Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa kecewa apabila pihak Zarina Anjoulie tidak hadir menyerahkan dokumen tuntutan samannya. Ketika ditemu bual Gempak, Amyza yang masih menunggu kehadiran pihak Zarina jam 4.30 petang tadi mendakwa tidak melihat kelibat mereka.
"Kita dah beritahu tiga hari lalu yang saya nak peguam Zarina sendiri datang di Astro jam 4 petang untuk berjumpa dan menyerahkan sendiri dokumen tersebut, tetapi dari jam 1 petang tadi saya di sini sehingga kini jam 4.30 petang, mereka masih belum tiba. "Saya sangat kecewa kerana saya mengharapkannya, rasanya dah lama juga dia uar-uarkan di media sosial tentang saya tidak respons kepada tuntutan dia," ujarnya. Tambah Amyza, dia sengaja memilih lokasi pertemuan itu bagi memudahkan kedua-dua pihak memandangkan kebetulan dia ada urusan di situ, manakala kediamannya jauh di Sepang.
Amyza juga menjelaskan mengapa dia berdiam diri sebelum ini hingga gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan. "Saya tidak respons kerana saya sendiri tidak menerima apa-apa dokumen atau notis tersebut. Sepatutnya, dokumen itu sendiri diserahkan kepada saya. Mungkin mereka hantar ke alamat yang salah kerana saya menetap di Sepang bersama ibu saya," jelasnya. Katanya, dia tidak menyimpan dendam terhadap Zarina dan akan meneliti terlebih dahulu dokumen tersebut sebelum mengambil tindakan. "Saya tak pernah bekerjasama dengan Zarina meskipun saya lebih lama berlakon daripada dia. Saya bermula menjadi sebagai seorang pengikut di Instagram miliknya sahaja. "Ketika itu, saya suka mengikutinya kerana dia suka makan ‘pickle’. Kemudian, bermula musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terbitnya salah faham dan tidak puas hati di antara kami. Saya tak kenal dia dan saya tak pernah ada ‘personal issue’ pun dengan dia," katanya. - CARI
|
Lailerthee replied at 29-6-2020 09:52 PM
Zarina ni bukan duduk nilai? Sepang dgn nilai alaa sepelaung je laa org kate dekatnya
timah03 replied at 29-6-2020 09:57 PM
Itu lah.... Atau mungkin dia pun tak tahu yg zarina duduk nilai..... Dah bergaduh, tak kan nak amb ...
LindaCat replied at 30-6-2020 09:44 AM
saman xboleh di bagi merata2 la..saman hanya boleh di sampaikan melalui alamat yg berdaftar dlm JPN ...
LindaCat replied at 30-6-2020 09:44 AM
saman xboleh di bagi merata2 la..saman hanya boleh di sampaikan melalui alamat yg berdaftar dlm JPN ...
LindaCat replied at 30-6-2020 09:44 AM
saman xboleh di bagi merata2 la..saman hanya boleh di sampaikan melalui alamat yg berdaftar dlm JPN ...
ADVERTISEMENT