April lalu, tular berita mengenai sebuah keluarga di Johor tanpa sengaja menemui kembali ahli keluarga mereka yang terpisah melalui laporan berita yang disiarkan di kaca TV3. Lelaki gelandangan, Amran Tamby atau dikenali dengan gelaran Tok Penghulu ditemui kembali keluarganya selepas terputus hubungan sejak 1996.
Ekoran penemuan tersebut, pihak keluarganya difahamkan berhasrat untuk membawa lelaki tersebut pulang ke pangkuan mereka selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, hasrat beliau nampaknya tidak kesampaian selepas beliau baru-baru ini memberitahu msdih belum dijemput keluarganya dari ibu kota. Menerusi laporan TV3 seperti dikongsikan menerusi Facebooknya pada Khamis lalu, Amran memberitahu beliau sudah dua kali menunggu untuk dijemput pulang, namun kedua-duanya berakhir dengan kekecewaan. "Saya tunggu tak sampai, abang dah janji dengan saya. Saya dah tunggu dua kali, siap siap kemas barang saya nak balik. "Jadi, saya malu ah dengan orang DBKL sebab saya cakap hari ini saya dah nak balik, tapi tiba-tiba saya tak balik. Saya malu. "Mungkin keluarga buang saya kot. Anggap saja saya dah mati"," luahnya sambil menyeka air mata. Siapa yang tidak sedih sekiranya benar dibuang keluarga sendiri. Apapun, pasti ada kisah di sebaliknya. Hanya Amran dan keluarganya sahaja yang tahu. - CARI |
haznor replied at 26-6-2020 08:14 PM
Aku ada family members yg entah ke mana menghilang. Bagus dia blah. Kalau dia ada pun, menghabiskan ...
ADVERTISEMENT