CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15388|Reply: 98

Berita ptg sayu:Anggap Sahaja Saya Sudah Mati’ – Pak Cik Gelandangan Sebak, Kelu

[Copy link]
Post time 26-6-2020 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pernah muncul dalam laporan Buletin Utama merupakan satu hikmah buat Pak Cik Amran Tamby  iaitu salah seorang gelandangan yang telah dipindahkan ke penempatan sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lebih menggembirakan apabila dia seperti  berpeluang akan disatukan dengan keluarga tersayang selepas hampir 29 tahun terpisah.

Namun, siapa sangka pengharapan Pak Cik Amran atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Penghulu untuk bertemu dengan keluarganya tidak kesampaian.

Dalam sedutan Buletin Utama yang disiarkan pada 11 April 2020 yang lalu melaporkan tentang hala tuju para gelandangan selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hasil daripada temuramah wartawan Juliana Sharin bersama Tok Penghulu telah berjaya ‘menemukannya’ bersama ahli keluarga yang terpisah sejak dari tahun 1996 lagi.

Menurut individu yang mengakui dirinya adalah adik kepada Pak Cik Amran Tamby memberitahu mereka akan bertemu selepas tamatnya tempoh PKP.

Terbaru, enerusi laporan Buletin Utama yang disiarkan pada 25 Jun 2020, wartawan sempat bertanyakan kepada Pak Cik Amran Tamby tentang kisah sedih yang melanda dirinya itu.

Menceritakan kisah itu, Pak Cik Amran memberitahu dia sudah berada di TBS untuk menunggu keluarga datang menjemput. Tetapi malangnya, penantian untuk bertemu dengan insan tersayang selama ini hanyalah sia-sia kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang muncul. Sambil bercerita, dia yang tidak tahan menahan sebak telah menitiskan airmata.

Dia juga beranggapan bahawa keluarga sudah ‘membuang’ dirinya itu. Nasib yang menimpa Pak Cik Amran sekaligus membuatkan hatinya hancur. Kata-kata terakhirnya buat keluarga ‘Anggap sahaja saya sudah mati’.

Sumber: Buletin Utama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2020 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sanggup nak tgk video tu. Tapi tu lah, kadang2 tak dapat nak salahkan keluarga. Mana tau, sesuatu berlaku yang menyebabkan mereka tak nak geng dengan pakcik ni. Mungkin lah... Mcm satu kes ni, ada pakcik tu orang jumpa dia kat terminal bas. Orang tu ingat dia stuck kat terminal tu sebab MCO. Tapi sebenarnya, pakcik tu kena buang family sebab taik judi. Sampai sekarang pun, dah kena hantar balik ke kampung halaman pakcik tu masih berjudi hidup merempat
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
harap dia dpt keje baik2, at least teruskan hidup dgn baik... dah makin tua xyah pikir lg masalah, asal dpt keje yg cukup makan, tpt tinggal, pakaian.. hidup tenang2 cukup la.. dan harap dpt kwn2 yg boleh diharap la..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rsmai yg sihat walafiat & sdgar bugar....
Knp lah pilih jd gelandangan......


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih.
Adik-beradik lebih mengenali,mungkin ada kejadian berlaku sblm ni.
Family ingatkan dah jumpa pakcik ni,berhubung macam tu jer lah. Tapi nak kena tanggung mkn/pakai/tmpt tinggal skali kot tu yang teragak2 nak jumpa balik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam yg kisah bapa kandung rogol anak sendiri yg lepas pantang........ kalau keluarga buang dia...... ada ke yg nak jenguk balik.
Allah maha adil....... kalau kita berlaku baik kepada keluarga......... keluarga tetap akan ingat kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dia tak tanya ke kenapa tak datang tu?
entah ada apa jadi ke.. misscommunication ke..
if family betul buang dia, i tak rasa family akan mengaku saudara masa nampak dia kat tv hari tu..
buang yang keruh ambil yang jernih..
harap mereka dapat mulakan hidup baru yang lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah apa la kisah sebenarnya
Harap dapat penyelesaian yg baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. Berair mata wartawan tu dengar pakcik ni cerita.

Tapi.. Minit 4:29, i terhibur dengan wanita yg tiba2 pergi picit kaki jiran katil sebelah lepas nampak kamera. Sorry kak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya dia dan keluarganya saja yg tahu kisah sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatla baik kat anak
Baru anak ingat
Kalau dh 29 tahum dh x jumpa elok je luput terus
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada cerita ni disebalik kisah ni. Sebelah pihak tak bercerita yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal nk kena tggu kluarga dtg ambik? Pakcik xblh ke nk blik sndiri? Johor je kot, bknnya luar ngara. Sori iol xkesian tp mnyampah plk kt pkcik. Msti ada sbb fmily pun mnyampah kt pkcik. Hnya dorang jer yg tau. Kdg2 org risau pkcik xberubah. Nti bila dorng dah dtg ambik, pkcik ulang lg prngai lama n pkcik slhkn dorang plk sbb beria2 cari pkcik n ambik pkcik dlu. Lg baik dorng truskn hdup tnpa pkcik kot. So pcik uruskn je la diri n majukn diri sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada family members yg entah ke mana menghilang. Bagus dia blah. Kalau dia ada pun, menghabiskan beras je ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasti ada kisah disebalik cerita...
Tgk wajah tua pakcik tu...ikut hati aku yg tak berapa baik ni...jahat mcm mn pun dia dulu..rasa mcm hati ni sudi lagi memaafkan...
Dia dah tua..
Brp lama lg lah hayat dia kat dunia ni...
Tp entah lah..hati manusia lain2..
Tak pe lah pakcik..ikut aje lah apa yg Allah takdirkan ..sy doakan pakcik sihat dn kuat semangat....sob..sob...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:19 PM | Show all posts
Nak merempat ke taik dadah ke ape, dalam akaun kena ada 1juta baru moyang pun sanggup bangkit dari kubur mengaku keluarga pakcik oi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2020 08:37 PM | Show all posts
mana video link nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene dgr cerita from both sides. Kita org luar ni tak tau real situation. Semoga ade jln penyelesaian utk pakcik ni & family dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak pun x nak bela mak pak..apatah lagi adik badik..gelandangan lak tu sah2 xde duit...tok sah lah mengharap..hati sakit...org yg disana jadi serba salah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
haznor replied at 26-6-2020 08:14 PM
Aku ada family members yg entah ke mana menghilang. Bagus dia blah. Kalau dia ada pun, menghabiskan  ...

Setakat habiskn beras tak kisah pun kannn....
Tapi menyusahkn hidup org.....

Mana tau, entah entah sbb pangai dia dulu dah buat gelap masadepan org lain.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056165 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list