote little_sis 2-7-2020 12:49 PM
takbaikkk aaa dah sebat duit org pulangkan laaa..
Quote Normabaru 2-7-2020 12:53 PM
Betulla tu.. Gelak je yg mampu.. Free kot!  Hihihi
Quote haruslah 2-7-2020 01:04 PM
Ada ayat ujung2 latok ni mcm tunggang agama gak
Mcm biasa kan
Xde rasa bersalah
Quote prettyuglybabe 2-7-2020 01:11 PM
hati dah hitam legam..
memang la boleh gelak lepas aniaya orang..
Quote husna_amal 2-7-2020 03:34 PM
Nasib lah kau boy reman. Harap terima balasan dan melingkup dalam penjara.
Quote bungarose 2-7-2020 03:53 PM
Berat dosanyer makan duit haram oiii
Quote slyfynx 2-7-2020 04:02 PM
Nape x update kt thread lama je.
Buat ape la bukak thread baru untuk belon ni

- CARI
Quote mieymiey 2-7-2020 05:05 PM
slyfynx replied at 2-7-2020 04:02 PM
Nape x update kt thread lama je.
Buat ape la bukak thread baru untuk belon ni

Biasa la sis, nak capai KPI. Kang tak dapat gaji rm3k
Quote dewi_rina 2-7-2020 05:17 PM
Gelak kunun.. Padahal tengah menangis bawah katil
Muat ke masuk bawah katil tu? SIlap2 terangkat katil sebab perut boroi
Quote ikanmasin 2-7-2020 05:21 PM
gelak lah puas2 sambil terjuih2 mulut tu yer..kihkihh

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.112388 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top