CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terjerlus Dalam Lubang Tandas Hingga Paras Dada

5-6-2020 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12766| Komen: 98

Seorang penghuni rumah penjagaan pesakit mental swasta di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil menahan sakit lebih sejam akibat tersangkut dalam lubang tandas.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian malam kelmarin, mangsa terjerlus ke dalam lubang tandas jenis cangkung ketika mahu membuang air.


Kedua-dua kaki mangsa berusia 50-an itu dikatakan termasuk ke dalam lubang di permukaan mangkuk yang sudah pecah sejak beberapa hari lalu.

Malangnya, tubuh mangsa memasuki lubang berkenaan semakin dalam sehingga ke paras dada akibat meronta kerana panik.


Foto Ihsan Bomba/Harian Metro/BH Online

Ketua Balai Bomba Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Alias Ahmad mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan rumah kebajikan berkenaan yang menyedari keadaan mangsa.

"Setibanya tujuh anggota bersama satu jentera di lokasi, kami mendapati seorang mangsa wanita terjerlus ke dalam lubang tandas sehingga ke paras dada.


"Anggota kami menggunakan peralatan 'paratech' dan 'rambar' untuk memecahkan lubang tandas sebelum mengeluarkan mangsa," katanya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami luka ringan di beberapa anggota badan dan dibawa ke Hospital Melaka menggunakan khidmat Ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Katil untuk mendapatkan rawatan. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote guargum 5-6-2020 09:20 AM

Weii sweiuss arr
Quote jlo 5-6-2020 09:21 AM
ya allah ngeri..kesian dia
Quote Tinot7 5-6-2020 09:27 AM
Harap2 tak berlaku lagi
Quote paz 5-6-2020 09:34 AM
Eh macam mana boleh macam tu? Suspend plak nak pergi jamban cangkung.
Quote rospinki 5-6-2020 09:37 AM
malang sungguh ahso..cemana bole terjelus camtu. jerlus ke apa? mcm toilet tu retak mebi dia tergelincir kaki pastu terus teperosok.

Quote Dalcott 5-6-2020 09:42 AM
ade pergerakkan tanah ke smpi mcm tu effect dia
Quote Simunggu 5-6-2020 09:44 AM
tanda tanda awal DAP pun sama mcm tu..
Quote sarah82 5-6-2020 10:01 AM
Kejadian kat hospital mental kan? Aku baca kat memes puaka.
Quote Xim 5-6-2020 10:04 AM
Tunjuk mak aku dia kate ye ke warga emas?bkn bdk2?

Quote nini_azmi 5-6-2020 10:30 AM
Mula2 baca ingatkn kat negara China
Quote eyansss 5-6-2020 10:45 AM
the reason why aku takut tandas cangkung...  skeri...
Quote Skuau 5-6-2020 10:55 AM
camner boleh muat...bdn dia kecik sgt ke???
Quote Lailerthee 5-6-2020 10:58 AM
Ya Allah kesian nyaa
Quote slavehunter 5-6-2020 11:01 AM
Tu pasal tandas squat ni kena buat tinggi atas , kalau tengok kat public toilet semua kat atas kita kena pijak.
Quote Kurex 5-6-2020 11:03 AM
jadi dah tau kan tempat yg selayaknya....
Quote Cumikucingku 5-6-2020 11:07 AM
Xpaham la kedudukan badan dia jatuh tu... termasuk kaki dua2 dlm lubang tandas ke?
Quote tri-max 5-6-2020 11:09 AM
dalam tuh, seminggu tak ilang bau taik melekat
semoga ah soo tak serik pakai tandas cangkung
klu serik sila order tandas mangkuk bidet japan
tekan button je, semua robot lap
Quote esbok 5-6-2020 11:12 AM
alahai orang tua. aduh sakitnya dia tertonggeng lelama gitu
Quote Artemesiaa 5-6-2020 11:14 AM
Mangkok jamban duduknya mungkin dah pecah besar tapi tak diganti dan akhirnya mengundang bahaya pada diri sendiri

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.085400 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top