Murah betul hati Fikry Ibrahim sanggup sanggup menyedekahkan sebanyak RM29,000 kepada Zulin Aziz yang disangkanya ditimpa kesusahan. Zulin menerusi Instagramnya berkongsi video pendek bersama pengacara program Trek Selebriti, Alif Farhan ketika melakukan prank terhadap aktor berkenaan.
Dalam lakonannya, Zulin meminta bantuan kewangan daripada Fikry bagi melunaskan hutang sewa rumahnya yang kononnya tertunggak akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini. "Tuan rumah nak halau aku, tiga bulan tak bayar sewa. PKP, kan? Aku mana ada duit. Aku dah tak tahu nak pinjam kat siapa, aku stres gila," acah Zulin. Jelas riak terkejut di wajah Zulin dan Alif apabila Fikry selamba meminta nombor akaunnya untuk melakukan pemindahan wang sebanyak RM9,000 bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah Zulin.
Tidak puas setakat itu, Zulin terus mengusik Fikry untuk meminjam RM20,000 bagi memulakan perniagaan. Teruja betul Zulin dan Alif apabila Fikry menganggap angka RM29,000 itu sebagai sedekah sebelum Zulin memaklumkan ia hanya panggilan prank.
|
haruslah replied at 1-7-2020 02:43 PM
Masa dia cakap "sedekah" tu terus i xleh husnuzon citer ni
Nak bg 9k tu i wow sgt...lepas dr tu ter ...
Kurex replied at 1-7-2020 01:36 PM
Ehhhh bukan pompuan terdampar ni kurus ke hari tu?? Apasal gemuk balik???? Kesian pada acik2 yg tert ...
RatuDunia94 replied at 1-7-2020 02:15 PM
So retis2 malaysia ni setakat 30k dlm akaun tu xde la payah mana nak ada.. rasa x perlu dah merempan ...
ADVERTISEMENT