CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Bekas Kekasih Hamil 21 Kali Kerana Cemburu Ditinggalkan Demi Lelaki Lain

1-7-2020 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5365| Komen: 26

Berang ditinggalkan, lelaki menyebabkan kematian bekas teman wanitanya yang hamil anak mereka dengan menikam mangsa sebanyak 21 kali.

The Sun melaporkan, Aaron McKenzie, 26, dituduh membunuh Kelly-Mary Fauvrelle selepas memecah masuk rumah mangsa di Thornton Heath, London pada 29 Jun tahun lalu.




Difahamkan, suspek cemburu apabila mangsa, 26, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain dan bertindak membunuh wanita yang sedang hamil 33 minggu itu.

Anak lelaki pasangan itu, Riley dilahirkan secara Caesar di rumah sebelum dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia empat hari kemudian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.



Ketika perbicaraan, juri dimaklumkan bahawa Kelly memutuskan hubungan dengan McKenzie pada 2019 selepas beberapa tahun menjalin hubungan.

Tertuduh didakwa memecah masuk ke bilik Kelly dan menikam mangsa sebanyak 21 kali sebelum melarikan diri.



Kejadian itu disedari kakak mangsa, Melissa yang tidur di bilik sebelah apabila terdengar jeritan Kelly.

Sebaik paramedik tiba, mereka terpaksa melahirkan anak mangsa secara pembedahan caesarean di rumah berkenaan kerana keadaan Kelly yang sudah tenat ketika itu.


Foto: The Sun

McKenzie pada mulanya tidak mengaku melakukan pembunuhan itu sebelum mengubah pengakuannya selepas ditunjukkan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dirinya berada di kawasan perumahan mangsa sebelum kejadian.

Perbicaraan masih berlangsung. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 1-7-2020 03:20 PM
Oh goshhhh
Today i layan forum too long kot smpi terbaca tajuk jadi..
KEKASIH HAMIL 21KALI SEBAB CEMBURU..

kuat betul ngeseks.. Kohkohkoh
Quote husna_amal 1-7-2020 03:43 PM
Giler kejam.
Quote missbigrockstar 1-7-2020 03:54 PM
Aku kesian kat baby malang tu. Hanya sempat berada di dunia hanya 4 hari
Quote Mamason 1-7-2020 04:03 PM
Kejamnya kau wahai lelaki... huhuhu
Quote Mina2215 1-7-2020 04:12 PM
Aku igtkan hamil 21 kali. Tajuk tu
Quote lilbub 1-7-2020 04:23 PM
Waktu ceaser tu bius tak since buat dekat rumah mangsa? Ke potong hidup2 since dah terlalu tenat?
Quote Kurex 1-7-2020 05:16 PM
takkan la leluhur suci yg bersinar bak mutiara buat perkara jahat ni....
Quote Artemesiaa 1-7-2020 05:28 PM
Kejam sungguh perbuatan
Quote Daftpunk_shine 1-7-2020 07:41 PM
Mende la. Aku dah tsilap baca..bekas kekasih dia hamil 21kali
Quote salamon 1-7-2020 07:55 PM
tajuk tered mengelirukan !!!
Quote Xim 1-7-2020 07:57 PM
Haihh aku bace tajuk pn dah jd lain....ke aku letih nau harini??
Quote matbad 1-7-2020 08:01 PM
Mina2215: Aku igtkan hamil 21 kali. Tajuk tu

aku ingt aku sorang yg tak paham tajuk..byk kali ulang..tajuk mcm translate dri tamil ke melayu plak..lahaiiinyaaa
Quote sukacactus 1-7-2020 08:30 PM
Dah putus tu putus la...move on
Moga ex dgn ank yg mati tu jd hantu kacau laki xguna ni
Quote mizzmimi 1-7-2020 08:45 PM
Mina2215 replied at 1-7-2020 04:12 PM
Aku igtkan hamil 21 kali. Tajuk tu

Sama weh.. Huhu
Quote mizzmimi 1-7-2020 08:45 PM
Mina2215 replied at 1-7-2020 04:12 PM
Aku igtkan hamil 21 kali. Tajuk tu

Sama weh.. Huhu
Quote Dwdrum 1-7-2020 10:48 PM
Gf cantik.....
Quote Tinot7 1-7-2020 11:40 PM
takziah kpd keluarga.. cian kat baby...
Quote belilies 2-7-2020 06:12 AM
Kalo orang tanak tu tanaklah. Buat apa paksa, ni posesif sangat sampai bunuh org. Baby tu lahir pun dah xda mak. Ko masuk penjara xdpt nak bela anak.
Quote Kipaskiok 2-7-2020 07:59 AM
Mental issue dh ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.110682 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top